May 29, 2013

Giveaway Camera Coins Bank by Nadnod Azizan [sudah ditutup!]


Giveaway ENDS!
Salam sejahtera semua. As I promised before, memang saya akan buat giveaway lagi sekali. kali ini Coin banks ataupun piggy bank atau lebih senang sebut tabung duit syiling sahaja.

ada pelbagai color. saya tak pasti jika semua color masih available. tapi saya tetap akan buat giveaway dan pemenang yang bertuah akan dapat salah satu tabung camera pilihan. comel sangat tabung ni! hehe :)



closer look.


ruang nak masuk duit syiling ada dekat atas tu.  kalau anda nampak.


personal favorite. saya suka yang pink ni. taktahu kenapa. maybe sebab color dia yang comel.





okay sekarang kita masuk syarat penyertaan. mudah dan rumit kalau ada malas. kali ini please jangan ada unsur penipuan :)


1. sila Follow blog saya, like fanpage facebook saya dan instagram saya.Instagram



2. create an entry(title giveaway by Nadnod Azizan) beserta dengan banner giveaway dan make a short essay which color do you choose and why?
3. tinggalkan comment di bawah entry ini untuk tanda penyertaan.


Giveaway ENDS!

/*sila isi nama dan url blog di widget atas untuk masuk dalam list penyertaan giveaway ini. 

Tarikh tutup giveaway ini ialah pada Isnin depan bersamaan dengan 3 June 2013, Monday pukul 12malam (maksudnya pukul 12 malam masa malam ahad 2 June 2013). pemenang akan diumumkan later at monday morning at 8.00am 3/6/2013

pemenang dipilih menggunakan random.org

Pemenang akan diumumkan di blog ini. hadiah akan dipos dalam masa seminggu. jadi apa tunggu lagi. mari join! :)





saya ada buat clearance sale untuk tudung bawal bercorak. boleh whatsapp saya di nombor tertera. RM20 termasuk postage. thank you :)




Giveaway ENDS!

May 25, 2013

Furious 6 . Blink // Customized case for Iphone 5 . Chocolate from Mecca


23rd May 2013, Thursday
Khamis lepas hari malas secara tiba tiba tapi rajin jugaklah beli tiket awal sehari di TGV cinema, Seremban 2. semata mata takut seat terbaik habis. dapat jugak duduk di tengah tengah :)


kualiti gambar agak teruk sebab tak sempat tangkap gambar ticket guna camera sendiri. semua sebab tiket hilang simpan dalam poket. haish -.-

overall, ceritanya memang terbaik. yang mati hidup balik. tapi sedih sebab ada salah seorang watak yang aku suka mati at the end. macam tak puas hati pule dorang boleh mati. haih -.-

 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif




24th May 2013, Friday
 
hari keluar berjalan sekali lagi. kemana lagi kalau tak ke Jusco, Seremban 2. Seremban tak ada banyak sangat tak nak berkunjung. itu sahajalah shopping complex yang ada  :P malas nak ke Kuala Lumpur. tunggu KTM lagi suatu cerita.




dah bosan ke Jusco, pergi ke Tesco pula. kali ini beli benda merepek di Mr DIY. sana barang barang semua murah. tu yang buat jadi seronok melihat sambil membeli :)



tak sangka jumpa blink blink / Rhinestone untuk kereta. tapi bukan nak tampal dekat kereta pun :) 
saya mana ada kereta -.-



hanya untuk saya punya handphone. oh yeah :)



berguna berguna.




dulu masa awal awal beli Iphone, ada beli case silicon ni before beli screen protector. kononnya nak elak handphone bercalar. lama lama pakai dah kepam. sebab itu timbul idea sebegini,



inilah hasilnya Iphone case yang berjaya dibuat oleh saya. hanya tampal sedikit blink blink dengan kertas lace. terus menjadi comel secara tiba tiba. macam baru beli :) padahal buat sendiri. haha


Inai dari Mekah. seronok sebab merah. terus conteng macam nak kahwin esok hari. sepatutnya dakwat kekal diganti dengan inai. baru kekal seminggu. ya tak? haha


 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif



chocolate Romance dari Mekah. sangat sedap!




parents saya beli banyak. seronok sangat sebab dapat kunyah chocolate bila ada kesempatan. walaupun saya bukan hantu chocolate. tapi bile dah dapat makan satu, memang nak makan lagi :)

chocolate dari Mekah unik. sebab packaging dia tersangatlah comel!




even the chocolate look pretty too.


salam hujung minggu semua :) thanks for reading.

