November 16, 2010

Cleaning and Eating ❤

mood sering berswing-swing, kejap rasa nak marah kejap rasa nak menangis. tiba-tiba mood nak mengemas datang. tapi setengah jalan. bilik masih tidak terurus lagi ini. esok tidak balik kampung. duduk rumah melayan tetamu barangkali? :P




tunggang langgang. erk









bukti saya masih lagi simpan buku latihan dari form 1 sampai form 5. semua ada lagi. tak pasti buku sekolah zaman sekolah rendah ada lagi ke tak. i wonder why i love to keep junk in my room. segala kejadah apa orang bagi aku simpan tahu? even bekas french fries MCD yang aku makan bersama ex aku simpan lagi termasuk kertas bungkusan chocolate cadbury.

aku siap ada satu beg plastik penuh dengan pen. BUKAN GUNA PUN. membazir.




zaman sekolah menengah sejak dari form 1 aku terlebih suka bawa camera digital pergi sekolah kemudian tangkap gambar orang. banyak gila. bukan ada gambar aku pun. heh, masuk zaman form 3. kerja aku mengedit gambar dan kumpul name tag orang :)



dan minat sangat print benda merepek seperti di atas yang dah pudar dah pun sebab asyik kena air. aku tak tahu kenapa aku suka print benda macam ini dan bagi dekat semua bestfriend aku suruh simpan. kadang-kadang buat surat kata i love you la tak pun conteng nama dorang dekat kertas warna warni then bagi dorang simpan dekat purse.

handmade tahu? :D





edit edit. hodoh gila aku edit. around 2007 :')



Pintu bilik.

bear 2 ekor tu kan kan. aku beli dari seorang kawan zaman sekolah rendah. darjah 6. sampai sekarang aku ingat aku tak bayar lagi bear kecil tu yang berharga RM6. tak ingatlah dari siapa aku beli. tak ingat kawan sekolah rendah T_T





and i love Hari Raya. dapat makan ketupat setiap 4 jam.



Selamat Hari Raya Aidiladha.

p/s : lampu bilik dah okay! no more duduk dalam gelap :')

2 comments :

Khairie said...

beberapa kali lalu di hadapan rumah anda :)

NadNod said...

@Khairie haha, rajin ya lalu lalang?