September 10, 2010

Hari Raya ❤ 10'

so many things happen today. and it wasnt that great. really. saya tak bangun awal langsung untuk hari raya pertama. saya keluar dari bilik tengok parents saya dah lengkap baju raya semua. abang saya pun. hanya saya dan akak-akak saya sahaja yang khusyuk makan ketupat dengan rendang di hapadan televisyen. kusyuk saya tengok My Name is Khan sampai habis.

hebat tak?! selama seminggu saya tengok cerita tu. contoh. hari isnin saya tengok ending dia. selase tengok permulaan. rabu tengok pertengahan. khamis tengok dari mula balik. dan baru hari ini saya berjaya tengok kesemua scene tanpa skip dan terganggu! terima kasih hari raya. eh tiba-tiba -.- cerita di Box Office(channel 952) memang sentiasa ulang siaran yang sama selama sebulan :)




siapa sangka. bukan saya seorang sahaja dapat handphone baru mahupun akak saya yang baru beli kereta baru. tetapi abang saya juga nyorok-nyorok rupanya beli handphone baru. Sony Ericsson Vivaz. power dengan merakam video HD. cheesecake betul abang aku ya. beli diam-diam. :)

maka sudah official 3 orang di dalam rumah memakai handphone Sony. dan 3 orang memakai handphone screen touch. terbaik -.-

Photobucket

Seperti kebiasaan, memang bukan saya yang bertugas membeli barang mentah atau segala barang kecemasan di kedai di pagi raya. saya ada lesen. bawa keretanya tak pernah. penakut. fobia. ceh -.- maka hari raya pertama saya spend masa dengan main-main buat video call dengan abang saya. seronok pulak dia nak cuba video call. habis kredit saya. mentang-mentang semua siblings saya dan parents saya pakai bil dan bukan prepaid top-up T_T nak nangis kejap~




ada find something weird tak?




FIRST DAY RAYA DAH ACCIDENT.




retak seribu. amik amik -.-



siapa yang langgar siapa anda rasa? anda rasa motor ke kereta?







Hebat tak sebuah basikal dapat rosakkan kereta Myvi sebegitu rupa? kereta ini dilanggar oleh seorang budak lelaki berbangsa mamak barangkali dan umur dalam lingkungan 12 tahun ke bawah. jika anda boleh lihat bertapa teruk cermin sidemirror sampai patah kan, agak-agak budak ni patah ape?


SAYA SPEND HARI RAYA PERTAMA DI BALAI RAYA POLIS DAN JUGA HOSPITAL BESAR. aww, how sweet...

kanak-kanak tersebut patah bahu. bercalar di badan. bleeding teruk di kepala. kepala terpaksa dijahit juga. disebabkan simpati, akak saya tidak claim apa-apa daripada keluarga mangsa memandangkan... mereka memang orang susah.


oh ya, saya tiada di tempat kejadian dimana kereta dilanggar oleh sebuah basikal.




Photobucket




setibanya di rumah. memang sudah ramai tetamu sampai.




saya berbangga nak cakap saya yang decorate ruang tamu ini.
nampak sahaja messy :P




menggunakan mesin urut kaki.





Photobucket





saya ada kucing baru. nama dia Diamond atau Meng-Meng.

Photobucket


seperti yang diketahui saya memang buka kandang arnab di rumah. lol. ada 14 ekor rabbit setakat ini. 8 ekor rabbit hampir matang. 2 ekor rabbit dah matang. dan 4 ekor baby rabbit baru. baby rabbit hari raya namanya.



disebabkan sedara mara keep asking for my rabbits. akhirnya saya mengalah. saya beri juga seekor rabbit betina memandangkan mereka sudah ada rabbit jantan. nama rabbit ini, Swift :') 1st batch baby born. and MY FAVOURITE RABBIT.



kalau perasan mata saya dan akak saya(hijau hijau!), memang sudah merah. tidak berhenti menghembus hingus -.- setiap kali sedara mara tanya okay ke dorang nak ambil ni. tidak semena-mena saya menangis. lencun baju. HAHA




awak, saya jaga dia macam anak saya. even saya mana pernah ada anak xD saya jaga mereka sejak sebesar ibu jari. saya sambut mereka semasa mereka masih merah dan pegang darah yang meliputi kulit mereka. saya yang jenuh bagi mereka disusukan oleh induk mereka setiap 4 jam. dan saya yang jenuh elak semut dekat dengan mereka.

MAKA JANGAN CAKAP SAYA KECOH BILA CAKAP TENTANG PENJAGAAN RABBIT. saya dah lali. dah tahu macam mana nak jaga. setiap orang lain jaganya. saya benci dipersoalkan macam cara saya itu memudaratkan. manusia manusia.

SELAMAT TINGGAL my Swift :')
kalau saya tahu awak kurus dalam masa seminggu, saya kidnap awak balik rumah awak balik. saya tahu mata awak berair masa pergi tadi. sampai terkencing-kencing dalam besen.

mereka bukan sekadar haiwan peliharaan ya. lain :')


Photobucket
video

-.-


video


p/s : thanks sis yang sudi bawa saya pergi dataran semalam semata2 nak shopping tudung :')

2 comments :

de Picasso said...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin..sy da byk bt salah kt awk..huhu~

NadNod said...

@de Picasso selamat hari rayaaaa :) maaf zahir dan batin juga. saya pun banyak buat salah dekat awak. huhu