October 01, 2010

Mahkota Parade. Dataran Pahlawan ❤

mereka cakap muka saya serius. sekali marah semua boleh terdiam. garang sampai mereka takut menegur. sekali saya terasa hati, habislah semua. sampaikan saya dikatakan tiada boyfriend kerana saya garang. sebab lelaki takut berkawan dengan saya. woah :D


Pada 30 September 2010 bersamaan dengan hari Khamis merupakan hari yang sangat bahagia bagi kami pelajar kelas DIA(diploma in accountancy) 1C. berjaya juga kami rancang keluar beramai-ramai ke bandar Melaka dengan menaiki kereta sewa. pada mulanya saya di incharged menjadi driver memandangkan tiada sesiapa yang ada lesen. nasib baik saya berjaya menolak. sebab saya jenis penakut bawa kereta.

kami rancang hanya mengajak 10 orang sahaja menaiki 3 kereta sewa. alih-alih hampir satu kelas mahu ikut sama kecuali pelajar lelaki. perempuan yang tidak dapat join hanya 5 orang. memang terlebih ramai. nasib baik dapat satu lagi kereta kancil yang hanya menyewakan sebanyak RM30. murah. sampai kereta saya, RM50. amik kau. sorang RM10.


ramai terpaksa berhimpit. dalam kereta saya ada 5 orang. nasib baiklah semua badan comel. saya tak comel la. mereka yang comel. memang the best ever la kan pergi naik kereta ramai-ramai. dengan sesatnya. almaklumlah perempuan. sepanjang perjalanan jugalah saya melayan mereka berbual. dengan jeritnya lagi. haha xD



disebabkan kereta last minute yang kami sewa itu ambil masa sikit, maka kami tunggu di station minyak berdekatan. nasib baik kelas BEL cancel, maka kami bertolak awal dari perancangan. pukul 12.30 kami dah bertolak. tapi tetap lambat.

akhir sekali kami bantai beli maggie cup berharga RM1.70/RM2.00 dan makan beramai ramai di dalam kereta. sehingga kini saya masih pelik kenapa tandas perempuan perlu dikunci. sakit hati disitu ya. sikit.



ketika saya sedang khusyuk menemani kawan saya membeli maggie cup, tiba-tiba banyak pula rombongan bas datang kan. ramai pula kanak-kanak sekolah yang comel. yang tidak tahannya, mereka mengelilingi saya.

"kakak, kakak, kawan saya cakap kan kasut akak cantiklah"

kemudian kanak-kanak lelaki juga join ya. join menegur saya.
ewah -.-takpe, adik comel. sampai sekarang saya ingat nama dia.
Maisarah. :)




dan akhirnya kami bertolak. 3 kereta kancil manual dan 1 kereta kancil auto.kami isi minyak tak banyak. RM20 tidak silap.



tiba juga akhirnya di Mahkota Parade. tapi satu lagi kereta kancil tidak tiba.sesat di Dataran Pahlawan. mengada ya :D



Photobucket
Mcdonald first.




Photobucket
selepas itu saya pergi bersolat zohor bersama rakan di surau. saya sangat kagum dengan orang bukan melayu yang berpakaian seksi. tetapi masih pergi bersolat. kagum. kagum -.-

scene memalukan dimana saya boleh masuk surau muslimin. er. muslimin dengan muslimah. saya konfius! memalukan. dahla masuk surau lelaki, semua pandang kot. argh tidak!

Photobucket




Bowling. setelah penat mencari mesin ATM.
tahu-tahu, mesin ATM out of service. terbaik!
bukan saya cashout duit. kawan. sekian :)




sekali strike pun dah cukup membanggakan.
kemudian bola asyik masuk longkang.


kawan yang sedang mengajar kawan bermain bowling.


excited.


terbaiikkk.

Photobucket
kawan saya ini, Rabeah, memang terkenal dengan motto 'putus'. beg dia tak sampai 2 minggu pasti akan putus. begitu juga dengan kasut. kalau tapak kasut tak tercabut tidak sah ya.

berdasarkan gambar di atas, memang saya tengah
baiki selipar beliau. bersungguh-sungguh ;D

Photobucket
Karaoke.




mendendangkan lagu Tiada Lagi. memang beginilah nasib.
sampai akhir-akhir, kantoi juga suaraku. huahua -.-



mereka rakan sekelas yang terbaik. terbaik!

Photobucket

perancangan seterusnya ialah membuat suprise untuk kawan saya yang tarikh hari jadinya jatuh pada hari tersebut. comel okay. kek secret recipe. Chocolate Indulgence. im so jealous :D

sangat murah sebab seorang hanya bayar RM5.


video menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY kepada
cik Farhana.






bermulala aksi suap menyuap.



saya tak terkecuali. thanks Hana :)



dan lagi.

Photobucket





berjalan sehingga ke Dataran Pahlawan. sampai ke malam. banyak aksi memalukan seperti menjerit jumpa baju comel. menjerit masuk bilik karaoke. menjerit dapat makan. menjerit ini menjerit itu. rasa macam orang tidak tahu malu xD

kesian juga kepada kawan saya yang terhilangkan kad autopay. habis kena saman RM30. sudahlah kereta mereka perlu bayar RM54. terlebih comel. autopay hanya RM2. alih-alih mereka perlu bayar lebih sebab hilangkan -.-

sebelum balik juga, sempat singgah ke Jusco.
first time masuk Jusco, Melaka. terus jadi teruja. memang besar dan syok :)



Jalan Lendu malam-malam memang seram. seram.



Photobucket

nasib baik tidak kena tahan dengan pak guard. inilah akibatnya kalau keluar beramai-ramai. everything kena stick together. memang kami makin rapat sejak keluar beramai-ramai ini. comel tahu. comel :D

17 orang semuanya, dan hanya 2 lelaki.


Photobucket

yang paling comelnya, kami siap membeli sehelai tshirt berharga RM10 semata-mata nak pakai baju yang sama pada hari yang sama. siapa yang memilih baju? semestinya saya ;D

scene di kedai tshirt memang memalukan. sebaik sahaja saya mengangkat baju itu, semua serbu baju yang sama -.-'' sogan den. takpe, aku sayang korang semua :')

kami juga membeli bracelet yang sama.
hanya warna berlainan. nak jugak sama tu.
semuanya nak sama. :D

thanks untuk hari yang terbaik!

0 comments :