May 31, 2012

Sing Away Your Summer Days With Sunway Lagoon

Nuffnang exclusively has reserved 25 pairs of tickets yang bernilai RM80 setiap satu kepada semua Nuffnangners untuk dimenangi! disebabkan saya adalah sangat sangat meminati apa apa yang berkaitan muzikal (never get bored of watching MAMMA MIA movie), I'm sure it will worth it if I win :) hehe

ini adalah detail detail event London, The Summer Musical :

Date: 1 June 2012 – 8 July 2012 (Except Tuesdays)
Time: 8:00PM Venue: Amphitheatre @ Sunway Lagoon
Duration of the show: 90 minutes

as stated by Nuffnang :
From 1 June to 8 July 2012, London, the Summer Musical would be performing at Sunway Lagoon’s Amphitheatre and it would feature 6 West End stars flown in all the way from London!



SUMMARY: The story is about three female stewardesses who fly from New York to London. During their 48-hour stopover, they have a romantic encounter with three London boys. The stars will be singing songs from popular musicals such as Footloose, The Lion King and Mamma Mia! as well as songs from hit TV shows such as Glee and Smash – and even James Bond films!



Tell us what is the one song that will remind you of your first love and how it became YOUR love song?

The song that will remind me of my first love would be this song, Summer Nights by The Grease :)

I stumble upon this song way back during my highschool :) terus jatuh cinta bila kali pertama dengar. the way the song was present in this video remind me of highschool how my bestfriends would be excited to know more and more about the love of my life. how it starts and why it ends.

since then I've been loving this song. not because of it only reminds me of my first love BUT this song entirely cheer me up during my cloudy day. hehe :)

Tips menjadi pendengar yang baik kepada Wanita.

[Sumber]


Berikan perhatian sepenuhnya 
Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. 

Pandang matanya 
Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya. 

Jangan berikan pendapat 
Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta. 

Bertanyakan soalan 
Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?". 

Berikan sokongan kepadanya 
Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah. 

Ulang semula apa yang dikatakan 
Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya. 

Diam dan jangan berkata apa-apa 
Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. 

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan.

Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya..

Selamat Menjadi Sang Pendengar kepada Sekuntum Mawar :)




[Sumber]



My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted


Akhirnya Madagascar 3 bakal ditayangkan tak lama lagi :D


SUMMARY
Alex, Marty, Gloria and Melman are still fighting to get home to their beloved Big Apple. Their journey takes them through Europe where they find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent – Madagascar style.

salah satu watak kegemaran yang saya suka sejak Madagascar yang pertama ialah MORT. suka tengok mata dia yang besar and selalu buat buat benda benda yang comel.

Mort ialah Mouse Lemur yang comel dan cuddly. dalam setiap scene Mort, kadangkala emosi dia tak berapa konsisten. kejap kejap happy sangat, kejap kejap sedih. tapi itulah salah satu sebab saya suka Mort kerana aksi dia yang lincah dan comel :D



salah satu video di youtube yang memaparkan MORT. a short clip but yet still makes me smile :D


ini dia character kegemaran saya sejak dari Madagascar 1. Mort yang sangat comel dan mudah menangis. persis ada adik yang manja. hehe :)


boleh click LINK INI untuk tengok aksi comel Mort dalam scene Madagascar yang pertama in 2005.

May 29, 2012

Fluffy Baby Rabbit : Lucky ❤

  
Born on 10th May 2012. dah besar dah dia sekarang. jadi mangsa macam model bikini tepi pantai. baik sahaja bila letak dia atas kerusi kecil sebegitu. tak lari, tak merengek. siapa cakap baby rabbit tak boleh merengek? masa kecil kecil mereka ada suara "Squeeze squeeze" gitu. tapi dah besar hanya ada suara kalau ada orang cederakan dia atau dia terjatuh.







  
dia suka berjalan jalan sekitar bilik. terpaksa pisahkan dengan ibu dia dulu sebab kucing suka makan daging rabbit. dia angkut baby rabbit macam macam jenjeng anak sendiri kemudian siat siat and makan.






my baby with his/her house. oh ya, saya tak tahu jantinanya. rabbit ketika kecil memang agak susah nak tahu jantinanya melainkan dia dah besar.






dia memang gebu sebab terlebih susu.








  
ada kereta sendiri.








tiba tiba camera buat hal lalu gambar menjadi kabur.









dulu ada orang bagi saya ros itu bersama dengan patung mashimaro.
sekarang he just somebody I used to know :)



I love my rabbits.
take care. <3


May 27, 2012

Baju Baru untuk Satio ❤

Assalammualaikum :)



Petang tadi setelah tidur puas puas dengan hati yang lara -.- gaya putus cinta ni :P, lalu saya terus bangkit dan bersihkan diri untuk bersiap keluar bersama kakak dan sepupu saya. sempat saya bagi rabbit menyusu and makan.


