February 21, 2012

Port Dickson : Barbeque (10022012)❤ Part 3 : Day 1

terbahagi kepada 3 bahagian. click link di sebelah untuk ikuti kisah Part 1 dan Part 2.


matahari terbenam memang indah. seterusnya sesi barbeque dengan friends. selepas magrib, semua dah sibuk terkejar sana sini siapkan barbeque. arang beli tapi tak ada penukul, jadi terpaksa guna capal untuk pecahkan arang. tahu tak capal tu apa? :P sila google.






mereka bertiga semua sibuk cucuk ayam untuk dibarbeque kan. saya pula sibuk buat benda lain iaitu guna handphone hijau shrek tu untuk pancarkan cahaya memandangkan tepi pantai tak ada lampu.

nampak sangat pemalas nak masak. ish ish ish ish T_T




ayam togel :P






yang pakai topi tu Encik Bruno Mars. haha :P
Bruno Mars kipas ayam togel.







mengambil masa yang agak lama juga untuk hidupkan api dengan arang. siap beli fire starter.







kesalahan Pertama kami : barbeque mana boleh bagi api menyala seperti gambar di atas.

kerana nanti luaran ayam sahaja masak. dalam tak masak. 
malam tu kami semua makan ayam mentah. haha






kesalahan kedua : menggunakan minyak jagung untuk menyemarakkan api. 

kalau korang belajar sains. korang mesti tahu. aku budak account bukan sains :P







aktiviti seterusnya ialah bermain volleyball di tepi pantai saat yang lain semua sibuk mem-barbeque kan ayam dan ikan. hehe :P






aku sampai tersungkur main.

**harap maklum. entry ini memang limited sangat gambar aku**








mereka sangat baik dan comel sebab prepare-kan untuk mem-barbeque kan ikan. 
atau ikan bakar. haha.

KENAPA AKU PEMALAS SANGAT NI TAK TOLONG?!





Bruno Mars dengan peminatnya. 








Penyokong setia Manchester United.






mereka pro bermain bola. tiba tiba :P






semua berebut dengan ayam barbeque. aku dahlah tak tolong masak. siap boleh curi seketul ayam :3






set up tempat bakar ikan.






penjaga ikan bakar :D






pembakaran terbuka bermula.






Rafiq si pemecah arang dan supplier arang. dah boleh jadi orang minyak dah. haha :P





Yazrin dengan ciri-ciri bertanggungjawab. alolor. untung Machester United. sekali lagi tiba tiba :3







geng Myvi siap memeriahkan tempat sedia ada dengan buat show menayangkan kereta masing-masing di tepi pantai. untung menjadi perhatian ramai.






Ifa dengan torchlight-nya







semua dah berebut nak makan :D






kuah barbeque yang sedap :)








Bruno Mars dan peminatnya yang menunjukkan tanda bagus untuk ayam barbeque yang berkualiti. haha :P








bila dah kenyang semua bahagia.







siap ada yang menapak ke steambot area untuk yang tidak kenyang.



setelah semua main futsal.
perempuan vs lelaki.


barulah bermula sesi buat bulatan dan cerita masalah tak puas hati masing-masing.







perbincangan tentang isu nak tubuhkan jadi siblings.
menyatakan tidak ingin ada semangat assabiyyah dalam kalangan kawan kawan.







8 brothers menyatakan rasa kesal kerana menubuhkan 8 brothers dan meminggirkan 4 jejaka pujaan kelas.

semua ayat direka. lala :P






saya berbaju pink. ada 2 orang baju pink. mana satu saya? hamboi -.-




habis sesi barbeque past midnight, right after that sesi mengemas tapak barbeque. next, saya and few fellow friends pergi overnight pula. semua minum teh. tapi aku minum milo ais. rasa macam budak-budak pula. sampai apartment sudah pukul 3 pagi. terus sambung tidur sampai 8 pagi.

dengan katil queen yang dikongsi 4 orang memang terhebat impaknya. semua tidur statik.


entry untuk hari kedua Port Dickson akan disambung dimasa akan datang :)

0 comments :