March 31, 2011

Sejak tangan berbedung... ❤

bila tangan berbalut besar, pakaian semua tak muat sampai kena shopping baju baru. terus nampak macam obvious selekeh gila. di saat itulah saya sedar bagaimana perasaan orang yang diperhatikan atau orang yang ada sedikit kecacatan yang obvious dipandang. sesungguhnya saya sangat benci pada pandangan orang sampai satu masa saya rasa nak cucuk mata mereka semua dengan garfu. ini betul bukan penipuan.

saya sayang ayah saya sebab tu saya pakai baju ayah saya. stop tanya macam benda tu tak obvious. tak perlu sampai seluar pun nak cakap aku pakai ayah aku punya. aduhai

soalan paling popular buat masa ini.....




bagaimana saya boleh jatuh?
~jatuh tangga.

dimana dan tangan patah ke?
~di rumah dan ya memang patah. ada besi menyambungkan tulang.

kenapa boleh jatuh?
~soalan paling tak logik. sebab nak jatuhlah! dah ditakdirkan -.-

bagaimana dengan mandi?
~tangan angkat sebelah.

bagaimana awak nak buang air semua?
~semua guna tangan kanan, jangan nak eww sangat.

bagaimana awak pakai baju? baju dalam semua?
~tangan masih ada. kudrat masih ada. i managed to do it on my own.



kenapa pakai baju hospital?
~kau apehal dowh?!!!! sebenarnya saya pakai baju ayah. shopping pun baju lelaki yang XXL. janganlah nak tanya bukan-bukan. sampai setiap hari tanya memang nak bagi penyepak. baju XXL sahaja yang muat masuk lengan saya yang berbedung ni.



kenapa tak pakai baju kurung?
~sebab tangan tak muat. kau pernah cuba pakai baju dengan tangan yang bengkok??

kenapa kau pakai baju tidur pergi kelas? ni apa? seluar tidur????
!suka hati akulah -.- kau fikir tangan berbedung ni mampu nak pakai jeans? mampu nak zip seluar sendiri? i need some help to wear them.





setakat ini itulah soalan fofular oleh semua orang. kemana saya pergi saya ditergelakkan macam saya pakai baju dalam sahaja sampai semua nak perhatikan dan gelakkan. sampai ada satu masa saya malas nak pergi mana-mana pun sekitar kolej ni.

baru baru ini dikatakan saya seperti memakai baju mengandung. dikatakan nampak kelakar pakai baju besar seluar hijau. dikatakan macam macam sampai satu masa terus saya meletus.

dari hari isnin bersabar, terlepas juga amarah saya. tersentuh jugak hati saya bila lecterur sendiri berkata sebentar tadi :

Allah berikan sakit kepada orang yang Dia tidak suka.

sekaligus satu kelas semua memandang saya. coz im the only one yang masih lagi not in a good condition dengan tangan berbedung semua. okay. selepas kelas rakan kelas mulalah dengan mulut masing-masing. seperti eee baju hospital. eee kelakar. eeee cuba angkat tangan kiri. atau : "nad pergi padam papan hitam"



apekes apekes. cucuklah perut anda dengan jarum sebanyak 23 kali. lebih afdal guna pisau. baru tahu bagaimana sakitnya hati saya sebagai student atau kawan awak. cakap memang sebarang cakap, kalau aku teraniaya, aku hanya mampu berdoa. semoga anda semua akan tahu sendiri bagaimana sakitnya tangan aku ni. saat dibedah dan selepas dibedah. memang aku sentiasa tersenyum untuk kaburi mata mereka yang suka mencari "pasal".







jaga perkataan yang dipertuturkan sebab saya dah cukup sensitif hari ini. maaf? tak mampu nak tarik balik apa yang telah dituturkan.


jangan mengata. aku cabar kau sendiri buat semua kerja guna satu tangan.



p/s : lama entry ini terkubur dalam draft :P 

March 27, 2011

22032011 3rd Day in Hospital :) ❤

thanks to my friends yang datang all the way from UiTM Lendu to Seremban just to visit me :') eh terharuuu. sanggup sewa 2 buah kereta nak datang.






kawan sejak semester 1, Rabeah :D






semua nak cuba gantung tangan sendiri. jangan diminta benda yang tiada ya rakan rakan :)

paling best, ada yang sanggup gilir-gilir nak suapkan saya makan :P susah nak makan guna satu tangan especially bila baru lepas operation -.-

2hours after that semua menghilang nak pergi ke Jusco except for someone :)


mereka balik dengan birthday cake :') thanks to him yang belanja the whole cake for me. awal sehari is acceptable but this year saya tak tiup lilin langsung. sebab tu sedih :'(

no birthday candles and birthday card T_T







potong kek :)









thanks to the mastermind that make my day :D

semua ponteng kelas. 