selepas teman sepupu saya buat spek, baru sempat berjalan di pasar malam yang tak berapa nak malam sebab waktu petang dah buka dah pun gerai gerai di sana. banyak tudung murah idaman hati. banyak baju untuk handphone yang murah murah murah murah dan murah. banyak beg comel banyak baju comel.

bagi saya, saya hanya akan belanja ikut kemampuan. mana mampu nak bergaya dengan tudung baru yang esklusif dari kedai kedai berjenama seperti Ariani mahupun Pearl Haya melainkan saya ada kerjaya tetap and income every month. jadi membeli belah di pasar pun sudah memberi kepuasan yang maksima :)


  
ini cover baju untuk Satio saya. sangat murah. hanya RM5. dulu saya ditipu. almaklum beli di outlet Sony Ericsson which is by the way Sony Ericsson dah tiada. ada Sony je. saya pernah beli silicon handphone di Sony berharga RM65 dan silicon di kedai kedai biasa dengan harga RM15.

sekarang rasa lebih berbaloi sebab hanya RM5. sekarang kita lihat berapa lama baju ni boleh bertahan. saya nak beli yang warna biru juga :)



  
ini cover silicon yang lama berwarna hiijau. ini saya beli RM10 sahaja. tapi last last jadi geli geleman bak kata mak saya sebab penuh blink blink. as you can see, banyak blink dah tercabut pun. mana ada yang bertahan selamanya dalam dunia ni. cinta setiap hari pun akhirnya putus tengah jalan jugak ya tak :)






yang ini hanya RM5. saya nak beli warna pastel blue pula. takut menyesal di kemudian hari kalau tak beli. kejap lagi saya beli :P ini baju baru dia :)





baju lama handphone saya :)









walaupun baju baru dia berwarna pink dan plain, saya tetap suka, ada masa nanti saya hias dengan blink blink juga. trust me, i cant live without bedazzling stuff around me :) 



Bukti orang cakap blink blink tu geli geleman. haha :D 
my mom also said the same thing :)





terima kasih kerana membaca. sayang selalu. Assalammualaikum.



May 25, 2012

14 Days old on 24th May 2012 ♥

Assalammualaikum.


  
Baby rabbit yang diberi nama "Lucky" dah pandai kelip kelip mata. mogok tak nak tidur. mogok nak makan :) mogok nak jalan jalan. dah besar dah dia. 






    
jantina tidak dapat dikenalpasti. bila dah besar sikit nanti baru tahu :)

May 23, 2012

Lucky . 13 days old . how my baby rabbit sleep? ❤

Assalammualaikum :)


sejak pada hari pertama dilahirkan, saya jaga dia di dalam container ini yang dulunya tempat cicak tokek. terpaksa buat begini sebab kucing banyak dekat taman perumahan ni. ada yang menjadikan baby rabbit sebagai menu harian. seekor seekor dia curi diam diam buat jamuan kucing. Lucky terselamat dari serangan semut api. sebabkan anak tunggal, dia jadi sangat montel sampai nak jalan terkedek-kedek :3

dia memang suka tidur muka tepek dekat dinding bekas lepastu buat bunyi "krikk krikk". siapa cakap rabbit tak ada suara? masa baby dia suka bersuara. bila dah dewasa dia hanya akan bersuara kalau dia takut atau sakit. ececeh :D




too adorable :) saya sayang nak bagi rabbit ni dekat sesiapa. jangan memaksa please T_T








mencuba berjalan jalan with tiny feet. tak tahu hop hop lagi :)








perut yang macam belon. rasa nak cucuk cucuk dengan jarum :P







bila buat sebegini automatically dia akan pejam mata. like he was sleeping :'D




esok genap 2 minggu umur dia. masuk minggu ketiga baru saya berani satukan dia dengan ibu dia serumah. sekarang rabbit ada 13 ekor :) 

makanan dia seguni RM49 hanya tahan untuk 2minggu. memang makan banyak kos. now i feel sorry for my parents -.-''  thanks for reading. Assalammualaikum.

Random . Driving Licence :) ❤

Assalammualaikum.

dulu setiap kali pergi Mcdonald, mesti pilih set Beef Foldover instead of Chicken Foldover. tapi tiba tiba theres no more Beef Foldover mahupun Chicken Foldover ni di mana mana outlet Mcdonald for quite some time. mungkin ia hanya dikeluarkan untuk special occasions(like Prosperity burgers?), for years I've been waiting for this. disebabkan kehilangan Foldover, saya jadi penggemar Bigmac sampai muak. terima kasih Mcdonald sebab keluarkan set ni balik even theres no more beef. sedap sangat sangat. I can finish the whole set on my own. Nyummaaay.




