August 20, 2011

Pembukaan Kolej baru ❤

ini dia penempatan pelajar UiTM Lendu yang baru. bukanlah semua pindah kolej baru. ikutlah siapa Apply dulu Dia DAPAT DULU. kawan-kawan saya ada ajak, mungkin saya ni terlebih sombong dan bongkak mengada tak nak pindah. haha, sekarang boleh lah saya rasa cemburu dan iri hati tahap maksima.

siapa tak nak duduk tempat yang baru yang facilities dia kau yang rasmikan dulu?

orang tu adalah saya. mengada mengada. tegar sangat nak duduk luar -.-



dari luar pun kau akan tahu bahawa memang kolej ni awesome la woi. dah lah ada beranda. langsir baru. tilam baru. katil baru. pendek kata memang KOLEJ IDAMAN. siapa tak nak bilik dua orang? cuba cakap sama aku.

bilik 2 orang akan menambahkan privacy sedia ada. ceh.

satu sahaja kekurangan kalau pindah kolej baru. KALAU ADA KERETA LEBIH BAIK. sebab jauh. tu jela. ala, tapi jauh tak memberi apa apa effect. yang penting tempat kondusif dan selesa :D



dilengkapi dengan peralatan yang serba oren. termasuklah langsir, kerusi, dan juga katil serta almari.



alarm untuk kebakaran pun warna oren. siap ada penunjuk arah kiblat lagi :)




part best. ADA AMPAIAN DI BILIK SENDIRI YAWW. boleh la kau dan kau menggantung segala benda private tanpa khuatir. ceh -.-




permandangan dari tingkap. *// waktu ni saya melawat bilik kawan saya tingkat bawah sekali.


apa lagi lebih awesome?!!!

adalah TANDAS. ya TANDAS. sebab kalau dulu tandas kolej lama tersangatlah comel dan tak berapa nak banyak. sekarang hameeeeek kau, tandas dia dah macam kelas. besaaaar dan banyak tempat shower :)


aku kagum tandas ni. tak tahu kenapa aku kagum. yang penting tandas ni siap ada bilik ampaian. siapa duduk tingkat atas, untung. sebab ada tempat wudu'. tingkat bawah, aku pelik kenapa tak ada tempat wudu' -.-



serba oren bukan? meja belajar yang ada tempat khas untuk keyboard kalau bawa PC :D
and ada tempat board dekat dinding sebelah katil and ada lampu di setiap meja belajar.






aku paling suka almari dia :D




part best lagi, ada suis yang banyak!




dan ada rak kasut di luar bilik.




kesimpulannya, aku dah macam promote kolej baru. apa-apa pun, agar keputusan saya untuk tetap menetap di luar adalah pilihan yang tepat.

ada hikmah disebaliknya. tahniah bagi yang dapat kolej baru. Bye :')

di situ juga ada bilik khas dimana akan ada empat mesin basuh baju dan ada bilik pantri. mungkin akan ada peti sejuk juga? :P

0 comments :