January 31, 2011

22 January 2011 Sunway Pyramid ❤

sudah agak berkurun juga tak berjumpa dengan kembar sendiri. semua busy dengan hal belajar. sampai ingat-ingat lupa bila kali terakhir jumpa. sampaikan apa perkembangan terbaru pun tak tahuuu. baju baru beli pun aku kecoh. masa pertemuan dirancang minggu lepas. pada hari Sabtu, 220111, bertemu juga :) hanya kami berdua.

tujuan hanya satu, nak cari kedai bundle di Seremban!





ini adalah reaksi muka aku bila jumpe cermin mata baru Izzyan(twin). tak ke aku excited macam budak umur 5 tahun dapat gula-gula. hehe :)

masuk kereta je aku dah selongkar handbag Izzyan......


terus dia pesan ambil sahaja purse comel glittery ni. katanya dapat free sebab menderma apa ntah. haha, aku pantang nampak glittery. thanks Izzyan :)




hadiah kedua ialah gelang dari Singapore. ini pemberian daripada Yana. thanks Yana, tak sangka sudi ingat Nad :P sangat suka gelang comel ni.


pencarian kedai bundle tidak berjaya sebenarnya. susah nak mencari, akhirnya kami beri baju terpakai tersebut di Jusco dimana ada satu tempat khas untuk menderma. ambillah. tak guna juga nak jual.

pada pukul 1++ petang baru kami rancang. PERGI SUNWAY PYRAMID. gila ke tak? dalam masa tidak sampai 2 jam dah sampai sana. mujurlah ada parking -.-''




dapatlah makan di Kenny Rogers. dan dapat bertemu dengan kawan Izzyan, Azwn Abd :) nice to meet you bro. sepanjang makan, aku asyik memerhatikan budak dua ekor ni kena mengena antara satu sama lain -.-'' untunglah ada orang nak suka.





percubaan kedua aku memakai spek baru Izzyan. see excited tak aku? :P




sebenarnya nak nyatakan ketinggian Izzyan dah mencanak -.-'' tak faham sungguh dia makan apa sampai obvious gila kependekan aku. ke memang aku yang pendek? HAHA 

Kalau keluar dengan kawan-kawan dia yang lain pun, still aku dalam kalangan paling pendek. bukan dalam kalangan, memang paling pendek dalam kawan-kawan dia. cis



3 kali ulang alik merayau dalam F21. semua sebab ada sales. tapi satu pun aku tak beli.




SEBAB DEMAM PANAS. tapi mengada demam demam pergi merayau sampai ke KL xD balik rumah terus kena pergi hospital swasta dan selepas buat check-up, low blood pressure. 41. too low bak kata doktor. patutlah aku bernafas tercungap-cungap on that day.