July 07, 2012

PPKP Semester 5 ❤ 3rd July 2012//Tuesday

apakah PPKP? atau nama panjangnya Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.

basically, PPKP ini dikhaskan untuk pelajar UiTM dari semester 1 hingga semester 6 tak kira diploma atau degree. tetap ada setiap sem dan setiap pelajar diwajibkan hadir. Compulsory.

biasanya akan diadakan selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. tapi bermula dari 2 sem lepas, disingkatkan menjadi satu hari sahaja. dan bermula sem lepas dan sem ini, hanya setengah hari. ikut sesi course masing masing. semestinya akan diadakan pada malam tertentu iaitu sesi ceramah yang berlangsung hampir 3 ke 4 jam. 

semester 5 ini kami dibentangkan dengan sejarah zaman awal kesultanan Melayu Melaka.




diadakan pada waktu malam, Selasa lepas. sempat bergambar. semua course yang berada di sem 5 berada di dewan Taming Sari  ini :)










sempat mengaplikasikan Instagram melalui Iphone cik Dhamirah ;D









rabun saya makin teruk. tiba tiba tudung kuning saya ni macam meriah sangat.










semua dan keluar phone, gadget, mp3 masing masing.











dan gambar lagi.












dan lagi.









  
dah macam kembar dah kami berdua :D











habis :D 

kemudian jadi riuh rendah sebab semua berebut nak sign attendance masing masing.
habis isi attendance, berebut ambil juadah yang disediakan. 

tak sangka, sem depan adalah sem akhir menjadi pelajar diploma :')