October 06, 2010

Bila dia depressed.. ❤

bila rakan aku ditegah. eh silap. bila kawan aku mula menyedari dirinya semakin berisi. mulalah segala benda ditolaknya. sehingga gula-gula ditolak ketepi dikhuatiri gemuk. bila ditanya kenapa perlu risau apa orang fikir, dia hanya mengangguk dan senyum tawar.

saya klafisikasikan gemuk dan berisi adalah berbeza. sangat berbeza. gemuk itu jika ternampak segala benjolan lemak lemak comel. apa buruknya menjadi gemuk? asal diri bahagia sudah cukup. tidak perlu menyeksa diri sehingga mengikat perut tak mahu makan langsung. diet drastik sangat membahayakan.

saya sudah biasa digelar gemuk sejak zaman sekolah menengah. terutamanya sejak putus cinta buat kali pertama. biasalah. alam cinta monyet, terus mood makan saya semakin menjadi-jadi. makan aiskrim banyak-banyak. makan burger dalam jumlah yang banyak. sampai bigmac nak 2. nak 3. sah frust habis :')

tapi saya tak ambil peduli orang cakap saya gemuk. lebih baik saya berisi dari menjadi tengkorak berjalan. entah macam mana tadi saya nak bagi nasihat, tercakap pula -> "dari jadi bangkai berjalan, baik berisi". nasihat tak berguna betul. sampai habis kuliah, dia masih sedih. siap nak main ukur peha siapa paling besar -.-''

apapun, saya harapkan dia selamat sahaja menjalani diet. saranan saya, jangan makan berat waktu malam. cukup sekadar minum milo dan biskut kering. ceh, macam saya pakar diet pulaaak kan :)


kenapa kau pakai selendang macam ni? sumpah kau nampak hodoh :D

eh nadddd. lawa selendang kau. tapi kau pakai nampak macam nenek kebayan dowh. sama macam masa kau berlakon sketsa. tinggal nak pakai mekap je. haha

nad. esok esok jangan pakai celak. tak sesuai langsung

jangan pakai warna ungu dengan hijau. tak sesuai langsung.



di atas adalah contoh kritikan yang saya terima sepanjang berada di sini. sebab itu saya cakap saya bagai di pentas peragaan. tapi bila saat kawan saya pula dikritik secara direct "kau sangat gemuk", saya rasa kesian. macam terlampau jujur. sedangkan saya boleh terasa, inikan rakan saya.

dan saya menerima kritikan di atas secara direct. onto my face dihadapan orang ramai. comel ke tak comel? -.-''

saya dont mind diri saya dikritik hodoh macam nenek sekalipun, tapi saya kesian bila orang lain kena. saya bukan ambil kos dimana saya perlu lawa sentiasa. rasa macam kelakar -.- sudahlah. saya lepasni memang pakai selekeh. semua baju kurung saya besar semacam. saya tak pasti saya yang dah kurus atau tailor tu yang jahit baju saya ikut saiz badan orang lain. sebab bila pakai kain sudah muat. sampai baju, amboi maaak. punya besar T_T

tapi saya masih redha. biar besar dari berpakaian tapi seolah-olah berb***l.

saya harap mereka akan berhenti mengkritik cara pemakaian dan saiz badan seseorang. termasuklah kawan sekolah lama saya dulu. berhentilah cakap aku gemuk :P tak baik mengguris perasaan orang.

jika diri anda perfect. ketinggian perfect. berat badan ideal. cutting badan sangat hot la kan. kulit muka licin habislah. dan warna kulit cerah dan cantik. saya terima segala kritikan anda yang comel itu. tak baik cakap orang hodoh ya :) semua manusia cantik. biar gemuk. asal bahagia. biar kurus juga asal bahagia. bersyukurlah ada badan kaki tangan hidung mulut dan semuanya. bye

2 comments :

Un Phat Lee said...

bagus lu nih.tabah.gud2.ehe

SYAFIQAH / S said...

yup yup..semua cantik dan ada kelebihan sendiri :)