May 27, 2011

Parcel . Guess Perfume :) ❤

Hari ini my parcel finally arrived. nasib baik terjaga waktu delivery. kalau tak habis pening kepala nak pergi tuntut parcel ke apa ke. saya bayar semua items ini minggu lepas but my mistakes lupa nak tinggalkan alamat dan no. telefon. jadi terpaksa tunggu minggu ini untuk dapatkan semuanya but I think dia lupa nak pulangkan baki bersama parcel. but its okay I guess? -.-

first time saya rasa menggelabah shopping secara online ini. belajar dari kesilapan.




So Yesterday saya sempat uruskan ASB(amanah saham berhad) dan kemudian zuppp terus pergi Giant kononnya nak cuci mata. akhirnya RM250++ spend hanya untuk barang rumah campur barang untuk saya pulang ke kolej. eceh. sebenarnya saya TAK SEMANGAT langsung nak balik. mood tu tiada. dulu rajin sangat prepare seminggu awal. sekarang saya lah paling malas nak pack.

when you in my situation you know. bila expect to much on results, turn out sangat lah kesian sebab tak dekat dengan Dean List pun although still 3 pointer. kemudian dapat tahu kolej pun tidak dapat. memang semua harapan gebooom masuk longkang saya kata :D

Malam ini pula saya pergi Carrefour untuk shopping lagi. semua barang kelengkapan untuk duduk di rumah sewa sudah siap.





kemudian baru teringat nak beli perfume. tak teringat tapi teringin sejak dari umur 15 tahun. ececeh. bajet orang kaya -.-

//* saya bersyukur dengan apa yang saya ada. tidak ada niat nak membongkak atau bangga. sekian.




Finally I bought this :D LOVE LOVE. sebenarnya nak beli set yang lebih lengkap tapi out of stock. jadi haruslah beli yang simple ini dengan harga ***.





sekarang dah boleh match dengan jam saya.




maaf kepada semua kerana saya masih tidak mereply sebarang message dan sebarang panggilan. mood masih tidak berapa nak baik. saya hanya banyak spend time dengan keluarga buat masa sekarang. baby rabbit saya baru sahaja mati kerana dipijak oleh rabbit yang lain T_T dan sekarang saya busy pack barang untuk plan.

maaf kerana sentiasa menolak ajakan kalian untuk keluar hang out :)

Ipad 2 will be restock! dan sadly saya tidak ada masa untuk beratur. semuanya limited edition ;'(

Sombong ❤




Sejak bermulanya 25th May 2011, saya sudah semakin menjauhkan diri dari dunia Facebook dan Tumblr sedikit dan mula mengurangkan memegang handphone.

bila ada yang call saya tak angkat bukan saya bersikap sombong dan menjauhkan diri. saya tidak ada "mood" yang serasi untuk bergayut dan tidak ada "mood" untuk keluar bersuka ria. saya lebih banyak masa mengurungkan diri dalam bilik. bukan kerana frust menonggeng dengan result, saya bangga dengan result saya walau tidak seberapa.

tapi it kills me bila orang tetap memaksa "berapa pointer kau?"

macam what the -.- I know la your result sangat bagus. I know la you dapat Dekan. kalau you tahu result I yang tak setanding dengan result you pun apa saje you dapat? you hanya akan dapat kemegahan di situ. dan saya akan dapat kehinaan. bukan apalah kan, semua orang ada hak atas result masing-masing.




ramai juga yang tidak putus-putus call di handphone bertanya tentang pointer. ada yang saya biarkan sahaja panggilan itu mati sendiri. ada yang saya terangkat pula. bila dah terangkat sudah tentu saya mengelat dan mengeluarkan bunyi gelak yang dikatakan annoying itu.

bab kelakar. one of my friend silap hantar text message to me. it supposed to be send to the other person. wakaka, dia siap cakap bertapa dia annoyed dengan saya. saya tergamam di situ. I told about this to my mom, dad and my sister. semua cakap kenapa nak dilayan semua ni. kenapa nak emosional. result tu dah kira bagus untuk budak yang patah tangan macam saya.

saya terpaksa buat operation keluarkan besi seminggu sebelum final exam bermula. seminggu tu juga saya busy buat fisioterapi setiap hari.




