June 09, 2011

CABARAN 2011 ❤


malam ini aku terus text message akak aku. kedua-dua sekali. bercerita perihal yang sama. kenapa 'mereka' membuat cerita. adakah ini fitnah? kenapa reka sesuatu yang bukan diri aku? kenapa menuduh aku atas benda yang aku sendiri tak faham kenapa?

aku pernah menaip entry di sini mengatakan kenapa aku tidak mahu ada roomate. berdasarkan apa yang ditaip di entry itu aku siap cakap heater aku pecah, bawa kawan masuk, pasang lagu kuat. ini semua merujuk pada kisah lama yang aku sengaja ungkapkan tanpa fikir kesan buruk. maaf kepada I,W, I, F, K dan S. sebab saya tahu kalian amat terasa dan marah sekali.

entry itu jelas merujuk pada kisah roomate saya di kolej. sebab itu roomate lama saya semua marah. tidak ada kena mengena dengan dimana saya duduk.

saya menaip entry itu ATAS PENGETAHUAN AKAK SAYA. jadi jangan menurut kata hati "kenapa kau kutuk aku?". saya bukan buat blog untuk mengutuk. berdasarkan post saya sudah cukup memberitahu saya sudah lama menulis blog. sudah lama faham erti menaip entry dan memahami isu sensitiviti orang lain.

maaf kerana tidak berfikir panjang menaip entry sebegitu untuk khalayak ramai.

saya sudah penat dengan tahun 2011, sampai ada masa saya cakap saya lagi rela mati dari hidup. sampai begitu sekali saya berasa tertekan dengan pressure yang saya hadapi dari sekeliling. semua nak buat fitnah. semua nak kata belakang. semua nak kutuk. semua tak puas hati.

APA YANG ANDA MAHU DARI SAYA SEBENARNYA?

kepuasan? kerana saya dipersalahkan atas isu isu tertentu? ibu bapa saya sentiasa busy dengan kerja untuk mengumpul duit. TIDAK ADA MASA LANGSUNG UNTUK MENGINTIP SAYA DI MELAKA.

saya tekankan di sini. jangan buat spekulasi. berhenti marah ibu bapa saya. BERHENTI MARAH SAYA. berhenti hantar message.ibu bapa saya tidak pendek akal lagi nak curiga. mereka membesarkan 5 orang anak dan 2 orang anak yatim! take note! saya anak bongsu. tidak ada maknanya ibu bapa saya tidak pandai memberi pendidikan kepada saya.

jangan nak libatkan semua pihak hantar message bukan-bukan sampai menyinggung perasaan ibu bapa saya dan saya sendiri.

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!!!!

saya akan cakap kalimah ini berulang kali. SEBAB SAYA DAH PENAT DENGAN SEMUA YANG SUKA MEREKA CERITA YANG TIDAK BENAR.

saya ada teman lelaki. jujur saya cakap. setiap malam gaduh. kalau terdengar perbualan yang kononnya dihebahkan saya menjadi dalang semua ini. adalah palsu. saya selalu bergayut dengan kawan di telefon.

anggaplah saya demand. anggaplah saya budak manja,. anggaplah saya menyusahkan. tanpa jangan sentuh family saya dan saya. hentikan semua ini dan anggap semua dah settle. hentikan sebar cerita palsu!

hentikan mendikriminasi saya. saya hanya budak berumur 19 tahun ya. 19 tahun. wajarkah saya ditengking dan dimarahi? ibu bapa saya pun tak pernah marah anak orang. mereka hormat anak orang. tanpa pengetahuan mereka juga saya menaip entry ini.

BLOG SAYA SENTIASA DIPANTAU OLEH ADIK BERADIK SAYA. tidak ada maknanya saya nak menaip dan mengutuk tanpa pengetahuan mereka. semua cerita saya mereka tahu. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ATAS SEMUA TANGISAN SAYA UNTUK TAHUN 2011


WATCH YOUR WORDS. saya tidak ada langsung guna perkataan babi bodoh bangang atau pun perempuan sundal mahupun BITCH. kalau saya bitch saya dah pergi buat sex dengan semua lelaki dan pergi tidur rumah lelaki. besar manapun kesalahan saya, saya TIDAK LAYAK DIGELAR SEBAGAI ANJING BETINA. ibu bapa saya ajar saya. saya hormat mereka. jangan ask for respect kalau tidak tahu respect saya sebagai budak umur 19 tahun yang dikatakan demand tinggi.

p/s : terima kasih kerana menekankan di situ yang saya duduk tanpa bayar sesen. secara free. kalau itu adalah kebaikan yang diberi, tidak perlu diutarakan untuk memberi peringatan. pertolongan ingatnya ikhlas. terima kasih dan maaf untuk segala kesulitan yang dihadapi oleh kalian sekeluarga. Alhamdulillah dan Amin.

4 comments :

Gnie@SimplyStyle said...

dik...sabar yeh...tabahkan hati..

..cik ieza.=) said...

standart r doe orang hostel.kalau kau silap ckp sikit jeh benda tu akan jd lebih besar..tak pe nad..kau beljar jeh..aku pun penah kene=)

sandysasaki said...

ALLAH menguji hambanya kerana DIA tahu hambanya mampu menghadapi dugaan tu..

terus senyum dan melangkah ke depan :)

Amierul said...

sabar ye nad...mgkin ape yang jadi ade hikmah di sebaliknya..
ko kne tabah...
lupekan ape yang dah berlaku dan teruskan hidup ko..
prjalanan kite msih jauh...
ko masih ade family dan kwn2 yang sayangkan ko...
yang penting parents ko..
jgn hampakan mereka...
ye nad..