July 26, 2011

Sarawak Day 4 // 22nd July 2011 ❤

Malam terakhir di Sarawak sangat menyedihkan. sedih lah nak tinggalkan Sarawak. lebih sedih nak tinggalkan hotel Lime Tree sebenarnya. bantal yang sedap sangat tu nanti terpaksa ditinggalkan.

the next day which is on the 4th day, kami berjaya juga mencari Muzium Kucing. Finally. I thought it was a big museum. kami siap pergi muzium Sarawak semata-mata nak tanya peta ke Muzium Kucing. bila dah jumpa, rasa macam nak ketuk ketuk kepala sendiri. padahal dah lalu dah jalan nak masuk ke pintu gerbang dia berulang kali hari sebelumnya.

so here we are. biar pictures yang bercerita.






ini yang kami excited juga nak letak kepala. dah besar pun aku nak kecoh kecoh kan :P


















setelah membeli a few souvenier barulah decide nak balik. bukan balik hotel. balik ke kereta. tujuan utama, nak cari Semenggoh Wildlife :)


ini pun kami sesat teruk sampai siap singgah makan di KFC dan tanya pada pekerja disana. seorang seorang tergelakkan kami. ceh

yang tak tahan apabila beratur di counter untuk buat order. disitulah berlaku penindasan. tidak ada attitude bagus langsung. terus memotong barisan dan buat muka selamba. disebabkan saya ditempat orang, saya diam diam sahaja -.- susah kalau bukan di tempat sendiri ni.

plus di sana orang bawa kereta macam woah :O tak kisah la kau dah tekan button nak melintas and its your turn nak melintas, kereta sesuka hati lentung sahaja jalan. tak kira masa tu kau dekat tengah jalan terhegeh nak jalan lagi. gila tak gila -.-

and seperti dimana-mana tempat, kereta suka keluar simpang sesuka hati juga. lantaklah tu jalan kau ke tak. dia lentung keluar dulu. hampir berlaku accident ya. shhh

senang cerita, hari keempat hari aku menjadi baran dengan orang sekeliling. nasib baik ada pekerja Watson yang tahu jalan ke Semenggoh. siap bagi peta :) thanks!

di sini boleh tengok Orang Utan tanpa perlu berdiri di belakang pagar. memang seronok cuma ada sesetengah pengunjung lebih prefer datang ke pintu masuk dengan kereta sampai semua orang utan ni lari. alih-alih tinggal 4 orang utan sahaja untuk dilihat :'(

plus, ramai yang buat bising sampai orang utan lari masuk hutan. grr





Orang Utan sangat tidak gemar bunyi bayi menangis, flash camera dan bunyi bising dari kereta atau dari mulut manusia. ada case dimana pengunjung diserang oleh orang utan.






family chart (?) :)



sebahagian bahan bukti dimana memang terjadinya serangan orang Utan.

kebanyakannya kerana sikap pengunjung sendiri. flash, bunyi baby nangis dan buat bising. 







tapi mereka semua sebenarnya memang harmless.

cuma ada sebahagian orang utan sahaja sensitif sedikit dengan bunyi bising. sebenarnya the whole time saya takut kena serang. sebab tu tak join orang lain tangkap gambar. duduk diam diam dalam pondok :D





Waterfront, ke seberang untuk membeli kek lapis :D

part best, dapat makan ikan bakar dan udang bakar ^^





kekenyangan sampai nak makan kek lapis pun tak larat.


on the way balik, hujan lebat sampai terpaksa berteduh di kedai berdekatan. 


sempat minum air Green Tea Lemon. yang warna hijau tu. sumpah sedap.
paling suka teh tarik 3 lapis :)


July 25, 2011

Sarawak Day 3 // 21st July 2011 ❤

Salam :)

hari ketiga di Sarawak permulaan di pagi hari sama macam hari kedua. breakfast semestinya Laksa Sarawak lagi sekali. kalau dah ke negeri/negara orang, memang tak sah kalau tak sesat. and rasa macam pelik kenapa map yang diberi di pamplet macam tidak ada function. terpaksa tanya orang sini sana. 10 orang ditanya sepuluh sepuluh bagi direction entah ke mana.

tanya bagaimana nak pergi muzium kucing dia bagi direction pergi Bandaraya Kuching.

salah satu kekurangan di sana ialah signboard. bila lalu kawasan pendalaman, banyak sangat signboard-nya. and ada banyak round-about(suka hatilah nak eja macam mana pun) yang diberi nama yang panjang.

lupa nak cabut tag harga before pakai -.-



dari seawal 9 pagi merayau mencari muzium kucing. tak terjumpa jumpa yang akhirnya lead kepada tempat kraftangan. sungguh kagum. buat batik, buat beg rotan dan buat macam-macam. baru tahu ada event kraftangan Jumaat(22/7).