There is someone yang selalu bagi nasihat untuk saya stay positive. now I'm asking for everyone that knows me to be positive instead of narrow minded and assume I'm changing because I'm Ignoring you.

really, sometimes I JUST DONT WANT TO TALK.

everyone need their space sometimes in their life. for a brighter future ahead. We will be in touch when I start to be happy again. I'm quiet emotional here especially to those who talks behind my back unexpectedly. I trusted you to be my friend and now you just a big jerk to me -.-




bersyukurlah pada yang dapat kolej untuk next sem dan Dekan untuk sem yang lepas. tahniah :)

May 25, 2011

For the First Time ❤

saya sejak dari kecil memang nafsu nak keluar berjalan tu sentiasa ada. bermula umur 14 tahun dah pandai begging dekat parents nak keluar dengan kawan-kawan padahal pergi dating. tak habis belajar nak kecoh dating. erk -.-'' tu pun setakat pergi Jusco dekat Seremban 2 sahaja. biasalah zaman baru nak up. semakin membesar semakin selalu keluar. ada sahaja keluar malam. tapi tu pun sebab open house rumah kawan-kawan.

bila dah habis SPM, Izzyan my twinnaaaay lah yang selalu bawa saya berjalan. kejap ke Jalan TAR. pernah sekali hampir 4 shopping complex kami serbu. Midvalley, KLCC, Times Square and tak ingat. tapi sejak Izzyan tidak lagi bersama dengan saya seperti dulu apa-apa pun saya kena gerak solo. selalunya dengan kakak sayalah. sampai 19 tahun pun saya jujur cakap tak pandai naik KTM seorang diri mahupun Bas.

manja sangatkah?

Finally semalam pada 24th May 2011, saya berjaya pergi naik KTM seorang diri untuk kali pertama pada umur 19 tahun. walaupun hanya Midvalley, saya bangga. HAHA. padahal masa mula-mula naik saya bijak pandai pergi naik train pergi Senawang. opposite sangat dengan kemana saya nak pergi. bila fikir balik, memang rasa macam kesian dekat diri sendiri.

*geleng kepala*

semangat beli tiket pergi balik tapi bukan guna pun dekat mesin tu. ceit! saya sentiasa naik Koc perempuan. rasa selamat. tapi masih ada lelaki yang sesat. last-last mereka dihalau pergi ke koc mereka.




tibanya di Midvalley, dengan hati yang riang dah bahagia. tapi tidak bahagia sangat sebab diserbu oleh sekumpulan penjual jenis mendesak. kalau sesiapa pernah kena tahulah. saya ingat saya seorang sahaja kena. rupanya Alak(sister) pun pernah kena. tapi RM10 jela. saya sampai RM30. bapak lemak. siap mengekor aku pergi mana macam #%#@%!



rasa macam bodoh balik sebab tak lari laju-laju sambil menjerit kata ada perogol. baru mereka tak kacau. shittayyyy.





Got new bracelet sebagai ganti rugi. 



saya datang ke Midvalley hanya untuk 2 tujuan. nak ambil handphone yang sudah direpair selepas seminggu dan men-survey Ipad 2 di Apple Store. saya lupa yang semua Ipad 2 dah lama habis dijual. hampa sangat sangat. tak tipu woah....

bila dah dapat handphone. cek Camera dahulu. bergegar -.-





saya bukan tak nak tengok Nur Kasih. tapi seems like cerita Lord of the Rings mahupun Pirates of the Carribean and Nur Kasih memang bukan saya died to watch for lah. memang saya tak macam excited. sama dengan JUSTIN BIEBER. although saya minat gila-gila, tak excited pun nak pergi wayang sebab dia lagi. tapi last-last tengok jugak -.-''



testing camera sekali lagi. mok mok -.- oh yeah, setiap kedai saya beli barang semua tanya tak sekolah ke hari ni dik? tak sekolah ke? umur berape? form berape ni? saya macam O_O

mungkin kerana beg Domo. saya tak minat handbag?


