October 13, 2010

Kemaafan❤

We are not the same persons this year as last, nor are those we love. It is a happy chance if we, changing, continue to love a changed person (W.Somerset Maugham).


i always sound so desperate. untuk mengelakkan diri menjadi terlampau obses atau menggedik atau dengan kata lebih tepat macam terdesak sangat nak seseorang atau sesuatu, lebih baik menyibukkan diri dengan benda tak berfaedah.



  • keluar pada pukul 11 malam untuk melepak di court badminton bersama kawan-kawan rapat kemudian terkeluar luahan hati masing-masing. siap main galah panjang.
  • bangun awal pagi, even tiada kelas pagi kemudian keluar pergi library belajar.
  • setiap kali lunch hour pergi dewan makan lelaki dengan kawan-kawan kemudian makan ramai-ramai di bilik kawan yang 'bapak' besar berbanding dengan bilik aku.
  • ajak kawan-kawan keluar hang out. berkaraoke atau bershopping.
  • melepak di tepi tasik dalam UiTM sambil merendam kaki dan berborak kosong sampai tidak sedar sudah nak magrib.


cara yang comel saya busykan diri. even kadangkala ada juga sound desperate lagi. cara baru nak keep myself away dari message orang yang buat sound desperate, baca message yang dia hantar yang buat hati tercuit banyak kali sampai rasa : apahal pulak menggedik nak message! bodoh la diri aku kalau camtu.

eceh. skip that.

blog saya sudah diketahui oleh sebahagian ahli keluarga. sangat memalukan sebab tak boleh random talk. my mom siap pesan jangan cerita benda bukan-bukan di blog sampai buka aib sendiri. agak terkejut sampai collegue kepada kakak juga boleh tahu pasal kehadiran blog ya -.-''

skip lagi.

sebentar tadi berlaku sesi bermain air lagi di tepi tasik. kemudian berlaku aksi pertumpahan darah. bukan -.- pertumpahan air mata antara kawan-kawan. saya menjadi pendengar. tak membantah, menyokong atau memarahi, menengking atau menangis. ececeh :)

dari lepas asar sampailah magrib duduk tepi tasik ramai-ramai berbincang. solve things out. semua diluahkan tanpa fikir apa orang rasa. yang penting hati sedap. terkejut tengok semua sudah boleh compromise. comel :) antara perempuan dan lelaki.

tak sangka ada yang cakap :

nadnod, i tahu you ni mesti pedendam. dari muka you, i dah tahu sangat. garang semacam. masam kadang-kadang. ingat lagi masa PPKP, you melenting marah i. haha :)) memang i tahu sangat you ni sangat baran.

hanya mampu :D orang belum tengok saya marah belum tahu macam mana baran-nya saya. ececeh. sekali marah. semua boleh terkesima 2 saat. ramai sudah terkena dengan baran saya. saat saya kena marah dengan rakan, saya boleh diam. saat dia sudah menengking saya di tempat awam, itu tahap saya marah dengan hebat :D terbaiikk.

skip.

oh ya, saya tak nak sound desperate. okay korang, pergilah semua :) saya tak cakap goodbye. saya tak beranjak pergi pun. dah korang leave. saya leave juga. biar korang pula sound desperate. bye

0 comments :