March 31, 2011

Sejak tangan berbedung... ❤

bila tangan berbalut besar, pakaian semua tak muat sampai kena shopping baju baru. terus nampak macam obvious selekeh gila. di saat itulah saya sedar bagaimana perasaan orang yang diperhatikan atau orang yang ada sedikit kecacatan yang obvious dipandang. sesungguhnya saya sangat benci pada pandangan orang sampai satu masa saya rasa nak cucuk mata mereka semua dengan garfu. ini betul bukan penipuan.

saya sayang ayah saya sebab tu saya pakai baju ayah saya. stop tanya macam benda tu tak obvious. tak perlu sampai seluar pun nak cakap aku pakai ayah aku punya. aduhai

soalan paling popular buat masa ini.....




bagaimana saya boleh jatuh?
~jatuh tangga.

dimana dan tangan patah ke?
~di rumah dan ya memang patah. ada besi menyambungkan tulang.

kenapa boleh jatuh?
~soalan paling tak logik. sebab nak jatuhlah! dah ditakdirkan -.-

bagaimana dengan mandi?
~tangan angkat sebelah.

bagaimana awak nak buang air semua?
~semua guna tangan kanan, jangan nak eww sangat.

bagaimana awak pakai baju? baju dalam semua?
~tangan masih ada. kudrat masih ada. i managed to do it on my own.



kenapa pakai baju hospital?
~kau apehal dowh?!!!! sebenarnya saya pakai baju ayah. shopping pun baju lelaki yang XXL. janganlah nak tanya bukan-bukan. sampai setiap hari tanya memang nak bagi penyepak. baju XXL sahaja yang muat masuk lengan saya yang berbedung ni.



kenapa tak pakai baju kurung?
~sebab tangan tak muat. kau pernah cuba pakai baju dengan tangan yang bengkok??

kenapa kau pakai baju tidur pergi kelas? ni apa? seluar tidur????
!suka hati akulah -.- kau fikir tangan berbedung ni mampu nak pakai jeans? mampu nak zip seluar sendiri? i need some help to wear them.





setakat ini itulah soalan fofular oleh semua orang. kemana saya pergi saya ditergelakkan macam saya pakai baju dalam sahaja sampai semua nak perhatikan dan gelakkan. sampai ada satu masa saya malas nak pergi mana-mana pun sekitar kolej ni.

baru baru ini dikatakan saya seperti memakai baju mengandung. dikatakan nampak kelakar pakai baju besar seluar hijau. dikatakan macam macam sampai satu masa terus saya meletus.

dari hari isnin bersabar, terlepas juga amarah saya. tersentuh jugak hati saya bila lecterur sendiri berkata sebentar tadi :

Allah berikan sakit kepada orang yang Dia tidak suka.

sekaligus satu kelas semua memandang saya. coz im the only one yang masih lagi not in a good condition dengan tangan berbedung semua. okay. selepas kelas rakan kelas mulalah dengan mulut masing-masing. seperti eee baju hospital. eee kelakar. eeee cuba angkat tangan kiri. atau : "nad pergi padam papan hitam"



apekes apekes. cucuklah perut anda dengan jarum sebanyak 23 kali. lebih afdal guna pisau. baru tahu bagaimana sakitnya hati saya sebagai student atau kawan awak. cakap memang sebarang cakap, kalau aku teraniaya, aku hanya mampu berdoa. semoga anda semua akan tahu sendiri bagaimana sakitnya tangan aku ni. saat dibedah dan selepas dibedah. memang aku sentiasa tersenyum untuk kaburi mata mereka yang suka mencari "pasal".







jaga perkataan yang dipertuturkan sebab saya dah cukup sensitif hari ini. maaf? tak mampu nak tarik balik apa yang telah dituturkan.


jangan mengata. aku cabar kau sendiri buat semua kerja guna satu tangan.



p/s : lama entry ini terkubur dalam draft :P