December 10, 2011

Crystal Case for MacBook Air 13' ❤

On 1 December, saya berjingga ke Mac City. berjingga bagi saya ialah masa berseronok macam tiada assignment. semester ke-4 ini tiba-tiba saya rasa macam saya ni "pandai" sangat. semua benda diajar, semua tak masuk.

akhirnya saya buat keputusan meniru. majoriti ramai yang meniru. termasuklah saya. subjek yang major killer bagi saya ialah Account(FAR250), Economy dan Cost Accounting(MAF). jangan tanya kenapa aku jadi pandai sangat. haiya. susah walaupun hanya perlu carry 5 subjek.

memang tidak ada benda yang senang dalam hidup ini. tapi aku perlu bangkit kalau nak score untuk Final Exam. SEM ni banyak KUIZ "TERKEJUT". tahu tahu je lagi 10 minit kuiz akan bermula. tahu-tahu je lagi 10minit kena pergi buat presentation. without preparation, aku menggelabah and rasa nak menangis T_T




my sister's birthday, Alak is on 6th December. dah lepas dah pun. saya beli ni minggu lepas/2 minggu lepas. on 2 December saya terus tipu dia cakap bawa turun laptop dia. kononnya saya nak tengok tengok. padahal nak bagi hadiah :)

dia baru beli :P tapi saya tak berpeluang tengok lah katakan. haip haip. pandai betul aku membuat helah nak buat suprise. bukan senang nak buat suprise. aku sangat senang terlepas cakap......shhhh




saya ada tanya kawan-kawan yang ada guna laptop Mac. semua cakap crystal case ni dorang beli around RM300++ something. mula-mula saya dah punah harapan tak nak beli...... MAHAL!






beria-ia saya soal salesman disana wether this case boleh fit dengan laptop akak saya. rata-rata semua dekat situ pandang aku atas bawah macam aku tak ada duit. HAHA.

memang most of the time orang ingat aku nak mencuri. sebab gaya pemakaian aku barangkali. jangan ingat pakaian tu melambangkan duit la jang oi T_T penatlah kena tuduh curi barang.





saya ingatkan kad bank saya boleh debit card since I used it before masa beli beg laptop dekat Parkson :) sekali buat malu bila tak dapat. terus cash out dulu. malu tak Nad?? T_T




mula-mula terpasang terbalik. nasib baik boleh buka. maaflah Alak sebab bagi hadiah tidak seberapa. this is a return favour sebab bagi hadiah Hardisk dulu on my birthday  :P

Happy 22nd Birthday Sister ;)






her's.


I wonder if she get roses again on her birthday -.- she always get roses.
untunglah dapat boyfriend romantik upah orang korean look pergi 
deliver bunga ros dekat tempat kerja dulu.



Bye, Have a nice weekends people :)

1 comments :

twinscraftlife said...

Hey nice blog~~^^ visit our blog~ we sell 100% handmade stuffz like pouches, mobile charms, unique tags.. 좋은하루가되세요~