December 31, 2010

SELAMAT TAHUN RABBIT ❤

yay. nak 2011. aku bahagia 'dowh'. kenapa aku tak semangat langsung nak balik kolej ni?!!!!!

2011 Please Be nice to me ❤

saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa sedih sangat nak melangkah ke umur 19 tahun pada tahun depan. macam tak bersedia nak mengaku diri dah tua. haha :D tak sangka saya mampu berdikari. mampu hidup sendiri. mampu hidup tanpa pegang handphone 24/7. dalam sehari boleh estimate bila saya akan pegang handphone. great news.

ini namanya hidup bahagia :) so baru-baru ini di facebook macam ramai join buat benda ini :-


Inbox me any number between 0-5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is only you and I know that number.

akhirnya saya join juga. ini adalah respon kawan-kawan terhadap saya. terharu ni. thanks korang :')













asal boleh yang no.23 je saya kan. sebab dah saya pilih nombor tu. hihi. semoga saya dapat tempuhi tahun 2011 ini dengan tabah. alah, masa berlalu dengan pantas. tak lama lagi saya cecah 20 tahun. bagus kan?

December 30, 2010

1 HARI LAGI ❤


sudah 30 Disember sekarang :) Alhamdulillah masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. gembira sangat dapat tangkap rabbit yang lari dari rumah. tiada kematian rabbit. Alhamdulillah. semut api dah tak suka buat rumah lagidah sangat, Alhamdulillah. saya dapat barang yang saya nak di penghujung tahun ini, Alhamdulillah.

saya dapat kawan baik saya, Alhamdulillah. saya dapat berdiri atas kaki sendiri, Alhamdulillah. bilik macam bilik yang kena masuk pencuri, MASYALLAH. kena kemas esok T_T seriously, saya tak pack barang langsung. tak excited langsung nak balik kolej. kenapa...

next year kalau ada rezeki, dapatlah bercuti di Thailand. kalau ada rezeki, InsyAllah. saya masih tidur lambat lagi sebab sudah seminggu sibuk jahit manik lagi -.-'' 2 lengan baju kurung saya mengambil masa hampir 5 jam. sakit tulang belakangnya satu, mata semakin rabun nak cucuk benang dalam jarum.

seperti kata sepakat bersama kembar, azam saya untuk tahun 2011 adalah ingin berubah menjadi lebih baik. dari segi sikap. kena kawal baran. ehem, saya bukan jenis hambur amarah dekat orang ya. saya simpan lepastu bila jumpa someone i could trust, walla! terus dia kena marah ;P kalau marah sangat, mulalah berciciran air mata.

bahaya jadi sensitip. bila saya berfikiran negatif orang marah. nampak gayanya orang yang marah saya berfikiran negatif pun sudah pandai berfikiran negatif. normal sangat berfikiran negatif. for me, berfikiran negatif sekarang lebih baik, dari berfikiran positif sampai terkena pisau di hati sendiri. faham tak?

apa-apa pun, I miss all my friends. dari sekolah rendah sampailah sekarang. hihi, rasa macam hidup seorang diri dah sekarang. heh. sambung jahit manik~



woah, why i find this so addicting?
seronok pula ikut dia menari. sampai rasa nak buat lagu ni jadi ringtone.
LOL

December 28, 2010

Guess ❤

dah 2 minggu bercadang nak mula menjahit manik untuk semua baju. MALAS. sikap malas semakin menjadi-jadi bila dah hampir bermula Sem 2. since sudah mula daftarkan diri dalam insurans ini semua. haruslah bayar -.- seronok pulaaaa pegang duit banyak-banyak. not even mine. seronok pegang sahaja ;)



macam nak main campak-campak lepastu kutip.


selepas solat Asar, my dad finally came home. terus saya serbu rumah rabbit bagi makan. minum air nescafe yang dibuat oleh Apa, kemudian baru sibuk pergi jemput my mom and my sister di tempat kerja masing-masing. dari situ terus pergi ke Jusco. hanya satu tujuan.