**muzium je pun tapi semangat nak pergi :P

saya berjaya membeli satu beg atas desakan my mom and my dad untuk pilih satu. wkaka, tipu. saya yang nak sebenarnya :P harga? jauh lebih murah dari beli dekat luar. sebab ini tempat memproses menjadikan ianya beg. so murah la :)



ayah saya berjaya ambil cili purple ni. dan cili hitam :) for what purposes saya pun tak tahu. saya suka sebab cili ni unik and my favourite colour ^^



next destination : GUA FAIRY DAN GUA ANGIN.


TEMPAT NI SUMPAH CREEPY. hahaha. memang tak ada orang jaga. memang siap ada sign kalau nak masuk take your own risk kalau ada dahan kayu himpap kau ke atau mati dalam gua tu semua risiko sendiri lah. tandas dia pun cantik dan siap dikunci.

nak tahu kenapa aku cakap seram? nah tengok gambar bawah.


tell me about it. masih tak rasa seram? cuba naik tangga ni sendiri pergi naik sampai puncak untuk sampai ke pintu Gua. aku dengan akak aku terlebih berani pergi naik atas. padahal my mom and dad dah pesan jangan naik and kalau terjumpa sesiapa jangan tegur. huhu





ini adalah tangga lama untuk ke Gua tersebut. sadly ditutup. bayangkan orang dulu dulu yang suka adventure naik tangga ni. wuuu T_T takut.




dah sampai puncak. tapi even tempat ni sunyi, still bersih :) sadly, tak bawa torchlight. macam manalah nak masuk dalam Gua kan? -.-





ending up buat photoshoot sendiri.




although tempat tu seram dan sunyi, STILL VIEW SANGAT CANTIK. tak tipu. memang panas terik and aku pakai baju tebal, aku hentam keromo juga nak tangkap gambar dengan awan :')

tidak ada kerja lain namanya.




indah bukan ciptaan-Nya? :')







SubhanAllah :)


kemudian kami pergi ke Gua Angin. tapi tak snap langsung satu picture sebab tak masuk pun dekat pintu untuk pergi kaunter beli tiket(RM3 per person). sebab tiba-tiba ada pengunjung dari sana tegur kami.

"ada bawa itu torchlight tak?"

kami pun jawablah tak :O

"kalau tak ada itu torchlight, macam mana mahu masuk? saya baru masuk. dah bayar tiket pun. sampai entrance dorang tak bagi saya masuk sebab saya tak bawa itu torchlight."

kami pun zupp terus patah masuk kereta balik. sedih :'(



kemudian patah balik ke Bandaraya Kuching untuk CashOUT.



kami sekeluarga juga dengan selambanya berlakon jadi guest hotel 5 Star disana semata-mata nak gunakan tandas. pemalas nak guna tandas awam sebenarnya. sumpah cantik hotel tu :)

then barulah lunch di KFC. oh ya, disini kaya dengan 'FINGER LICKIN' GOOD".hee, dimana-mana pelusuk lorong mesti ada KFC :) yang susah nak jumpa Mcdonald, Pizza Hut. yang tak pernah jumpa Burger King dan Wendy's.


selepas berjalan-jalan di kedai kedai yang menjual souvenier, barulah kami bergerak ke WaterFront. apalagi. River Cruise ^^

asalnya my parents tak support nak naik cruise ni sebab harga melampau mahal. rasa macam bukan orang Malaysia pula :P haha, sebab disana memang potong kepala bila pasal harga. tak kisahlah makanan ke, pakaian ke atau apa-apa pun yang melibatkan duit. no negociation.

kehendak anak akhirnya dituruti. geleng kepala**



but I guess it was okay since kapal ni agak cantik kan. 
dan provide kek lapis beserta minuman and persembahan tarian orang Ulu :)





oh ya, dapat diskaun. jadi RM54 per person.









dihidangkan sepinggan kek lapis untuk seorang seorang.








kami snap pictures almost the whole time and semua orang disekeliling mula perasan dan memberi pandangan yang menunjukkan mereka annoyed.

hee. penat berebut nak good spot dekat atas cruise.




beg baruu. love love.


untung mereka yang dapat seat sana, sebab tak terkena cahaya matahari sangat.


tangan kiri aku macam over bend. mungkin kesan dari patah tangan membuatkannya jadi flexible? haha




saya paling rajin pergi ambil air sampai 3,4 kali refill. 







I think I've met this guy on my 2nd day in Sarawak masa di Cultural Village. beliau juga yang perform Tarian orang Ulu di sana.


sempat menikmati teh tarik special after cruising for 2 hours. suppose 1hour 30minutes. masalah teknikal sedikit tu yang jadi lama. awesome ^^



random pictures dari atas cruise.


setibanya di bilik hotel, my sister terus paksa naik ke top floor hotel Lime Tree semata-mata untuk minum welcome Drink iaitu Lime. sedaaap wook. walaupun rasa dia masa mula-mula minum memang boleh terjaga dari tidur macam penangan minum bertin-tin air nescafe.

memang rasa lah limau kasturi dia. dekat sini tak jumpa limau nipis. limau kasturi banyak :O



okay. bye :)