August 09, 2010

Pinjaman comel ❤


Photobucket

6 Ogos 2010, Jumaat, memandangkan sudah banyak kali saya tidur berseorangan di bilik, berjaya juga saya pujuk 3 orang rakan comel saya teman saya tidur pada malam kedua :) tapi 2 orang sahaja yang sudi tidur sama-sama. seorang lagi tidak. tujuan utama saya ajak sleepover ialah kerana seniors saya semua tiada di bilik dan untuk menyiapkan tugasan projek. malas nak bertangguh memandangkan assignment semakin banyak dah sekarang! -.-

disebabkan kami hanya bergosip dan cerita pasal kisah cinta masing-masing, last-last kerja pun tak siap-siap. alih-alih pukul 12++ pagi baru kerja siap. 5 jam nak siapkan 5 page sahaja berserta power point. kami kena jadi lecterur. buat handout and notes semua :)

sudahlah esok paginya (7 OGOS 2010, SABTU) kena hantar borang maklumat PTPTN, kami masih berborak sehingga pukul 3 pagi. comel sangatlah tu. sibuk masing-masing cerita pasal siapa kami suka xD finally aku mengaku jugaklah kan kan :P

pagi 7 ogos, kami semua bangun lambat. sampai subuh entah kemana. PTPTN pukul 8, kami pukul 7.30 pagi baru terkejar-kejar nak pergi mandi. itu pun nasib baik aku terjaga. terbaikkkk.

muka tak cukup tidur.


tepat pukul 8 pagi kami sudah terpacak disini. tapi library ground ni memang kecil ya. maka bayangkanlah berapa ramai yang hadir. belum buka grail pintu, semua dah serbu pintu macam buat mega sales :P


ini baru sebahagian. banyak scene mereka bergaduh-gaduh sebab ramai potong barisan. cewaah, kalau dah ramai camni, semua nak bergaduh kan -.-



aku datang awal. beratur barisan depan. tapi barisan belakang dapat nombor terawal. bertapa pedihnya hati melihat nombor aku lambat lagi xD




jangkaan aku meleset sebenarnya. 12.30 petang dokumen aku berjaya disahkan dan dihantar :) cepat juga. terus aku lunch bersama seorang jejaka dan seorang gadis. alhamdulillah permohonan aku berjaya juga.



Photobucket


renungkanlah.

1 comments :

Arip said...

Haha.. apsal tido sorang2??