August 03, 2010

Fire Alarm ❤

Semalam sebaik sahaja habis kelas terus ke Dewan makan dengan seorang jejaka yang sangat baik tolong saya beli charger handphone, siapkan latihan business math dengan meniru sambil diajar dan bantu saya fotostat, print dan bantu saya mencari tafsiran surah-surah tertentu. kelam kabut cari, dia cari senang je -.- terima kasih kawan :)


maka sebaik sahaja habis makan semalam dia siap teman saya balik ke kolej. cewah ;p

apa-apa pun semalam dah get ready nak tidur pukul 2 pagi ketika itu. sekali loceng berbunyi dengan kuat. fire alarm man -.-! aku benci aku benci sebab tengah pakai short, baju pun macam singkat. rambut tak sempat nak ikat. terpaksa guna kain busuk hijau nak cover kepala tapi kaki nampak. cis, ada ke kebakaran ni nak berlaku pukul 2 pagi.

aku serbu pintu bilik nak keluar. tiba-tiba ada orang sergah aku dari belakang ya. tiba-tiba elektrik terpadam jugak -.-

API API! LARI LARI! CEPAT!

aku pantang betul orang jerit dekat aku ni. lagi lah aku gelabah. lompat sana sini cari selipar jamban. aku dah siap turun bawah nak berkumpul tapi lari naik atas balik semata-mata nak ambil handphone. kahkah :P

RUPANYA LATIHAN KEBAKARAN.

memang baik la sangat. kami semua tidur pukul 3++ pagi. siap ada ambulan dengan Bomba datang. macam-macam gaya boleh nampak ok dengan bantal busuk, teddy bear dan baju tidur masing-masing. dan rupanya kolej saya ni kolej pertama buat latihan kebakaran. entah bila kolej lain nak kena juga. tak adil,,,,, +_+

eh lupa, petang ni ada koko. got to go. bye