December 14, 2010

Penternak Rabbit ❤

dulu penggemar kucing sampai bela lebih dari 10 ekor.

i just lost my only cat, Aw Aw. dia hadir ke dalam rumah ini selepas 2 hari saya putus cinta buat kali pertama. sentap you know. tapi tapi kisah lama. HAHA. saya ingat tentang hari dia datang ke rumah saya sebab kisah putus cinta itulah. sudah hampir 3 bulan Aw Aw sudah tiada di sisi.

sebab salah seorang rakan baik memberi saya seekor arnab sebelum berangkat pergi ke Sarawak, jadi saya membuat keputusan nak biarkan ia membiak dengan lancar. well, as we all know, rabbit memang sentiasa aktif membuat ehem. sebab tu every month akan dapat baby wabbit yang saya gilai itu sampai setiap hari nak update gambar baru mereka.

gambar baby rabbit kencing pun nak upload sekali.



semakin hari mereka semakin membiak.
ini rumah baru mereka 2 bulan yang lepas tak silap


sekarang rabbit banyak dicuri. banyak lari. banyak menghilangkan diri. banyak menyorok main cak-cak. so sekarang hanya tinggal 11 ekor. banyak rabbit lawa yang comel gila bulu tebal semua dah hilang. cis.


so yesterday my parents bersepakat membuat renovation kepada rumah mereka.
cantik tak cantik tak? kayu mahal(mahal untuk rabbit) nak buat rumah mereka. ceh





dengan ini ingin saya memperkenalkan rabbit yang tinggal :-

ayah kepada segala baby arnab.
Mr Tam Tam.



ibu kepada segala baby arnab,
BitBit.




the one and only rabbit yang pandai survive dunia luar tanpa saya bagi makan selama sebulan. dia dikurung bukan sebab dia ganas tetapi sebab dia sering dibuli oleh segala rabbit jantan yang lain. sampai mulut dia sumbing digigit.

Mr. Bunny.





the prettiest rabbit(betina) :D

suka dia sebab bulu tebal mata cantik dah gemuk.
Miss NoName.





rabbit ni saya tak sempat bagi nama.
saya panggil kelabu je.

BUBU.




sebab dia pure white(sekarang dah kuning sebab tak mandi).
saya panggil dia Whitey.





konfius dengan Whitey. so ni Whitey 2. HAHA




ni juga tiada nama. kejam tak saya pilih kasih? :P




ini batch rabbit kelahiran kelima yang menjadi kegemaran keluarga.

kiri : Stuart. (betina)
kanan : Liner. (jantan)

rabbit saya bukan jenis manja dengan orang yang tak kenal. sebenarnya tak belajar lagi cara nak manjakan rabbit. hanya Bunny seekor yang bila dipanggil akan datang :)





rumah untuk orkid juga dibina sebelah rumah rabbit.




i love being at home.

sebab perut saya boleh memanjang sepanjang hari. setiap hari makan 6kali sehari. saya boleh sahaja habiskan makanan untuk 3 orang kalau diberi kesempatan. saya sanggup.

Bye.

2 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

mata liner sangat cantik..!
wahh bole kasik rabbit kita kawan2 kan?hehe

NadNod said...

@SyAfaWaNi ♥‿♥ hehe ;D kalau anak baby rabbit boleh je