selepas menjayakan tujuan tersebut baru pergi makan minum di OldTown Coffee ;D
serius sedap. rasa nak makan lagi.







tujuan utama hanya ini. bahagia.
dapat diskaun RM100 :')

thanks mom and dad.

jangan pertikaikan bertapa besar saiz jam ini. jangan cakap ini macam jam lelaki. semua orang ada taste berbeza-beza :)



berjaya juga beli Big Apple. dah banyak kali makan donat IceBerg.
bila saya nak start rasa muak makan?



saya memang baran sedikit. mungkin sedikit? haha. tadi terpost entry emotional tentang berkemampuan. kemudian saya delete. saya cuma tak faham kenapa ada manusia yang suka jaga tepi kain orang dari jaga kain sendiri ;P kelakar.

macam saya guna duit dia nak beli. macam saya hina jenama tempatan sedangkan tak pernah langsung. sibuk mempertikaikan saya beli barang tidak original. saya bukan marah. cuma terasa sebab barang yang saya beli disamakan dengan harga yang murah. marah tak selesaikan apa-apa pun :D

akhir sekali, saya bukan nak bersikap menunjuk. ini diari harian bukan blog tentang isu semasa -.- saya tak kaya, tak miskin. bare in your little brain.


thanks Marina :D mungkin cemburu atau mungkin hanya nak sakitkan hati orang lain -.-''

December 27, 2010

Life Insurance ❤ 26122010 Part 3

Shana's mom datang rumah malam semalam. akhirnya berjaya juga membuat keputusan untuk mengambil insurans. jangan tanya insurans apa. sebab saya sendiri tak faham insurans apa yang mak saya daftarkan. lol



tak sangka akan dapat hadiah dari mama Shana.
lengkap. gelang tangan, gelang kaki dan rantai.
hanya pilih satu. saya tamak. minta 2 ;p




mama Shana bagi ini untuk my mom :D



Alak dapat 2 juga.



comel comel ;D




I got mine too :D LOVE THEM.


thanks Auntie! :)

Air Terjun ❤ 26122010 Part 2

sebaik sahaja habis sesi memotong rambut yang macam ekor kuda, terus balik ke rumah dan bersiap untuk bermandi manda di air terjun bersama my parents. menyesal tak bawa baju proper. air sangat sejuk!












sekali pandang, macam hantu.




sekali pandang, ADA LABAH LABAH AIR.




excited tapi mandi pakai seluar jeans. lol







saya over senyum sebab tahan sejuk. macam budak terencat -.-''






Hair Cut Day ❤ 26122010 Part 1

2 tahun yang lalu saya dengan tekad berjanji akan memotong my long hair apabila ternyata cinta putus di tengah jalan. LOL. itu lawak. janji budak-budak. tapi tak juga potong-potongnya. sudah 3 tahun berambut panjang. nak potong sayang. sebab rambut susah nak panjang. akhirnya tekad, tekad! :)

mungkin ini langkah pertama untuk move on. orang cakap rambut menyimpan kenangan. kenapa perlu menyimpan kenangan? duhh. 2011 semakin menghampiri dan saya sudah menerimanya dengan tenang. **dramatis kejap

sebaik habis lunch, terus bergerak.



so here we are yesterday, 26th December 2o10. waiting for our hair to get cut.


PERCAYALAH saya punya takut nak potong rambut. takut nanti rambut tak tumbuh. haha. alasan tak munasabah. my mom siap perli, bela lah rambut tu sampai kaki, tak payah potong

-.-''! makan dalam sikit. lalu potong jugalah. sebab rasa lega bila rambut dah pendek.

pada mulanya my sister's hair, Alak, yang dipotong dahulu. mula-mula ikat, dan zaaaap! terus potong. jadi macam ekor kuda. dah potong siap tayang depan mata kita lagi T_T






potong pendek sahaja, tapi mengambil masa 2 jam......
tertanya-tanya kejap.