----------------------------------------------------------------------------------------------



tiba sahaja di KTM seremban, terus pergi ke Hospital untuk checkup dengan doctor buat kali terakhir. ecewah, tulang di siku sudah sembuh dan sudah tumbuh tulangnya :D excited ni tangan dah boleh lurus and bengkok macam biasa :)

kemudian terus ke Parkson untuk makan Pizza. tak sangka jumpa ramai kawan lama disana :)

Blink Blink yang diterima daripada rakan dan dia :D



Blink-Blink yang baru dibeli. membazir tak? RM20 keseluruhannya :)


setelah diubah suai. kesian hardisk ni -.-


my Handphone setelah diubahsuai. cover silicon dulu masih disimpan. penat potong dan tampal. benda ini bukan dicantum satu-satu. memang sudah bercantum tinggal tampal. terima kasih kepada semua yang belanja blink dan terima kasih kepada dia kerana menemani saya seharian sampai saya berjaya naik koc perempuan untuk balik ke Seremban.



semua orang ada hak untuk berkongsi result atau tidak. jika anda mendapat result baik sampai DEKAN. Alhamdulillah saya ucapkan. saya tak akan berkongsi apa yang saya dapat. sila hormati apa yang saya minta. saya tak dapat Dekan. tapi Alhamdulillah subjek yang tak disangka-sangka saya dapat A. tidak juga mendapat below 3 pointer :) agak-agaklah range dia berapa. Tahniah kepada semua.

p/s : kepada yang membenci, jangan nak mengatakan kerja saya hanya mengutuk kalian. saya ada kehidupan sendiri yang lebih baik. berhenti menganiaya saya. 

May 23, 2011

Kehidupan Terkini ❤

Punca pertama kenapa tiada lagi update guna gambar-gambar yang banyak seperti sebelum ini adalah kerana handphone Satio sudah selamat disemadikan di Sony Center, The Gardens. baru sahaja hantar beliau pada 18 May 2011 bersama-sama dengan si dia(??). kembali ke tempat asal untuk dibaiki. Touch Screen problem.

jadi tiadalah post gambar pelbagai.

Tiada gambar
TIADA GAMBAR.






kedua, saya semakin busy dengan masalah emosi kecelaruan pemikiran memikirkan MANA SAYA NAK DUDUK SEM HADAPAN? sebab saya tidak dapat kolej. hee. agak macam pelik bagaimana yang lain boleh dapat atas sebab tak munasabah. rezeki masing-masing.

jadi saya pindah ke PLAN B. dimana saya bakal mendaftar menjadi NON-RESIDENT pada minggu hadapan. official duduk di luar. bersama dengan classmate ketika di tingkatan lima. sangat baik hati sebab dia sudi kongsi bilik dengan saya :')

rumah sewa saya memang sangat dekat dengan UiTM. rasa macam agak terkilan sebab I'm like 19 dan dah terpaksa duduk luar.saya give up rayuan kolej. bukannya dilayan. macam hina sangat merayu tak kesudahan terus move ke plan B. tahniah la kepada semua yang berjaya dapat kolej. rajin-rajin pergi event, aku dah NR jangan harap nak turun padang dah -.-''

//*lama juga saya emosi sebab tak dapat kolej sampai down yang teramat setiap hari.







next, saya semakin busy dengan kehidupan di rumah. sibuk dengan rabbit yang bernanah duburnya. semangat jadi nurse(konon) nak ubati my little Stuart. alhamdulillah keadaan dia sudah kembali normal. yay :)



mungkin saya terpaksa buat few steps by buang rakan-rakan di facebook tanpa sebab munasabah. saya tak rela dibenci dan tak rela dicop menggelabah. heh. semoga bahagia hidup kalian.  



btw, Check out this YouTuber(does it sound right here?) : Graham And Friends
he's like 40 and a Youtuber(still doesnt sound right. haha). the minute I start watch his video, terbit rasa kesian. tak tahu tengok muka dia boleh rasa kesian dan tekan juga button subscribe. dia macam berusaha untuk make his video works . ada yang mengutuk ada yang menghina, tapi saya tetap support dia-lah.

walaupun video dia tak seberapa pun. HAHA. go Graham! :)

May 21, 2011

Langgar Lari ❤


sejak aku terjumpa satu video di youtube ni, aku sangat pelik macam mana masyarakat sekeliling memberi tindak balas apabila ada orang di sekeliling mereka dilanggar di depan mata mereka sendiri. bila aku tengok video bawah ni, macam rasa tak patut betul makcik yang tarik beg roda boleh selamba sahaja tengok orang yang berjalan bertentangan dengan dia kena langgar sampai terlambung.

dia pandang orang yang kena langgar lepastu tarik beg roda dan terus blah. cool sangatlah tu :O?

