October 01, 2010

Sihat Bersukan ❤

Pada hari Jumaat, semua kelas Cancel. jadi memang tiada aktiviti langsung, dah boleh balik rumah sepatutnya tetapi tidak kerana ada aktiviti kolej pada malam hari dan aktiviti kolej pada keesokan hari. terpaksalah korbankan cuti demi mendapatkan cop. cop agak penting. kurang cop susahlah nak dapatkan bilik untuk sem akan datang.

saya bangun agak lambat pada pagi Jumaat gara-gara keluar hang out ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan pada hari sebelumnya(Khamis). ramai juga yang bangun lambat sama seperti saya. mentang-mentang kelas cancel(for my class only). jadi saya pun mula mengajak rakan taulan menemani saya ke pesta karnival di dalam Uitm juga. kiranya jamuan raya.



SEMUA MAKANAN FREE. tak perlu bayar. dah lah saya bangun nak dekat tengah hari. jadi tergesa-gesa mandi semata-mata nak rebut makan laksa, sate, mee kari, nasi briyani dan bermacam-macam juadah lagi. dan juga mendapatkan cop Tun Fatimah(kolej saya).

saya grab 3 jenis makanan yang berbeza.
saya pelik kenapa semua terkejut tengok saya makan banyak.

anda patut bersyukur mood makan saya dah ada balik dari sebelum raya tu. tu yang jadi kurus meleding leding. sekarang proses naikkan badan. bukan setakat pipi sahaja. sebab orang cakap saya nampak kelakar dan pelik berbadan kurus. cheesecake -.-



ini dia sebahagian teman beronggeng ke MP dan DP semalam :)
sayaaaaaang korang semua :')


Photobucket


kemudian saya melepak di bilik sepanjang tengah hari. tapi tak lama, geng lain pula ajak saya pergi main basikal dalam Uitm. tapi malangnya unit sukan kata "NO" to us sebab pihak yang sepatutnya bagi permission pinjamkan basikal tiada. kecewaaa.

jadi saya kecewa saya bantai beli Pizza personal di karnival dalam Uitm juga dengan harga RM8 beserta air Mountain Dew. kemudian 1 hotdog tambah lagi extra char kuew Teow+air tembikai. memang terbaiklah karnival dalam Uitm ni.

berjaya memuaskan nafsu makan saya. huahua >:)



ini geng saya yang sangat sangat suka bergambar. serius dalam gallery banyak gambar dorang sahaja. haha ;D


Bukti pertama.

kali ini saya masuk sekali dalam gambar.





bukti kedua.



dan bukti ketiga.

kecewa gambar saya tak banyak. :P



Photobucket
pada malam hari pulaa....


pertandingan netball dan futsal antara level+wing.


tiba-tiba terdengar letupan.
sebuah kereta terbabas ke longkang.
tayar meletup. enjin berasap. woah.



saya penat bermain. sekali menang tanpa bertanding. kali ke-2 menang.
final menang juga. tetapi,......




nah amik, lutut lebam hebat. luka semua. akibat dah lama tak bersukan :'(

Photobucket

thanks for this cute kad raya. dah lama dah dapat, baru sekarang nak mention. selamat pulang ke tempat belajar anda.

0 comments :