August 13, 2010

Sweet Random Day ❤

Dulu my cousin pernah tunjuk satu album khas yang penuh dengan gambar dia dan 'boyfriend' beliau. rasa macam sangat comel memandangkan mereka sudah bersama hampir 5 tahun. memang tak boleh bla sebab sejak dari zaman sekolah zaman tak matang tulah mereka masih bersama sampai ke umur dah layak berkahwin dah xD

semalam saya ternampak akak senior di dalam bilik saya memegang satu album comel. saya tak tunjuk minat nak tengok tapi boleh dapat agak apa isinya apabila ternampak album tu dibuka. ketika akak senior saya tiada, baru saya berani tengok album ni(album tu atas katil. aku tak selongkar ya). sebab segan nak mintak :P



okay, segalanya penuh dengan tiket bas, gambar first date, tiket monorail, tiket wayang dan segalanya lah berada di dalam album tu. agaknya kan, kalau aku buat album mesti penuh jugak. tapi malang sekali tu semua kenangan aku dengan ex aku. macam hodoh je nak buat album xD

saya simpan bekas french fries mcdonald.
saya simpan air botol mineral.
paket chocolate yang 'dia' bagi pun saya simpan.
macam pervert la pula aku ni -.-


Photobucket


nah katil busuk masam, hari ini hari basuh cadar dan comforter. sepanjang duduk sini sejak 26 Jun baru hari ini bertarikh 13 Ogos baru terbuka hati aku nak basuh cadar dan segalanya :P

mesin basuh kan ada. RM2.50 tapi aku bijak terbayar terlebih 90 sen. untunglah sesiapa yang basuh baju selepas ku. ciss!



tempek muka mengada.



saya perasan akak senior saya suka sangat tampal wall sticker ni. serius ada yang tampal dalam almari semua. buat saya rasa nak beli juga! nanti balik Seremban nak carik ;p


Photobucket




yooo, aku dah lemah akaun. cheesecake -.-



Photobucket
petang tadi selepas kelas Mat pukul 4.30 petang, kami(dan rakan-rakan) seronok sahaja berjalan slow slow nak balik bilik masing-masing dari tempat kuliah. tiba-tiba angin kuat menyepoi-nyepoi. campur air hujan sekali. habis semua baju basah. tudung hampir terbang semuanya.

akhirnya aku buat keputusan berlari dalam hujan lebat dengan angin yang kuat tu. tak tipu, memang best feeling ever. seronok :) rasa juga ketenangan yang diimpikan. pheww



hari ini ke Bazaar Ramadhan bersama dengan seorang rakan. seronok sangat tengok banyak gerai makanan. lepastu tiba-tiba hujan lebat. memang taklah kan -.- nasib baik both bawa payung masing-masing. kalau tak memang kena kongsi payung. comel sungguh :)

Photobucket

Bye.

0 comments :