November 10, 2010

Malam sebelum Paper terakhir & Hari membuat clearance :') ❤

di Uitm bertemu juga dengan rakan yang banyak berkongsi suka duka. bermasam muka. bertegur sapa dengan hyper. apekes -.- yang penting sudah sampai ke penghujungnya. saya sudah berada di rumah. no more ajak mereka melepak di bilik dan makan maggie berbungkus-bungkus pada pukul 3 atau 4 pagi.

no more main lawan siapa dapat beat level aku untuk game plant vs zombie.

tiada lagi bercalling-calling ajak teman dinner. ajak teman lunch. ajak beli waffle. ajak pergi makan di semua dewan makan atau cafe yang ada dalam Uitm tu. tak boleh bla :)

no more plan pergi merayap. no more sewa kereta. no more habiskan duit macam air.


eh kejap. gaya aku macam ni sem terakhir. HAHA. padahal sedih sebab Sem 1 dah habis. saya bukan budak freshie lagidah. kahkah. next sem tengok budak sem 1 pula merasakan bertapa penatnya menjadi freshie.



ini adalah pada hari Isnin(8/11/2010). iaitu hari terakhir nak belajar sampai lebam sebelum menjawab paper Financial Accounting 1
belajar berkumpulan tahu? buat soalan past year. lepastu kecut perut sebab banyak tak dapat jawab. dengan Balance Sheet(kunci kira-kira) yang tak imbang, memang gelabah. buat 3 soalan yang kena buat income statement(penyata pendapatan) dan balance sheet, masih juga tak imbang!





kemudian saya tukar meja. duduk dengan orang lain pula. lawan mulut dengan lelaki di dalam gambar ni(HASrul) memang susah aku nak menang tahu. asyik kena 'shhhhh'. HAHA. budak(lelaki di atas) memang pandai account. tahulah carry mark tinggi T_T





GAMBAR YANG BERJAYA BUAT AKU GELAK KUAT DALAM LIBRARY.


**thanks Meerul buat namaku di calculator tanpa diminta. haha




akhirnya malam menjelma. sebelum magrib kami pack things up dan terus pergi dewan makan untuk waffle. saya beli 2 waffle terus dan sepinggan nasi goreng tomyam. okay. tengah tension. sebab tu saya makan banyak dan 'cilok' makanan kawan saya juga. HAHA. maaf.

bila dah makan ramai-ramai. memang macam buat jamuan.




habis makan pergi Masjid. solat magrib.

besar sungguh tapak kaki ku.




sambung belajar account.

library dah nak tutup baru kami berangkat pulang iaitu pada pukul 10.45malam.

PhotobucketPhotobucket






pada hari paper terakhir.....

9 November 2010, Selasa
bertapa camera addicted kami semua.
ketika ini diluar dewan. lagi setengah jam(8.30am) exam bermula.



penantian dan tungkus lumus selama 3 jam. akhirnya pada pukul 12 tamatlah sudah paper FAR100. seronok tahu?! sebab Bank Reconcilation(penyata penyesuaian bank) dapat jawapan yang betul. yang lain jangan tanya. satu pun tak imbang.

kalau tanya pasal paper account zaman SPM dulu. satu pun aku tak imbang juga ya! HAHA


before and after exam.

muka habis exam memang nampak sangat dah lesu dan penat :P




kemudian ajak mereka pergi makan bersama buat kali terakhir sem ini.



but Hajar(baju biru) terpaksa balik dulu T_T foine.




Palapes.




my Dhamira :P


Ain dan Farzanah.



pukul 2 saya balik bilik kemas barang. almari dah kosong :')



beg dah siap. sebahagian beg. beg lain tak turun lagi ;D kahkah, macam pindah rumah. will be missing you lendu and friends :') jumpa lagi next sem.


okay. marathon tidur dan enjoy selama sebulan.

0 comments :