October 02, 2010

Jamuan Tun Fatimah ❤

dulu, kami sebagai part 1(pelajar sem 1) haruslah memakai badge ini sepanjang masa ketika di dalam Uitm. macam tugasan Induction juga. malam ini adalah penghujung segala induction. maka kami diharuskan memakainya. selepas ini kalau tak nak pakai pun tak mengapa :') sedih sebab nak penghujung sem. tak puas jadi part 1.


Pagi tadi busy dengan sukaneka yang menyihatkan badan yang menyemarakkan rasa lemak nak terbakar. haha :D aktiviti sukaneka habis pada pukul 12.00 tengah hari. terus saya capai stok makanan yang disediakan sebanyak 2 bungkus. 1 bungkus makan bersama rakan di bilik tv dan sebahagian dibawa balik ke bilik. kononnya pukul 3 atau 4 petang, perut semestinya berkeroncong kelaparan.

memang betul. saya lapar sangat pada pukul 3 petang. tak puas makan lagi, saya masak maggie goreng. masak ke? ke buat? -.-''


semua part 1 berhias cantik. comel-comel semuanya sekali. sebelah kanan saya itu adalah calon MT. apekah itu MT? saya pun tak tahu nak terangkan. tapi ianya sama seperti memegang jawatan ketua kelas dalam kelas kot :P

most of us wear orange!



saya sengaja tukar style memakai tudung. tukar style memakai selendang. terus semua memuji secara tiba-tiba. saya pantang dipuji, terus hampir terjatuh dek segan -.- tak suka diperhatikan. ada juga turut mengatakan saya nampak macam nenek kebayan. dulu kan saya berlakon sketsa jadi nenek kebayan.

maka mereka kata saya macam nenek kebayan yang tunggu saat nak dimekapkan. so not cool yaw. so not cool -.- benci betul bila di-judge cara pemakaian. saya nak emosional kejap. wakaka :)


sebelum bergerak ke padang kawad, haruslah menangkap gambar kenangan. saya akui saya nampak macam nenek tua! sebab tak sempat pakai mekap T_T


permulaan majlis, kami perlu meniup belon yang diberi. kemudian bagi tanda majlis dimulakan, kami harus meletupkan belon yang kami tiup itu. saya penakut. cucuk guna pin sambil tutup telinga. tercomel kan aktiviti camni? memeriahkan majlis ;p



tiba-tiba hujan lebat datang beserta angin kencang.

perasan tak kerusi di atas tak penuh? ramai melarikan diri. di setiap khemah ada kipas. tiba-tiba angin yang kencang hampir menerbangkan khemah yang kami guna. saya pandang depan mata sendiri. hampir beterbangan semangat sebab takut sangat -.- pheww pheww.

banyak kali juga khemah itu terangkat-angkat. nasib baik ada yang gunakan idea yang comel dengan meletakkan pasu di tiang-tiang supaya tak mudah terbang. sumpah seram sebab saya duduk berdekatan kipas dan tiang. T_T

masa itu fikir memang nak balik sahaja. tak nak duduk situ. haha


majlis habis pada pukul 10.30 malam. ramai berlari balik. tak nak tunggu.


saya masih menanti selama setengah jam.
bila tengok hujan seperti takkan berhenti, kami terus berlari balik dengan plastik sampah warna hitam tu di kepala. memang terbaik. sampai setengah jalan, saya lebih suka hujan jatuh di pipi saya. eceh. romantik pula tengok ada orang tu boyfriend pegangkan payung.

mulalah adegan saya dengan rakan kononnya teringin nak ada boyfriend sama kolej. haha, merepek ;p


ini dia tuala comel yang kami dapat sebagai kenang kenangan :)

tahniah kepada rakan yang berjaya tercalon memegang jawatan tinggi di dalam kolej. im proud of you.

2 comments :

Cik Mira said...

wowow rindu time blaja ada dinner bagai.
weeee

btw; MT stand for MAJLIS TERTINGGI
hehe utk org2 berjawatan kuasaa

NadNod said...

@Cik Mira hehe! punyalah lupe MT tu ape ;p thanks for reminding me that ;p