January 14, 2011

Reasons why I love to keep them to myself ❤

bila berada di fasa umur nak jadi sembilan belas tahun, baru perasan dengan perihal ini yang bahawa mana ada kawan dunia akhirat. susah nak cari sahabat. bila fikir balik aku sendiri pun tak layak digelar sahabat oleh orang lain. so kenapa perlu aku complain aku tiada kawan yang tak lupa kawan? camtu pulak kan :)

bila kawan aku sendiri hadapi masalah dengan kawan aku lagi seorang. aku malas nak masuk campur. nanti dengan aku sekali bergaduh. jadi lagi baik buat tidak tahu. aku suka menjadi pendengar bukan pengkritik. sebab aku tahu bagaimana rasanya bila kau cerita masalah dan orang dok cakap "RELAKS SUDAH. MENGGELABAH LA KAU".

kahkah. aku pantang bila aku tengah bersedih orang cakap macam tu. saya bukan dibuat dari batu. hati saya bukan sekeras hati anda semua. emosi saya memang sentiasa berewangan.

satu lagi perkataan saya tak suka bila saya marah "KAU RELAKS DOWH. CALM DOWN CALM DOWN". ingat aku tengah fly ke apa? :P

jadi bila saya in a bad mood jangan harap saya nak bercerita kepada sesetengah orang yang dinyatakan di atas. sebab dari nak jadi air terus jadi gunung berapi. yaww, saya baran. saya kuat cemburu dan saya degil. faham faham sendirilah kan kenapa saya tak ramai kawan.

tiada kawan tak mati pun bro :D tiada boyfriend pun tak mati. lu yang perlu relaks. aku tak jumpa boyfriend bertahun pun aku relaks bro. chill chill. HAHA.

akhir kata, KAU RELAKS JE. JANGAN NAK MENGGELABAH.

2 comments :

[Dr Nu@r] said...

relaks sudah. haha!

NadNod said...

jangan nak menggelabah sangat :P