November 21, 2010

IKEA ❤

hari Ahad hari berehat bersenang lenang merehatkan apa yang ada dan suka hati nak makan atau tak makan. memang terbaik hari ini saya bangun paling awal gara-gara perlu menemani my sis ambil baju konvokesyen. well... redha. dengan handphone yang tidak dicharge. grr



lalu entah apa punya baju dicapai, dan mata yang sembab, bibir yang tidak dicalit apa-apa terus bertolak ke Shah Alam. *nampak tak aku dah gemuk?

setelah menunggu hampir 2 jam baru akhirnya my sis kembali ke kereta. kemudian berjaya memujuk my dad untuk ke Damansara semata-mata nak ke IKEA. my first time. agak teruja sedikit. baru tahu the Curve dekat area sana. One Utama pun dekat area sana. boleh tak cakap aku gayat dan excited nak merayau semua shopping complex tapi hampa... HAHA

orang yang datang ke IKEA memang ramai! sangat sampai nak parking punya susah. pusing-pusing eh parking dah diambil orang. entah bagaimana bernasib baik tahu?

seorang pak guard yang sangat baik hati tiba-tiba mengetuk tingkap saya dan memberi kata-kata comel iaitu kami dibenarkan parking di tempat yang sepatutnya NO PARKING. i do not know why. but it seems like macam kami ini VIP nak bagi entrance sebegitu. -.-'' kenapa sampai boleh parking depan-depan pintu masuk? erk




memang our car is the only vehicle that park there. kereta lain masih lagi mencari parking. bernasib baik. saya rasa kerana logo Negeri Sembilan itu yang buat kami boleh dapat park di situ? barangkali. alhamdulillah.




semua kedai makan/restaurant/cafe memang ramai. A&w setia menanti. my double deluxe like always. nyummm.









macam entah apa-apa je bawa beg kuning besar tu. macam tiada troli nak carry semua itu :P semua kerana kononnya nak beli sikit. tak nak membazir.


BANYAK SANGAT SALES. vincci, Padini! fuhh, half price. dari RM109 menjadi RM53.90 something like that. even ada banyak size 9, still i find it weird because i didnt buy anything at all. bagus, jimat duit. simpan.








p/s : battery handphone habis kerana asyik bergambar...

0 comments :