August 29, 2010

Halaqah ❤

seperti di dalam gambar di atas, ternyata saya ada 'eyebag' sejak duduk di 'sini'. sudah jarang tidur petang. malam tidur selepas pukul 12 malam selalu. disebabkan hari ini ada Halaqah sempena bulan Ramadhan, maka saya mewajibkan diri sendiri pergi. wajib hukumnya apa ya? dosa kalau tak buat -.-'' sebenarnya diwajibkan bukan mewajibkan :D!

di tangan kami ada buku tebal ya. buku tafsir Al-Quran yang kami memang selalu bawa ke mana setiap hari Rabu untuk kelas agama. comel kan. tiba-tiba nampak aku macam budak alim. wow




kalau bab jadi budak baik ni saya memang tak kisah xD
tapi entah kenapa hari ini saya sangat seronok nak pergi ke masjid. entah semangat apa jangan tanya. bukan sebab lelaki paling penting. semangat sebab dapat jumpa rakan barangkali atau mungkin sebab dapat kuatkan lagi kefahaman tentang agama.



sebelum memulakan praktikal dan teori mengambil wuduk dan bersolat, haruslah bergambar. ustazah dont mind kot. sebab kami duduk di belakang. barisan panjang. -.-



baru kami tahu selama ini kami ambil wuduk cara yang tidak afdal. doa qunut kami baca hari-hari tu pun salah. ayat terakhir la salah. cheesecake. aku solat macam tak sah pulak kan selama ni -.-'' sebab doa qunut boleh salah. dan dan, aku tergagap baca doa selepas ambil wuduk.



kemudian kami diajar cara bersolat. cara sujud. kedudukan kaki dan tangan. baru aku tahu kedudukan tangan aku tak betul. dan kemudiannya kami mula menghafaz 12 surah di hadapan ustazah. disebabkan sebelum ini di kelas agama saya pernah baca 12 surah yang sama, maka task ini tidak berapa susah kot. selepas 15 minit membaca berulang kali, kami 5 sekumpulan terus menyerbu ustazah. gara-gara tidak sabar membaca. aku bajet. wee -.-''

surah Al-takathur sampai surah An-Nas. pergi lihat Al-Quran.



nah muka suci sebab dah selesai task.




dan haruslah menangkap gambar.



dan lagi.



Photobucket
kami di antara kumpulan terawal habis baca 12 surah tersebut. maka kami mula sesi menangkap gambar dengan macam-macam reaksi muka. sebenarnya ada dalam 40 gambar kami tangkap. macam-macam muka hodoh aku tunjuk. -.-''

tapi segan nak tunjuk :P





bila aku buat juling, semua kagum. sebab mereka tak dapat buat. haha


Photobucket


benda pelik seterusnya.....





saya rasa benda ini comel. saya nak buat satu bila saya ada boyfriend.
in my dream jela. haha



suka ini!



Photobucket
kalau anda kawan sekolah menengah saya dahulu, pasti perasan tangan saya pasti ada contengan. tak pernah kosong. saya suka tangan diconteng! sangat.

sejak masuk 'sini', dah jumpa kawan nak tolong contengkan :P







nanod dan :) ehem. rahsia.
dia memang comel.

0 comments :