August 21, 2010

Just chubby cheeks ❤


semalam saat sibuk revise untuk test hari ini, tiba-tiba pintu diketuk tanda ada orang nak masuk la kan :P tak sangka dia jual tudung bilik ke bilik. kuih raya pun. terus saya tak tahan, saya beli juga tudung ini. sadis sadis. saya boros juga rupanya. semakin menjadi-jadi.

sekarang orang sudah mula tafsir bentuk badan saya. mereka cakap pipi saya tembam SANGAT tapi badan kurus, kaki kurus dan lengan pun.

bila dorang tengok saya balik dari bazaar bawa sampai 3 bungkus makanan, semua terkelu. macam tak percaya saya boleh habiskan semuanya. saya memang makan banyak. sejak dari kecil. badan saya sahaja tak nak naik sangat. pipi sahaja terlebih tembam sebab itu orang cop saya budak gemuk sejak alam sekolah menengah.

tidak mengapa. redha. okay, lepasni buat senaman kuruskan pipi. body biar mantain. tapi cara permakanan memang tidak dapat dikawal.


p/s : TEST MEMANG TERBAIK PUNYA SUSAHLAH KAN. -.-

0 comments :