August 12, 2010

1st Ramadhan ❤

memandangkan semalam, Rabu, 11 Ogos 2010, merupakan hari cuti bagi seluruh UiTM maka ramailah yang berpusu-pusu balik rumah. saya sahaja yang tak balik. sebab hari Khamis saya ada kelas pukul 8.30 pagi. serupa tak perlu balik sebab dapat rasa duduk rumah tak sampai sehari. hujung minggu ini juga saya disini sebab perlu menghadiri kelas ganti dan koko. bayangkanlah 2 minggu tak dapat balik rumah.

memang dekat sini trend orang balik setiap minggu terutamanya yang rumahnya dekat dengan melaka, Seremban, atau KL. seronoknya senior yang dapat balik. minggu depan belum tentu saya dapat balik. sedih memang sedih. redha sahaja.

maka disebabkan saya dan seorang akak senior di dalam bilik tidak balik rumah, saya berpeluang juga join akak senior saya berserta kawan-kawannya menyewa kereta dan pergi berbuka di Mahkota Parade, bandaraya Melaka. phewit :)

first destination semestinya mesin ATM. mengeluarkan cash. bukan saya. saya jadi peneman. sudah serik jadi shopoholic kadang-kadang -.-''




kami berbuka di sini. chick chick :D


mengambil pakej untuk 5 orang yang berharga RM83.60.



lauk pauk yang terlampau banyak sampai perut semua jadi buncit.

kami semua berlima. lima orang pun tak cukup nak habiskan dishes yang terlampau enak ini.




selepas itu berpusu ke Tesco "Cheng"(*tak pasti dimana sebenarnya). aku baru tahu ada dua tesco dekat Melaka ni. kahkah, besar juga Tesco di sini tapi tak sempat nak merayau sangat. hanya sempat membeli file dan highlighter.

Photobucket

saya berpeluang juga mencuba contact lens. konon sahaja nak pakai saja-saja. RM45 sebulan memang mahal bagi saya. tapi rasa macam teringin pakai. tapi sebentar tadi setiap kali cuba memakai, lens tu asyik jatuh dari mata. terbaik la kan. mata aku tak accept benda asing. ceh.


Photobucket

Mouse saya sudah berkecai. susah siot nak online tanpa mouse. nak main game pun parah. sudahlah earphone handphone rosak. sebelum ni charger handphone aku patahkan. sekarang mouse dengan earphone. kasut baru beli tak sampai 2 minggu pun dah terbuka tapaknya aku kerjakan. belum cerita pasal beg yang zip dia rosak.

aku ni memang perosak barang yang dikagumi kot, sekarang banyak duit aku habis ganti benda rosak ni. oh ya, aku pernah rosakkan mangga pintu bilik juga. ganasnya aku -.- kunci tandas pun aku rosakkan. haha xD






expenses for today :

makan : RM17 seorang
minyak : RM3 seorang
sewa kereta : RM6 seorang.

perbelanjaan lain :
cover keyboard : RM 10
file dan highlighter : RM7.35.



agaknya sejak belajar account ni semua benda aku berkira. cis


.........




..

sudah officially setahun kisah yang lama itu berlalu.
i miss..... bye

0 comments :