Mine.

really short T_T minta panjang sikit tapi dipotong terlebih pendek pula.



sebaik habis dipotong, Mr Jeff, the hairstylist, persuade me to get treatment. like seriously. dapat free urutan di kepala. although it cost me RM66, tetap rasa berbaloi.


SEBAB tak sangka my hair stylist during that time is the owner of the shop. which mean he is the Senior that makes him the Professional.

macam :O nasib baik tak di-caj mahal -.-'' Alak sangat cemburu coz i got the Pro. HAHA. coincidence. jarang boleh dapat Pro tiba-tiba dan dapat murah. sepanjang sesi memotong dan treatment rambut, memang banyak beliau cadangkan. shampoo apa tak patut pakai, cara pakai conditioner, cara jaga rambut, cara ini dan cara itu sampai saya kebingungan.....




it was worth it.



I will seek for my hair treatment from his shop next month -.- that will cost a lot of money. pembaziran. ish ish. rambut makhota wanita*alasan. IM SO HAPPY. finally berjaya potong rambut ;') selamat tinggal kisah silam. just hoping you dont come around AGAIN. hihi

tak sempat curi my ponytail bawa balik T_T dan sekarang bakal menghadapi rambut kembang. bagus sangatlah tu.

December 26, 2010

Wedding ❤

Dulu agak rajin nak pergi kenduri kahwin. sangat sampai tak kisah pun pergi sampai 3, 4 rumah dalam sehari. perut kenyang pun nak sumbat dengan nasi minyak juga. sekarang sejak dah semakin nak capai alam dewasa, memang..... memang PEMALAS nak pergi kenduri kahwin.

pada 25 December 2010, Sabtu berlangsungnya 2 majlis perkahwinan. ececeh, sanggup sahaja makan banyak-banyak. semua cakap badan sudah gempal. tapi... lupakan.



Pelamin yang simple. saya suka.





Pengantin. (sepupu lelaki).

Selamat pengantin baru :)




selepas bermakan 'mukan', barulah sibuk bergambar.


sepupu : ape macam result final sem 1?
me : oklah. tak pandai lagi nak capai dekan.
sepupu : ada sangkut ke?
me : **dengan blur-nya menjawab** AAH
sepupu : subjek apa? SEM 1 SENANG LA!
me : *BLUR* AIS?
sepupu : AIS LA PALING SENANG.

konklusinya saya ingat sangkut itu macam sangkut dapat B tak dapat A. tapi rupanya sangkut tu bermaksud FAILED. memang saya ni terlebih bijak mengaku saya failed sedangkan TAK!

saya tak repeat paper langsung. Gred paling rendah pun B+ T_T memang dah dicop kurang cerdik. LOL.



PhotobucketPhotobucket


kemudian pergi kenduri kahwin rumah kedua. tadi rumah sepupu,
ini sepupu lagi seorang pula kahwin. kali ini sepupu perempuan.



PhotobucketPhotobucket






ini adik(aboy) kepada pengantin perempuan merangkap my sepupu juga.
zaman kecil kecil, suka samakan dia dengan my cat, BOBOY.






my shoes.



gara-gara kesesakan lalu lintas, pukul 2 baru pengantin lelaki tiba :)





bersanding.







lelaki berbaju pink sepupu.
gadis berambut curly murly, anak buah saya yang comel omei :)



menangis pun tak keluar suara. tetap comel :)



bila dia excited tengok camera lagi comeiii :D






PhotobucketPhotobucket


balik rumah terus kejar my NONAME yang lari dari rumah rabbit semalaman.



PhotobucketPhotobucket


pada waktu malam, finally dapat makan Pizza with my parents, both of my sister and my Cousin :D THIS IS A HAPPY FACE.

nyummie...



got a new hairband too. :)



hari yang...... mengenyangkan.