I've been going to Nilai like almost every week. sempat makan di Food court, Tesco, Nilai. dah jadi macam orang Nilai dah. semua atau sebab sebab tertentu :)






dapat makan my baby cupcakes (cupcakes ke?). a small section dekat dalam Big Apple. sedap sangat rasa dia walaupun manis ^^








recently sempatlah shopping menggunakan duit yang saya tiada di Mr D.I.Y. deficit. korek korek poket lalu guna kecemasan. saya sangka-kan tu sarung bantal. siap beli 2 helai RM14.90/pcs. rupanya FLOORMAT. tak disangka sangka. walau apapun, saya tetap jatuh cinta dengan alas kaki ni sebab the material and the design :) siap beli singing candle, konon untuk birthday sendiri yang tahun depan. PEMBAZIRAN.








ini dia alas kaki yang kononnya sarung bantal. bolehlah tu, letak dekat sisi katil.







baru baru ini juga jadi rajin buat rantai kucing. D.I.Y. semua kerana segala rantai yang dipakaikan kepada Gegirl ni dia berjaya putuskan.






hanya beri dia pakai tak sampai 3 minit. sebab dia rasa tak selesa. nanti kena cari rantai baru di Daiso.





tak ingat bila gambar ini ditangkap. baby rabbit yang diberi nama Lucky ini dilahirkan pada 10 May 2012. saya jumpa dia terjatuh di sarang semut api. nasib baik sempat diselamatkan :) kini umur dah mencecah 12 hari. masih dipisahkan dari induk, takut dipijak and takut kucing curi bawa santapan.






Lesen P habis pada 2 Mei 2012, seminggu kemudian baru dapat renew lesen. untuk apa saya tidak pasti. SEBAB SAYA TAK DRIVE KERETA PUN. hanya akan bawa jika diberi kereta sendiri. mungkin saat itu keberanian itu hadir. mana tahu kan :)






dari tembam ke kurang tembam. konon. Always Chubby :P


sekian dari saya. busy sikit akhir akhir bulan ni. busy tidur and jadi pemalas. 
terima kasih kerana luangkan masa membaca. Assalammualaikum :)

May 20, 2012

Majlis Bertandang, Penang ❤ 5 May 2012

Assalammualaikum :)



  
On my previous entry, saya ada update tentang lawatan saya ke Bukit Bendera. it is on the same day kami kena pergi ke rumah pengantin lelaki (brother in law yang sepatutnya saya panggil abang Lang). sempat tidur tidur ayam lagi ketika on the way balik homestay untuk tukar persiapan diri sekeluarga. 


ada bunga gula gula sekali saya pangku ketika dalam perjalanan ke rumah pengantin. bukan bunga telur :P mungkin dah jadi trend untuk tak buat bunga telur. sebab tu orang guna chocolate dan gula gula sebagai pengganti. saya juga mungkin begitu suatu hari nanti dengan menggunakan alasan malas nak masak telur melainkan ada yang "sudi volunteer tolong masakkan secara percuma tanpa minta upah".




  
bukan photoshop. lightning dan angle camera menyebabkan saya secara tiba tiba nampak flawless tanpa jerawat. itu adalah kemusykilan.





  
sudah tiba! kiri saya dan kanan ibu saya yang tersayang :)






 
Pakteh and Makteh.





  
tidak ada kompang kerana hanya disambut dengan sederhana. cukuplah dapat isi perut ^^






 
selepas menjamu selera dapatlah goodie bag.






  
bersama pengantin perempuan, my eldest sister, Asya :)







saya nampak seperti gergasi bongkok dalam gambar ni yang tiba tiba tak tahu buka mata. cuaca di Penang agak panas sedikit nak dibandingkan dengan cuaca di Melaka. fuhh.






usaha saya cuba membuka mata.






perfect :)



selepas majlis kami semua terus balik homestay sambung tidur and later that evening kononnya nak gerak ke Padang Besar tapi hampa. pergi ke Pekan Rabu, Kedah sahaja. sempatlah shopping rojak Mak Bee dan tudung. okay, saya yang sibuk beli tudung. menyesal sudah sebab dekat sana MAHAL.

  
tudung dikiri yang dipanggil "tudung bawal crown", saya beli dengan harga RM50. dan disebelah RM20 sehelai. mahal. kenapa saya beli saya pun tak tahu. jangan tanya.


lawaknya bila mintak kurang hanya beri RM5 sahaja diskaun.





lalu bila balik pada hari Ahad saya semangat belajar menyulam sendiri (selepas hasil tunjuk ajar dari ibu saya. selamat hari ibu!). susah. memang susah. tak ada benda senang dalam dunia ni. tapi masalahnya saya dah give up nak menyulam dah. mungkin bila ada mood nanti saya belajar balik :)

menyulam tak sama macam jahit manik.