October 28, 2011

Happy Birthday Farah ❤ 27 Oktober 2011

masa zaman sekolah, setiap hari aku menghitung bila nak habis sekolah dah melangkah ke zaman universiti yang digembar-gemburkan macam seronok dan tempat cari bakal suami :) sungguh dulu paling tak sabarlah nak habis sekolah. sebab benci kawan-kawan. haha. tipu je. 

bukan sebab benci kawan tapi sebab rasa bosan dengan hidup sekolah, kerja sekolah, rumah, tuisyen, rumah balik. rasa macam bosan begitu. rasa macam nak kebebasan. dan sangat teringinkan orang anggap aku dah dewasa. rasa bangga.

tapi sejak dah umur 19 tahun ni makin ramai pula assume saya form 3. like for real? saya? tingkatan 3? kenapa tak tanya Universiti mana, kenapa harus sekolah mana? T_T 

saya cuba nak bagitahu yang seronok bila kenang zaman sekolah! seronok teringat saat sibuk berkumpul satu meja, then cerita masalah "BOIPREN". -.-''? the fun part bila dapat jumpa after few months. semua dah belajar di tempat berbeza. tak sama kelompok dah :) akhirnya dapat juga jumpa mereka semalam.


aktiviti pertama adalah karaoke. 




taking poloroid pictures.



I gained weight obviously and macam pakai baju mengandung. hee :) masa ni memang tengah hayati lagu T_T









siap menyanyi lagu beramai-ramai sampai bergema bilik dengan suara masing-masing. even recording :)



our menu. jimat duit lunch sebab Green Box memang provided dengan makanan and minuman yang boleh refill banyak kali :)




after 3 hours in the karaoke room.





menunggu saat untuk diam-diam pergi beli kek untuk Farah.


so here it is. 4 slices of cakes. the best one semestinya yang ada banana fillings. 
sebabkan kami berempat, terpaksalah 4 slices. takut tak termakan satu kek :D

Happy Birthday NurFarah Athirah yang ke-19 tahun :)





terima kasih kepada abang Mcdonald yang sudi bagi pinjam lighter hanya untuk kerana lilin 4 batang. rasa macam tak lengkap tak ada lilin. haha :P




Farah kata rasa macam ala-ala budak umur 4 tahun sambut birthday pula :) 




spend 3 hours talking and main game sebab turn out ramai sangat pula main Bowling. bila dah nak balik baru rasa menyesal tak tengok wayang :P




lebih kurang macam friendship bracelet.
I broke mine the minute I walk off from the store. tangan pemusnah tiba-tiba :P

Thanks again for the day bestfriends :') nanti keluar lagi bila ada kesempatan. kawan di sekolah tak sama dengan kawan di zaman universiti ataupun di zaman berkerjaya nanti. tak percaya? you'll see :)

2 comments :

amy azuha said...

bestnya dpt hangout dgn bff =)

NadNod said...

hee :) tulaa. dah lama tak hangout