May 17, 2011

How to patch/redesign your old collection of Shawls ❤

zaman awal-awal mula berjinak dengan selendang, semua shawl yang jual di kedai-kedai tudung yang jenis plain and nipis. rasa macam awesome lah dulu kalau dapat pakai shawl. sebab tu dulu saya selalu pakai shawl hitam SAHAJA. muahahaha. lama juga belajar nak pakai shawl sampai sanggup stalk sesiapa gadis cantik yang pakai shawl dimana-mana dan tenung mereka macam nak makan. 

sekarang tak payah risau, macam-macam jenis shawl ada. masa final exam hari tu ada ternampak seorang gadis comel pakai tudung plain tapi ada tampalan manik seperti selendang di bawah. terus tertarik. tiba-tiba baru-baru ini jumpa blogshop yang jual selendang sebegitu.


saya rasa warna dia comel dan design dia comel. sampai sanggup beli sedangkan boleh sahaja buat sendiri dengan shawl lama yang ada. haha


RULES untuk tudung sebegini :
1. kalau ganas, lebih baik jahit sendiri.
2. kalau pemalas, gam pun boleh tapi nasiblah kalau tercabut.
3. JANGAN SESEKALI MASUK DALAM MESIN BASUH.



mari mulakan tutorial men-redesign shawl :-

First, you need this hot shot gun. ini boleh didapati dimana-mana kedai yang menjual bunga untuk hantaran pengantin. memang best sangat tembak tembak gam. terkena kulit memang panas. but don't worry, dia bukan macam gam gajah yang tak boleh tanggalkan dari kulit dengan mudah.




second, carilah semua jenis bracelet yang rasa-rasa tak akan pakai dah seumur hidup. kumpulkan dan pilih mana yang akan diputuskan talinya :)




third, prepair your shawl. tak perlu ikut saya yang guna shawl yang sudah sedia ada tampalan hiasan. shawl plain pun boleh. nak guna shawl bercorak pun boleh. ikut kreativiti masing masing.




forth, potong bracelet yang akan digunakan untuk sesi menampal. kemudian guna hot shot gun itu dan tampal lah di shawl anda.





TADAAA!!






memang tiada motif tunjuk tutorial sebegini. selendang di atas pun belum sepenuhnya siap ditampal. tiba-tiba mood menghias hilang. selamat mencuba! BYE :)


May 16, 2011

Dimana saya shopping online? ❤

A lot of people been asking me that. since I don't usually keep buying items from one blogshop only. I keep on blogwalking until I find the right sellers and the right items I love :P

so here we go :



1. ayunar.biz (Hijabs and Shawls.)
- dekat sini memang siapa cepat dia dapat. setakat ini saya berjaya beli anak tudung Ayunar sahaja. selendang tak sempat sebab bila tiba masa ada duit, semua dah out of stock :P



salah satu tudung yang saya agak kecewa tak dapat beli :P 




2. Chantek Dress (clothing and many more)
- dekat sini memang jual macam-macam jenis dresses, cardigan, pakaian and the best part  Ariana Long Skirt. I managed to buy one :)


wehuu me. sangat comfy untuk dipakai. oh yeah, I really have big hips. my mom just told me that yesterday :'(




dekat sini anda akan jumpa pelbagai jenis Shawls, tudung ekspress and macam-macam jenis pashmina. semuanya harga yang murah ;) 



one of the shawls I bought recently :)




4. Radiusite (Trendy Hijabs)
dekat sini lagi banyak jenis tudung yang sangat unik design-nya. harga pun standard dengan kualiti tudung tersebut :D Setakat ni jugak, harapan nak beli tudung dekat site ini semua kandas gara-gara masalah kewangan. ehem :p


