June 24, 2012

Nasihat seorang Ibu ❤

pernah tak terlintas di fikiran kenapa orang lain boleh dapat apa yang mereka tak minta atau perlukan sedangkan anda yang teringin ini tidak pernah sekalipun dapat memiliki apa yang diingini?

maksud saya di sini, saya sering menghadapi krisis sepanjang umur belasan tahun dan sejak memasuki alam pra dewasa ini. tipu jika saya cakap saya tak cemburu melihat rakan rakan memiliki kenderaan sendiri untuk dibawa kulu kilir di kampus. bagi saya mereka sangat beruntung dan patut bersyukur.

kadang kadang timbul di benak rasa macam pelik kenapa mereka masih menginginkan yang lebih sedangkan mereka sudah dapat yang terbaik. kereta mereka boleh bertukar setiap sem. laptop kalau hilang, nah sedebuk parents bagi yang baru.

2 hari lepas saat ibu bapa saya jemput saya untuk pulang ke rumah, ibu saya mula berkata sebegini :

"kaya budak budak dekat kawasan perumahan ni, semua pakai kereta besar besar sampai penuh jalan."-my mom.

"aah, yang tu anak datuk. bla bla bla bla *sambung cerita dengan excited macam menang motor".-me.

sebab timbul rasa cemburu itu saya pernah memohon kepada parents saya kenapa saya tidak dapat kereta seperti orang lain. kenapa zaman abang abang dan kakak saya dahulu dapat bawa kereta ke kampus?

"selagi ada kudrat nak jalan, jalan. bukannya jauh pun kampus tu. Ama dulu jalan nak pergi sekolah lagi jauh. belum tentu orang yang ada kereta, lepas belajar dapat kerja akan dapat beli kereta yang mahal macam sekarang."

typical me, akan mula tarik muncung. ewaaah. bajet anak orang kaya ke apa. HAHA. setelah ditafsir kata kata ibu, saya rasa memang betul saya tak perlukan kereta. bukan nak sedapkan hati. tapi kalau saya ada kereta, langkah saya lebih panjang merayau. sebab sekarang belum ada kereta pun rajin merayau. haha

kemudian trend zaman sekarang pakai handphone canggih seperti Samsung note, Samsung s3, Iphone, Blackberry dan sebagainya. oleh itu, saya yang konon berjiwa remaja yang kental sudah tentu ingin memilikinya. tapi apakah dayanya. duit tiada.

mula rasa cemburu lagi ni melihat kawan kawan semua pakai handphone canggih. tak minta pun tapi parents dah hadiahkan. tak perlu buka mulut, parents terus belikan sebagai hadiah. tipulah kalau aku cakap aku tak cemburu. haha

*kejap saya kejap aku.


lalu bertanya kepada kakak kenapalah aku tak boleh dapat handphone baru.

"handphone kau elok lagi, nanti dah kerja, ada duit sendiri, belilah gadget baru macam Alak"

ayat kakak aku lebih kurang sebegini. lalu aku terdiam.







kesimpulannya di sini, kadangkala bukan semua yang kita inginkan kita harus miliki. kehendak tidak penting, keperluan lebih penting. saya patut belajar BERSYUKUR dengan apa yang saya miliki. Allah ada perancangan tersendiri.

kenapa saya perlu ada kereta mahupun handphone canggih to make me feel better about myself or my life?

maybe in short period, mungkin saya akan bangga dan bahagia kalau saya memilikinya, tapi bahagianya seketika, lama tak lama saya mula rasa jemu kemudian nak lagi yang lebih baru. sampai bila nak baru? bila mahu bersyukur? bila mahu menerima?

lupa nak cakap, ini adalah entri umum. TIADA NIAT untuk menyinggung mana mana pihak. 

3 comments :

Princess Syazliyana said...

Amer buat GA lahhh hadiah :- 3-lens lomo style film camera , lomo and komik lawak kampus . amacam ? mmg superbbb lah beb .

http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/06/giveaway-3-lens-lomo-style-film-
camera.html

NadNod said...

thanks for invitation :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

akak pun kadang2 mcm tu, tapi dalam masa yang sm akak pk balik macam mana orang yang takde pape.