June 04, 2011

New Life as Non-Resident(NR) ❤

Pada 28 May 2011(Sabtu) bermulalah kehidupan saya perlu berdikari yang kononnya bajet sudah matang sangat nak duduk luar dari duduk dalam kolej.

pagi Sabtu saya tidak semangat langsung pun nak balik ke Lendu. sungguh sampai pack barang pun last minute. nampak sangat semangat tu tiada di situ. cuba rasa dulu 2 kejadian menimpa sekali pap atas kepala, sumpah semangat kau pun berkecai jatuh ke lubang tandas. emosi kejap**

#kejadian 1 : result tidak memberangsangkan. tidak dapat masuk dalam DEAN LIST.
#kejadian 2 : dapat tahu permohonan kolej gagal.

oleh itu selepas Zohor saya terus pergi mendaftarkan diri di dewan. bayangkan bertapa ramainya student yang menjadi Non Resident(NR). dan kebanyakan ialah semua dari part 4,5 & 6. saya seorang sahaja sesat tiba-tiba nak jadi NR. bila terjumpa senior yang dikenali saya excited tegur sapa, semua pelik kenapa saya tegar sangat nak duduk luar -.-

bila student sebaya saya dan se-sem dengan saya semua bergembira dengan keputusan final dan kegembiraan mendapat kolej, saya terperuk fikir masa depan macam mati kalau duduk luar gamaknya. kahkah. sekarang saya dah cool. 

Pagi Sabtu, saya semangat tangkap gambar pasport. kononnya ingat diperlukan masa pendaftaran. tup tup, memang gambar wajib ada. haha -.-' siap kena ada alamat rumah dan telefon pemilik rumah. saya bangga dapat hantar borang lengkap ke meja pendaftaran :') dengan sekali hantar.

**gaya konfiden nak duduk luar.

terima kasih kepada housemate saya merangkap kepada roomate saya sekarang yang sudi berkongsi bilik dengan saya. sanggup offer bilik bila saya dah buntu nak fikir duduk mana bila semester 3 bermula. terima kasih :')


dengan sekali hantar kepada abang berkaca mata yang cakap gambar pasport saya macam nenek kebayan, saya terus dapat sticker khas NR di matrik kad :')

**masa dapat sticker ni aku rasa macam aku dapat anugerah. tak tipu. HAHA






beralih kepada rumah sewa saya. memang tidak fully 'furnish' tetapi rumah saya sangat dekat dengan UiTM. dalam 5 minit memang dijamin sampai depan pintu pagar UiTM. tapi sayang sekali saya tiada kereta. bayangkanlah perjalanan jalan kaki ke UiTM sana -.- sumpah tak tahan bila nak balik rumah sebab panas Ya Allah sampai sanggup tak nak balik rumah gara-gara ada kelas lagi.

lagipun kawasan rumah sewa saya ni memang ramai student duduk tapi semua kebanyakannya berkereta dan bermotor. jadi bila tiba masa saya pergi kelas memang saya jalan seorang diri ikut shortcut yang sangat sunyi. bila balik malam tak berani sebab jalan menyeramkan T_T

sebab itulah bila ramai kawan sekelas semangat nak buat kelas malam saya bantah. saya tak sanggup balik seorang diri dan tak sanggup suruh kawan teman hantar saya balik sampai ke pintu rumah. gila kau. kau ingat dorang kuli batak aku apa? -.-


ini adalah almari saya yang dibeli atas dasar kekecikkan-nya. sanggup beli almari paling kecil khas untuk gantung baju kurung sahaja :') itu tilam saya. tidak ada katil. tu bakul baju kotor.

saya datang ke rumah sewa ini hanya dengan 2 beg besar sahaja. sanggup mengurangkan segala barang sampai terlupa bawa baju tidur, kasut sukan, buku teks akaun, seluar tracksuit dan alat tulis yang lain. kelakar. tapi serius aku lupa bawa -.- laptop pun saya tak bawa.





selekeh kan aku? HAHA. my tilam :D semua guna set katil dari sem sem lepas :') mesti ramai terkejut kenapa aku bawa barang sikit sangat. masa sem 1 dan 2 aku dapat kolej, aku macam pindah rumah :P

ada lecterur berkata pedas seperti orang yang duduk luar ni tak dapat kolej sebab masa dapat kolej tak tahu nak hargai. sumpah agak terasa disitu. ini bukan soal tidak tahu bersyukur. ini soal saya patah tangan dan termissed 2 event sebab operation dan mc lagi -.-




almari saya dah tidak ada banyak baju. macam terkejut pula tengok almari kosong :')





kunci rumah.




jadual kelas. tapi nasib baik kelas malam pada hari Isnin tidak ada. jadual saya sangat padat. macam orang bekerja. keluar pagi balik malam.






3 hari bermulanya saya duduk di rumah sewa saya makan maggie sahaja setiap hari :') sedih. first time rasa sayu. tak tipu. memang masa tu aku rasa aku tak cukup besar nak hidup sendiri T_T




kemudian housemate lain ada mengemas keseluruhan rumah siap alihkan sarang burung yang sudah lama bertapa di dalam rumah tu.





thanks for this pen. //received on 31stMay2011.



and thanks for this cute necklace from Padini. //31stMay2011.



saya memang ada terfikir nak bawa basikal sahaja pergi UiTM. konon NR boleh buat apa aku sukalah, kononlah. gila kan kan. nak bawa motor tidak ada lesen. nak bawa kereta ada 2 halangan.

1. saya tidak ada kereta.
2. takut pegang stereng kereta.




kesimpulannya, belajar lah hidup susah dan berdikari untuk proses mematangkan diri.

4 comments :

Shouta inokuma said...

hahaha....
chaiyok akak! yakin boleh! :D

NadNod said...

insyallah dik :D

cik qiqilala said...

kau duk mane nad? intek ke dimen?

NadNod said...

intek. :D