June 12, 2012

Petua Masuk rumah baru . Apple Lamp (lampu tidur) . chopsticks❤

saya balik ke rumah sewa untuk semester baru pada hari Jumaat lepas, 8 Jun 2012. sangat awal sampai semangat daftar kemudian lupa daftar hanya pada hari Sabtu dan Ahad. sadis. balik rumah sewa, semua berhabuk. lantai sangatlah kotor. saya ambil masa yang lama kemas satu rumah. huahua. terkejut tengok surat cinta di atas. berduyun duyun sampai. almaklumlah, lambat bayar -.-





Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."


Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)


Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.








dulu tangga kayu sekarang tangga marmar(?).








tak ada perubahan pun disini. hanya lantai sudah dimop. haha








perubahan hanyalah susunan ampaian.










bilik untuk 3 orang.






my room. 



PhotobucketPhotobucket





couple chopsticks.








2 for RM12.95.








comel kan comel kan?










percubaan makan dengan maggie. BERJAYA :)
sebenarnya dah lama tahu pakai chopstick, tapi chopstick ini sangat berguna untuk yang ingin belajar guna.







PhotobucketPhotobucket

3 malam sejak hari Jumaat tidur dalam keadaan ketakutan. sebab saya takut gelap. huahua. jadi tegar TIDUR DENGAN LAMPU TERBUKA SELAMA 3 HARI. 


setelah mendesak, saya berjaya berpusing pusing di Hinode, Mini Toons dan S&J untuk mendapatkan mini night lamp. masalahnya satu. harga yang sama design yang lain dan function yang berbeza beza. konon nak beli dekat Hinode. tak menjadi. nak beli dekat Mini Toons pun tak menjadi.

semua jual lampu tidur yang ada di display. tak ada yang baru dalam kotak. ITU SANGAT MENYEDIHKAN. kecuali S&J. wink wink :D walaupun pekerja kedai tu dah recognize muka saya yang jadi trouble maker di sana, saya tetap pengunjung setia -.- huhu. ada kes dulu :P beli camera lomo, rosak and insist nak tukar yang baru. dari hari tu dia ingat saya.






konon nak beli apple hijau. tapi epal hijau hanya ada pada display. tak ada yang baru.







  
saya rasa kalau sesuatu produk yang tak ada jual yang baru masih dalam kotak memang berbaloi beli. tapi yang hanya display tapi jual mahal, tak berbaloi -.- ramai dah pegang. produk pun dah calar balar. paling geram bila dekat kotak ada state ada usb cable. tapi bila dia jual, usb cable boleh tak ada.

jadi saya rasa itu SANGATLAH TAK BERBALOI. Kalau dekat kotak ada state apa yang ada di kotak, ianya seharus ada apabila dijual. kalau takpun sila bagi harga kurang. ecewah. menghabiskan masa selama 1 JAM nak pilih lampu. padahal hanyalah lampu tidur. nasib dapat customer cerewet.






night lamp ni provide dengan mentol lampu pasang sendiri. kalau rosak pergi beli sendiri katanya.









malam malam tidur nyenyak dengan keadaan bilik yang merah samar samar :P
saya beli ini dengan harga RM39.90.



lepas ini operasi cari lampu meja.





8 comments :

Nurul Husna Mohd Hassan said...

alahai.. comelnya chopstick dia :)

NadNod said...

hehe :D

nik rosmawati said...

selesa nya rumah sewa ni.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke MERAH !!!

cntik lampu tu..

gigiAriEma said...

sempoi arh plak apple kamo. :)
tggai area mane ni? luas yee umh sewa.

NadNod said...

@nik rosmawatialhamdulillah selesa :)

NadNod said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) suka lampu ni jugak :P although agak mahal :P

NadNod said...

@gigiAriEma area melaka :)