October 02, 2010

Sukan Membakar LEMAK❤

Minggu lepas tidak dapat menjejakkan badan ke katil rumah. minggu ini juga. kiranya saya sudah 2 minggu sudah terpaksa dalam kerelaan berada di kolej. menjadi budak Part 1 sangat mencabar. apa-apa event pun, kami harus menyertai. tidak ada pengecualiaan atau alasan.

pada mulanya saya sangat malas. tiba-tiba rasa bersalah berfikiran begitu ya. event event macam inilah yang merapatkan hubungan yang sedia ada. makin akrab bukan :) ?

ini pertandingan kolej Tun Fatimah sahaja. baru sahaja berlangsung pagi tadi pada pukul 9 pagi. Pertandingan antara level+wing.


pukul 7 pagi saya masih liat nak bangun! :D
perkara pertama, kami perlu conteng muka.




mereka level 2 wing 2.
saya level 2 wing 1.


level 2 wing 1 diharuskan memakai eyeshadow di pipi dan berpakaian purple. mereka cakap pipi saya tembam sampai dorang susah nak mekapkan saya T_T foine la kan.



dia memang gila camera. haha




aktiviti pertama, membaling belon! jangan kasi pecah ya.



baling ke belakang.


semua berusaha.


kemudian berlaku pergaduhan(main-main) antara kumpulan saya dan kumpulan lain.
semua baling-baling belon.

habislah musnah. markah kena tolak 1. -.-''



semangat nak main cari gula dalam tepung.




kemudian permainan dimana perlu mengigit epal ini sampai habis. epal itu dicurahi dengan kuah chili. terbaik. satu kumpulan 8 orang. setiap orang 1 gigitan. saya habiskan semua >:)



muka gembira terkena tepung.



seronok sangat :)


kemudian permainan kerusi. setiap kerusi ada tepung.
siapa cepat dapat duduk bila lagu berhenti, dapatlah teruskan :)


group kami kalah. kami anggap game ini kalau nak main, kena minta peserta yang berb*nt*t besar sahaja yang boleh main. sebab akan conquer satu kerusi. tapi tetap kalah juga :)

apa-apa pun. we had fun ;)

0 comments :