February 18, 2012

Port Dickson (10022012)❤ Part 1 : Day 1

akhirnya ada juga kelapangan masa nak update blog. almaklum baru lepas bayar bil broadband. kalau dekat rumah laju sahaja kalau nak update blog sebab guna Unifi. dekat Melaka terus malas update sebab broadband slow. berbelit tak ayat? :D

senang cerita saya lebih gemar berblogging kalau line internet sangat laju. plus bulan Februari ini adalah bulan bertempur dengan masalah emosi dan masalah tumpuan untuk fokus dengan pelbagai subjek memandangkan bulan ini banyak sangat Test and Kuiz. ada yang tiada gap langsung.

macam semalam. 17, 18 dan 19 Februari saya ada 3 test for killer subjects. walaupun sem ini hanya carry 5 subjects, tetap rasa kehangatan-nya. 

so last week, right after Quiz(Account/FAR250), terus berangkat bersiap ala kadar untuk berangkat ke Port Dickson bersama rakan rakan :D excited!!



ada yang menyewa ada yang bawa kereta sendiri.







kami yang seramai hampir 28 orang menggunakan 5 buah kereta untuk ke Port Dickson.
kancil ada, kelisa ada, saga ada dan....


perjalanan mengambil masa 1jam++ if i'm not mistaken. sebab kami bertolak dari Melaka.


setibanya di sana semua excited tangkap gambar. except for me :(
terlepas shot T_T






beg sebahagian para gadis.





Grand Straits Villa's pool.

ingatkan pool ini sangatlah cetek. bila dah masuk, hampir terpana sebentar. nasib baik dalam paras dagu :P






1 apartment untuk perempuan : 3 bilik
1 apartment untuk lelaki : 2 bilik





semua yang perempuan berlari-lari cari no apartment. berkejar kejar sampai sanggup naik tangga dari lift (*akulah tu). lepastu lari nak jerit. buka pintu nak jerit. masuk apartment nak jerit. cari bilik pun nak jerit.

saya jerit sambil reserve master bedroom. nampak tak kejahilan-nya di situ? aku tamak. hahaha :P






selepas menjerit 5 saat setelah buka tirai langsir master bedroom, kami terus snap picture. sebab menjerit adalah kerana nampak pool dari tingkap bilik. APA MOTIF JERITAN ITU? :D


setelah berbincang dan kemaskan diri barulah saya dan yang lain ikut pergi beli barang mentah dan barang keperluan untuk barbeque pada malam harinya :)




benda ni pun kami excited nak panjat.

oh ya, sebab kami pergi hari Jumaat, para lelaki pergi tunaikan solat Jumaat sebelum lunch bersama :P





hampir setiap sudut nak bergambar.





after tengok karaoke room.






gambar lagi.







LUNCH TIME :)




walaupun makanan tak seberapa, sebab tengah lapar, semua jadi sedap :)







Part seterusnya akan diupdate di masa akan datang. terlampau banyak gambar :)

0 comments :