5. Mardionna Boutique (Contact Lens, Long skirts, Satin shawl)
- since satin shawl sangatlah popular dan laris dipakai, saya tiba-tiba jadi excited nak beli. HAHA. sangat mengada. this blogshop masih baru dibuka but I know the owner through her blog. terus beli dari beliau. yeah, satin shawl setakat ini yang saya jumpa di sekitar blogshops memang ada yang terlebih mahal ada yang terlebih murah. tak kisah mahal atau murah tapi semua habis stock!

finally impian tercapai dapat beli satin shawl. muahaha :)

sebahagian warna satin shawl yang dijual.




feel interested to buy please visit her facebook page, Mardionna Boutique.

PhotobucketPhotobucket


itulah sebahagian blogshops yang saya tahu. ada lagi. tapi lebih baik recommend kan 5 sahaja dahulu. feel free to ask. I don't take any credit for promoting them here. ok bye :D Au revoir(selamat tinggal).

New Silicon For Satio :D ❤

see my phone in the picture above? yeah. too many blink blink :D sampai sekarang tak tahu apa motif bazir duit beli manik dan tampal dekat handphone. I have no idea. 


so I decided to change my silicon cover yesterday on 150511 coz I thought warna grey sort of dull. sanggup tukar. dan baru tahu selama ini saya ditipu bulat-bulat. sanggup beli silicon cover grey ni dengan harga RM70. not worth it at all sebab dapat jumpa silicon yang berwarna warni dengan harga RM20.


since when I love green? -.-'' 


SEKALI LAGI SAYA DITIPU OLEH PEMILIK KEDAI. ada kedai berhadapan dengan kedai tersebut yang menjual pelbagai jenis silicon yang lebih cantik warnanya. terus tergamam. warna saya tak kisah lagi. tapi harga jauuuuuuuuuuuuuuuuuh lebih murah. RM10 boleh dapat. rasa macam diri sangat alpa dan lurus :'/






koleksi silicon. I love pink. I love turqoise. mula-mula menyesal juga sebab beli warna yang bukannya saya minat pun and bukan dengan harga yang murah.

on second thought, I love my new silicon. because it is rare and bright colour for a silicon.







konklusinya, jangan terburu-buru membeli barang. kena tipu memang terbaik. jangan tiba-tiba cakap ada silicon harga RM5. memang aku menjerit. haha. Paling tidak tahan, next sem saya akan hadapi masalah nak duduk kolej. sebab sudah officially GAGAL menduduki kolej untuk sem akan datang. sekarang tengah gelabah buat surat rayuan.

tak pasal-pasal jadi budak merempat dekat bilik orang macam tak tahu malu nanti. emosi pula. ok, bye!

May 15, 2011

Kelengkapan baru? :) ❤

Pagi Sabtu semalam sudah kelam kabut di dalam rumah nak kemas rumah dan bilik akak saya sebab perabot semua dah sampai. macam-macam rupanya mak saya tempah selain dari Queen Bed for me and my siblings :O macam banyak pula duit keluar kan.



saya sendiri pelik mana datangnya meja dan kerusi ini 2 minggu lepas. memang betul-betul 1,2,3 tukar. tiba-tiba setiap penjuru rumah ada benda baru :P



My sister's room.




meja makan baru :D





not the best part, my sister dapat meja mekap baru, almari baru. tiba-tiba nak cemburu pulaa :P padahal dia beli tu semua guna duit gaji dia. haha






balik dari kenduri kahwin, dia pula over excited nak tengok almari baru dia. sampai menjerit-jerit. UNTUNGLAH ADA ALMARI BESAR ;)





paling dia excited tiba-tiba dapat meja mekap baru yang siap ada cermin besar yang boleh slide ke tepi. bila dah slide ke tepi, boleh nampak ada barisan rak-rak khas untuk mekap. UNTUNGLAAAAH





although saya tak dapat almari comel ini, saya bersyukur dapat Queen Bed setelah bertahun-tahun menggunakan single bed. oh yeah :)


ok,bye ^^