August 22, 2010

Hambar ❤

sudah penat sebenarnya melayan anonymous yang tak habis-habis menyerang. kadang-kadang aku buang sahaja apa yang dorang hantar. kadang-kadang biarkan sahaja dalam inbox. dan kadang-kadang. entahlah.

untuk pengetahuan semua. memang saya tengah emosi tidak menentu. cerita benda yang sama berulang kali. cakap benda yang emosional macam benda tu end of the world sahaja. hidup saya memang bosan. hidup dengan pergi kolej. belajar. buat assignment. buat folio. hafal ayat hafazan. cuba baca surah dan ingat tajwid. solat. makan. belajar. tidur.

saya tiada masa nak bergayut. sms pun ikut mood. bila online tidak tahu nak borak dengan siapa. nak message saya malas menaip. tangkap gambar sendiri rasa bosan. semuanya rasa bosan. dekat sini semua ada rakan baik. rakan ngam nak bawak pergi mana-mana pergi pasar ke pergi kelas ke pergi dating ke.

honestly juga di kolej saya tiada kawan baik. saya tiada teman rapat saya nak cerita masalah kisah lampau saya atau kisah sekarang atau kisah dilemma saya dihimpit ini dengan itu. honestly juga saya di kolej hanya ke kelas kemudian berkurung dalam bilik belajar kemudian online. pergi pasar malam atau bazaar saya lagi suka bersendirian. makan pun. pergi kelas hari-hari pun saya sorang-sorang. macam tiada life sebenarnya. saya tidak pandai fit in. saya tak pandai berkawan.

biarlah saya dengan dunia emo saya. entah bila berkesudahan saya tidak tahu. kadangkala saya rindu masa silam saya. sebab itu kadang-kadang juga saya contact mereka. tetapi sayang. semua tidak layan. semua sudah ada orang baru mengisi kekosongan hidup mereka.

dah, kan saya dah asyik taip perkataan "kadang-kadang" dari tadi.

kepada semua, tolong jangan baca blog ini untuk selamanya tidak mengapa. unfollow la ramai-ramai pun saya tak kisah. hidup saya memang kosong dan bosan. kang aku dah emo. ciss

0 comments :