February 23, 2011

Monday 21022011 ❤ Sukan Fakulti

hari Isnin hari paling malas sebab ada kelas pagi dan sesungguhnya paling liat nak bangun awal. Selasa sampai Jumaat tiada kelas bermula seawal 8.30 pagi. pftt. anyway, nampak tak badge(rujuk gambar di atas)? =) ramai dah yang selalu tanya soalan yang sama, dimana buat dimana dimana?! 

saya sendiri tak tahu. sebab ini pemberian orang. mungkin dibuat di City Square, JB. RM15 satu. okay mahal. tak sangka ada orang yang sanggup suprise bagi badge sebegini =)



nasib baik Isnin lepas kelas 8.30 pagi habis agak awal. pukul 9 dah habis. untunglah. sebab semua perut sedang lapar. tapi kesian pula kepada lecterur yang masih sakit rahang gigi.


kami ditugaskan untuk menyebarkan poster ini dan promote
kepada semua orang untuk undi classmate saya ni untuk MPP ;)



habis kelas awal semua dah kempunan(teringin) nak makan roti nan. dulu saya yang sibuk nak roti nan cheese roti nan cheese sampai ada yang sanggup bagi suprise datang malam-malam ke kolej bagi 2keping roti nan cheese. hameeeeek! tak boleh habis. haha :P


lupa nak bagitahu mereka roti nan mana ada pagi-pagi :D haha. nasib la semua dapat makan roti canai dengan roti canai telur sahaja.




part best, sarapan kami dibelanja oleh Alex. rujuk gambar di atas dimana kami memegang poster "UNDI ALEX". terima kasih Alex belanja kami bersembilan makan. ;)




operasi menampal poster bersama-sama. 





after class semestinya berdating pergi ke dewan makan. dapat nasi patayya :D oh tidak, berdating bagi saya maksudnya ramai-ramai. bukan berdua :D






bila malam tiba, seronok tengok kawan roomate buat tocang. penat cuba belajar buat tocang sebegini, serius dah 5 kali failed. hampa. dah dah. tak nak cuba buat dah.



tiba-tiba dapat message perlu hadiri sukan fakulti untuk memberi sokongan. okay bab ni malas. terus tukar seluar dan pakai baju tidur dan pakai hijab tak sememeh dan keluar ke court. sumpah hodoh dan selekeh. muka oily oily. HAHA

memang berbaju tidur.




masih lagi dengan berkempen.









bertapa semangatnya semua supporters :)






saya punya berani duduk dekat court tu. baru sahaja ada kes budak kena hit dengan bola sepak tepat di mata lalu pecah cermin mata. kesian. 

dapat juga saya join kawan-kawan yang lain naik kereta Alex dan berkempen di malam hari dari kolej ke kolej. saya hanya menyumbangan suara seperti membuat lagu sendiri "marilah undi marilah undi, undilah Alex". kemudian sibuk dengan motto : anda mampu mengubahnya. vote accountancy!


okay. over dramatic. haha


tengok bertapa excitednya muka aku dan bertapa oily-nya. oh aku tak duduk dalam kereta. aku duduk dekat bonet sebab nak julur kaki ke luar. pintu semua tak tutup. sepanjang perjalanan aku menjerit. sampai kolej, suara dah serak basah. okay, lepas tension. sama macam lepas tension berkaraoke nyanyi lagu jiwang :)

thanks for the day my friends. sungguh bahagia <3

0 comments :