January 21, 2011

LURUS ❤

salah satu kejadian yang berlaku semalam.

R : aku tak tahu macam mana nak kurus. sebab tu hari-hari aku maggie. kang kalau makan nasi mulalah tambah lemak.

N : makan maggie hari-hari boleh kurus lah. sebab tu N makan hari-hari. *dengan muka confident.

R : oh ya ke!? lepasni hari-hari nak makan maggie.

N : eh, N tipu jela! HAHAHAA~


aku selalu tergelakkan orang yang lurus. serius! tapi bila sampai turn aku, sebenarnya aku pun LURUS JUGA. cuma tak menunjuk sangat. dan bila tahu dah diperdayakan, agak sedikit terbengang. cis. kenapa aku lurus -.-

sebentar tadi sebelum balik ke rumah dari Kolej, terserempak dengan suami RS(RS tu macam warden kot). terus bermula sesi perbualan.

P : kamu ni nak balik ke mana?

me : rumah. *dengan muka blur.

P : hah? * sambil buat muka pelik

me : EH. SEREMBAN.

P : Seremban dekat mana?

me : Negeri Sembilan *jawab dengan penuh confidentnyaa

P : kamu ni biar betul??

me : EH TAK TAK. Paroi. HAHAHAHA

P : ish kamu ni. ingat saya tak tahu Seremban tu dekat mana. Negeri Sembilan tu besar.


sudahnya perbualan berlanjutan sampai bertanya tentang aku suku dari mana sebab asal usul aku memang dari Negeri Sembilan. siap bertanya siapa boyfriend. part berapa dan bagi pesanan kalau cari boyfriend jangan sama suku. persoalannya sekarang, AKU MANA TAHU AKU SUKU APA.

nasib baiklah my dad sampai juga akhirnya. kalau tak perbualan akan berlanjutan sampai cerita nenek moyang. kesimpulannya, janganlah jadi lurus sangat dalam segi pemikiran.

0 comments :