thanks sara for this :D






ending up giving this to the nurses sebab tak ada sesiapa nak habiskan :'(



terima kasih semua :)

March 23, 2011

21/03/2011 Operation dawai besi ❤

memang manalah kita tak pernah mintak untuk something bad happen to us. but when it happens, i take it as the punishment. things happen for a reason. who would predict i could broke my arm when falling from 'not so high' place. hamek. menangis macam tangan dah hilang.

tepat 12.15petang pada hari Isnin 21032011, katil bergerak untuk saya ke bilik operation dah tersedia -.-'' terus salin pakaian which is baju labuh yang diikat guna tali di belakang. hanya itu sahaja dibenarkan pakai. yang lain dipaksa ditanggalkan :O


di hadapan bilik operation.



sangat berdebar. ni tak tipu. tiba tiba tali baju dibuka -.-'' sumpah rasa macam half naked. kahkah. even the nurse talk chinese with me. i was quite though since im not sure if she was talking to me. tiba tiba dia tengok muka saya dan : oh, kamu melayulah!


memang saya melayu -.-'' 





my sister.


since she is the radiographer(juru xray) at the hospital, dia teman saya masuk bilik operation sekali. all the way dia gelakkan saya. all of the staff there called me as Amirah's sister. 

semua cakap muka kami lain and they assume my mom ada berkenan dengan orang negro. come on people -.- belah mak keturunun chinese and belah ayah keturunan......

assume that saya ikut belah ayah la :)





konon muka takut nak masuk.








adalah excited sikit :P





dah masuk bilik operation after an hour.



excited tak excited tak? :P dalam bilik tu asyik diberi kata semangat seperti jangan takut. saat dicucuk ubat tidur................zZZZZzzzzzz







it was damn painful. after the operation, semua kejutkan : "amirah, bangun. amirah"

apa yang saya ingat, got vomited right after that. mungkin sebab ubat tahan sakit atau antibiotik. i'm fine. for now. thanks for showing that you cared, i guess.

dekat sini saya sentiasa dipantau oleh nurses. selalunya nurse yang sedang praktikal from Nilai College. eh, kenapa tiada nurse lelaki. haha :P

March 21, 2011

Day 2 in Hospital ❤

my right hand.


saat dicucuk jarum untuk pasang tiub ni memang sakit -.-'' lepasni taubat. kena lebih berhati-hati. im typing using my right hand now :(

agak terbatas pergerakan. nak pergi tandas pun kena kulu kilir bawa tiub air ni semua. 



left hand.


ini pun perlu carry around dan gantung di leher kalau nak pergi toilet -.-'' tidur pun tangan tergantung. eh, ayah saya cakap saya tidur lasak semalam sampai tiub air tercabut and tempat gantung tangan pun hilang. no wonder tangan saya patah :P




kata nurse ni jam baru saya. -.-




setap hari dapat persalinan baru. sebab baju ni seksi, saya terpaksa tunggu mak saya datang. nasib baik semalam my dad teman di sisi katil sampai saya tertidur :')





rasa macam handless sekarang.



the doctor said the operation will be at 12.30 pm today. kejap lagi nak tukar baju yang lebih seksi. yang pakai kena ikat ikat belakang. oh tidak -.-

now i'm all alone in this ward room. tak dibenarkan makan dari pukul 12 malam semalam sampai habis operation. sila kesian dengan saya sekarang. kawan di kolej semua busy belajar tetapi saya disini :(

March 20, 2011

Admitted to the Hospital ❤

this is how it all begin.




I woke up this morning with tragedy. 3days before my birthday, tulang tangan dah lari. orang cakap bila birthday nak dekat ni kena hati-hati. i'm typing with one hand.




pakaian dipakaikan oleh my sister since i dont have the ability to do it on my own.
balutan di tangan adalah tudung. idea kakak saya.
tak sia-sia dia masuk PBSM dulu.



saya jatuh around 9am. terus paksa Alak, my sister, untuk bawa saya ke hospital dengan kadar yang segera. tapi mak saya tak mahu -.-'' diajaknya sarapan dahulu. around 10 baru bergerak ke hospital. setiap kali bumper di jalan, memang menahan sakit di tangan.

selepas diambil xray, cek darah, cek tempareture dan cek blood pressure.

