March 08, 2011

6 Mac 2011 . Ballet Shoes ❤

Hujung minggu saya memang sentiasa busy dengan aktiviti yang bak kata orang "I HAVE TO" atau dalam erti lain yang lebih mudah iaitu "terpaksa" melibatkan diri. 

kami perlu bergotong royong pula pada hari Ahad. Sabtu PPKP dan Ahad perlu gotong royong. memang terbaik kan. penat. pukul 7 pagi saya bangun semata-mata nak cepat buat benda ni.

saya ambil tugas paling penting(??) iaitu gotong royong kemas longkang dan kutip sampah di sekitar ampaian. tipu, tugas penting ialah buat Mural di dinding :) pukul 10++ pagi, saya dan a friend of mine, Dhamira terus minta kebenaran nak berangkat balik.

nak dekat pukul 11 pagi barulah saya manage keluar ke pintu gate UiTM. kononnya nak pergi mandi air panas Gadek. sampai depan pintu utama air panas, saya pula refuse nak masuk dengan alasan. KULIT DAH SUNBURN, TAK NAK GELAP DAH. okay, mengada kan? i know. terus patah balik Uitm jemput dua orang kawan saya yang pada asalnya sombong tak nak naik kereta tapi nak naik bas :P





destinasi pertama ialah Jusco baru depan MC(Melaka Central).


kami spend masa yang agak lama disana. sampai pukul 3 petang okay. and I still remember bila saya lapar sangat sampai pergi makan A&W sorang-sorang sambil bawa beg plastik shopping semua. hey, semua pandang -.-'' nampak pelik ea kalau perempuan jalan sorang-sorang? lol :P


kemudian kami bergerak ke Mahkota Parade dan bertemu dengan Hajar(baju merah) who's currently with his boyfriend during that time. terus bergabung dan merayau sekitar Dataran Pahlawan. 

sebab bergerak beramai-ramai, memang tak sempat lagidah nak redah Jonker Walk mahupun segala funfair. memang kali ini trip yang tidak terancang. semua plan jadi kelam kabut. dari nak naik bas naik kereta. dari nak berendam air panas menjadi sesi berkaraoke. lol. segan nak menyanyi depan lelaki. sebab tu tengok je orang nyanyi on that day T_T




I got this shoes for only RM15! okay tak perasan 70%. disangkakan RM49.90. kemudian ingatkan RM154. tiba-tiba menjadi lebih murah. eh, bahagia tahu? :)

ada yang cakap macam ballet shoes. ada yang cakap saya men-capub pakai kasut ni dan saya tak sangka saya muat pakai kasut ni :)



memang tak menyesal beli.






di Daiso(Japan store), berjaya beli beads ini. tak tipu, semangat nak buat bracelet.



thanks kerana sudi belanja :)





got this for my roomate. Last month kan saya pergi terbakar tudung beliau dengan iron. HAHA, ini ganti rugi setelah sebulan berlalu :P




bila saya balik, kolej saya dah berubah wajah! 




comel tak kad birthday ni? okay, sumpah sweet boyfriend Iqie :)

0 comments :