December 30, 2010

1 HARI LAGI ❤


sudah 30 Disember sekarang :) Alhamdulillah masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. gembira sangat dapat tangkap rabbit yang lari dari rumah. tiada kematian rabbit. Alhamdulillah. semut api dah tak suka buat rumah lagidah sangat, Alhamdulillah. saya dapat barang yang saya nak di penghujung tahun ini, Alhamdulillah.

saya dapat kawan baik saya, Alhamdulillah. saya dapat berdiri atas kaki sendiri, Alhamdulillah. bilik macam bilik yang kena masuk pencuri, MASYALLAH. kena kemas esok T_T seriously, saya tak pack barang langsung. tak excited langsung nak balik kolej. kenapa...

next year kalau ada rezeki, dapatlah bercuti di Thailand. kalau ada rezeki, InsyAllah. saya masih tidur lambat lagi sebab sudah seminggu sibuk jahit manik lagi -.-'' 2 lengan baju kurung saya mengambil masa hampir 5 jam. sakit tulang belakangnya satu, mata semakin rabun nak cucuk benang dalam jarum.

seperti kata sepakat bersama kembar, azam saya untuk tahun 2011 adalah ingin berubah menjadi lebih baik. dari segi sikap. kena kawal baran. ehem, saya bukan jenis hambur amarah dekat orang ya. saya simpan lepastu bila jumpa someone i could trust, walla! terus dia kena marah ;P kalau marah sangat, mulalah berciciran air mata.

bahaya jadi sensitip. bila saya berfikiran negatif orang marah. nampak gayanya orang yang marah saya berfikiran negatif pun sudah pandai berfikiran negatif. normal sangat berfikiran negatif. for me, berfikiran negatif sekarang lebih baik, dari berfikiran positif sampai terkena pisau di hati sendiri. faham tak?

apa-apa pun, I miss all my friends. dari sekolah rendah sampailah sekarang. hihi, rasa macam hidup seorang diri dah sekarang. heh. sambung jahit manik~



woah, why i find this so addicting?
seronok pula ikut dia menari. sampai rasa nak buat lagu ni jadi ringtone.
LOL

0 comments :