kalau dulu disahkan low blood pressure, sekarang dikatakan kadar atau tahap gula tinggi. seharusnya 5. test darah dengan ketip di jari. nasib baik tak sakit. perit bila nak buat xray. dipaksa luruskan tangan. bengkokkan  tangan. perit -.-







disarankan tukar baju hospital dan bayar RM400.
dapat bilik single :D 




sebelum tangan dibalut. orang cakap aku takde gaya orang sakit. 
bila disahkan saya ni adik kepada staff di hospital tersebut, barulah semua layan saya dengan baik.





kemudian mama Shana datang bawa hadiah :D
kira hadiah birthday.





tangan tergantung sampai esok. tak boleh makan benda manis. no ices.




ini kali keempat saya makan. makanan dia memang sedap :)



press for help. seronok pula duduk hospital -.-


okay esok ada kuiz dan saya di hospital!
jangan tanya dimana saya jatuh dan bagaimana :)

March 18, 2011

I Am Strong ❤



X : Nad, aku harap kau jangan mudah terasa bila ada terdengar ada orang yang cakap bukan-bukan atau apa-apa dekat kau. kalau kau ada terdengar kiasan pun buat tak tahu la ya? 



dengan senyuman ku menjawab aku sudah tahu segalanya. aku dah lama tahu diri aku diperkatakan dan aku sudah lama tahu ada yang bermuka di depan aku. jangan nak terkejut sangat.

sebenarnya aku tak sedih pun. tapi aku kesian. sebab selama mana orang mengutuk aku, tak akan kemana. sedangkan aku sendiri tahu perihal orang yang sibuk mengutuk turut dikutuk oleh yang mereka tak akan sangka. sesungguhnya apa yang aku ceritakan disampaikan tetapi apa yang diceritakan oleh mana-mana pihak aku pecahkan di perut. 



kau benci seorang tapi kau tak sedar berpuluh puluh lagi membenci kau.

kau tak nampak sebab kau tak rasa dan sedar diri kau turut dikutuk. tiba masanya kau terjatuh terlingkup, jangan nak menyalahkan pihak lain. kau marah orang buat kau tapi kau tak sedar kau buat orang.


ini bukan sekolah menengah. apa salah aku sampai nak mengata?


why you have to be so mean?

March 15, 2011

Mesyuarat Tikus dan Kucing (5th March 2011) ❤




PPKP.

saat berlakon menjadi seekor tikus. -.-''


lelaki berbaju hitam(Allif). 
Lelaki berkemeja(Abe). 
Tudung merah(me). 
Tudung Coklat(Ameera Azizan) 
free hair(Liyana Yusof)



lakonan yang tidak seberapa memandangkan tidak ada bakat berlakon dan men-direct cerita sendiri. tahniah kepada group lain yang berjaya mendapat lakonan terbaik. ceh :P

March 12, 2011

My day with S ❤


Last week on 6th March 2011 I bought this cute shoes too :P

kasut ini dibeli atas dasar paksaan :D nasib baik kawan-kawan persuade beli. kalau tak memang takkan wujud la dalam koleksi kasut. saya memang ada sikap "tak suka beli kasut". because I wear size 9. perhaps size 40 doesnt fit well. mungkin kaki saya sudah expand kepada size 10. seriously. Im not kidding. I get used to it to wear same kind of shoes.

for example, kasut kuning saya yang dikatakan kasut crocs. haha

semua gelak kan bila saya pakai kasut ini dengan baju warna merah, biru, hijau, dan apa colour sekalipun. tapi sekarang bukankah trend kasut contra?

baru semua terdiam. baru sekarang saya nampak ada yang berani pakai kasut merah menyala, kasut turqoise, kasut pink garang dan kasut green apple. baru sekarang semua hormat kasut kuning saya. HAHA



pada 10March 2011, Thursday, barulah saya berani pakai this new shoes. baru berani pakai sehari suntuk. haha, ketat mak ai. almaklum kasut baru, memang memakan diri. cis. 

*gambar di hadapan atm. :P




gambar di kelas MGT.




gambar selepas kelas MGT. 

kasut pink striking tu berharga RM300++ dan kasut pink peach comel tu juga RM300++ something. sumpah lawa. almaklumlah kiri kasut Nike dan kanan kasut Momoe. memang harga macam O_O!






di surau pun ada paparazzi okay -.-



selepas pergi membeli "belah" di pasar. 




okay, ada test banyak minggu depan!




dan gambar sebelum common Test 1 Bel 260.



jangan fikir bukan-bukan. sebenarnya saya dah tidak gemar tangkap gambar muka sendiri. suka snap picture orang, gambar badan sendiri and any part of my body for example my feet. mungkin saya ada masalah?

happy weekends semua. saya nak balik rumah.


p/s : S is Shoes