August 14, 2010

Sahur ❤

stok makanan di dalam almari bilik sudah habis. terpaksa juga saya pesan akak senior saya yang pergi dewan makan pada malam hari untuk tolong belikan makanan. saya takut nak beli awal-awal takut basi. takut beli nasi goreng juga sebab takut basi by the time tiba masa untuk sahur. terus saya beli NASI CONTRACT. saya baru tahu ada wujudnya nama nasi seperti ini. ada nama NASI EKONOMI sekali. haha


ini dia NASI KONTRAK. comel.
hanya nasi kosong dan telur dadar. dah cukup bersyukur dah dapat makan nasi untuk sahur :)



beserta dengan kuah sup ayam. comel sahaja makan. bila dah lapar semua saya kata sedap. maka inilah makanan sahur saya untuk hari ni. sebelum ni makan roti sahaja.


Photobucket


sekarang saya confuse. tak pasti hari Sabtu ni ada koko atau tidak. tadi baru sahaja habis kelas ganti untuk accountancy. phewww. lega

0 comments :