Off to Putrajaya with sister . Food obsession :)


19th May 2013, Sunday :  Putrajaya
 
waktu 19 Mei tu adalah hari ibu bapa saya and abang saya bakal tiba di Malaysia setelah selesai menunaikan Umrah :) Alhamdulillah. tapi tengah hari itu sempat pula kakak saya ajak berjalan ke Alamanda, Putrajaya. niat di hati nak pergi ke Setia City Mall tapi tak kesampaian :( rasanya dekat sana lebih banyak kedai yang menarik untik dilawati :)


kakak kedua yang memandu hari ini.




singgah di kedai berkonsepkan Japanese yang jual banyak barang comel comel untuk kelengkapan rumah. ibarat macam Daiso tapi lebih fokus kepada material seperti rak, tupperware dan lain lain.





bila kelaparan, terus singgah Subway. dengan alasan dekat Seremban tak ada Subway.




 
singgah di tepi tasik Alamanda. sayang sebab pakai skirt. tak dapat naik basikal. haha. kalau tahu dari awal saya pakai seluar -.-




tepi waterfall pun boleh jadi.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif


20th May 2013, Monday : baby niece ~ Humaira
 
pada hari Isnin pula dapat jumpa my baby niece, Humaira :) dah nak masuk 5 bulan dah umur dia. dah pandai pegang barang. sesiapa jumpa dia mesti terpikat, sebab dia memang tak akan merengek. diam je orang dukung dia macam mana pun and sangat pemurah dengan senyuman :D




and suke posing macam ni -.- susah nak snap gambar dia senyum. haha



 
ibu beli celak dari Mekah. sesaje conteng kening dia. konon orang Arab suka conteng kening anak mereka bagi tebal. haha. harap kening humaira tebal juga. tak macam Maksu dia :P



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

22nd May 2013, Wednesday : Starbucks alone.

Hari Rabu lepas saya feeling sensorang bawa kereta pergi Jaya Jusco Seremban 2. hanya kerana dah lama tak minum air Starbucks. lupa nama dia. tapi harga dia RM18. sebab itu minum Starbucks dalam 2 kali je setahun. haha. tak mampu sampai setiap minggu. mahal!




feeling sensorang sambil duduk sensorang.




Selamat berhujung minggu semua :)

May 23, 2013

Craving for Food



rasanya macam dah susah dah nak update blog macam dulu dulu. dulu setiap kali ada benda yang tak penting pun keluar camera snap gambar then upload dekat blog. semua benda nak cerita macam tak ada kerja lain. 2 3 minggu ni macam minggu not so good sebab sorang-sorang. literally alone, sampai depressed kejap. depressed olok-olok. macam tak ada kawan nak ajak borak sebab semua macam busy. lepastu macam tak ada mood nak cakap. boleh pulak macam tu kan :)




 
so baru baru ini terdetik kejap nak melukis. lama sangat tak melukis. lepastu lukis buruk then cover dengan mewarna pula. semua color nak guna jadi background.




dan inilah hasilnya. hanya sebahagian orang sahaja faham maksud gambar ini.




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

few days after my parents pergi Umrah, terus ajak Shana keluar makan masa dia lunch break from her work. well, semua dah berkerjaya sekarang :P hihi. saya je tanam anggur dan lemak di rumah.


 
12th May 2013, Sunday


on Monday pula, 13th May 2013, saya keluar sekali bersama dengan Shana. kali ni keluar tengok wayang and karaoke. sanggup tu layan cerita hantu Thailand yang tak berapa nak seram and karaoke sejam. tapi tetiba duit short dan lalu terus tergesa gesa balik rumah goreng telur nak makan. haha. tu je mampu hidang untuk Shana, sorry! :P

 

 
naked face memasing.

 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

16th May 2013, Thursday
 
pada hari guru pula saya syok keluar seorang diri ke Seremban 2. seorang driving alone. macam bila parents tak ada sebab mengerjakan Umrah la baru saya belajar bawa kereta sebenarnya. baru ada keberanian lah nak ke sana sini. tapi minyak statik. tak isi minyak selama 2 minggu :P berjimat cermat betul saya. haha.

kononlah jimat lepastu shopping benda merepek di Watson. ini saya menyesal. sangat.



Peri Pera Lip Tint. tertawan dengan packaging dia. the color was nice tapi tak cukup menyerlah di bibir saya. harga RM40. rasa menyesal sebab spend RM40 untuk make up -.-




and membuat pembaziran dengan membeli bendalah ini konon senang nak gantung handphone. motif? bukan ada kereta sendiri pun nak gantung-gantung. haha






 
but it looks cute though. kan?




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif



on the same day, 16th May 2013
 
sebab parents tak ada and malas nak masak, sanggup gigih pergi ke Seremban 2 untuk Sushi King!



hebat sebab spend tak sampai RM40.




saya prefer soy sauce :)



 
air yang sedap. syok minum bercawan sampai kenyang air.



kemudian makan tutti frutti!


sejak dulu setiap kali beli tutti frutti, mesti harga tak melebihi RM12. tak tahulah macam mana boleh estimate. jimat duit. sedapppp!




bare face. terserlah jerawat.





ALL TIME FAVORITE. Iceberg from Big Apple.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif



18th May 2013, Saturday
chocolate milkshake for dinner.




steamboat di Johnny's!!



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
bukti orang perasan saya suka snap gambar makanan upload dekat social media :P

 photo 319a5b1a.gif



memang minggu lepas dan minggu ini Instagram penuh dengan gambar makanan sampai ada dok cakap saya kurang waras sebab asyik tangkap gambar makanan. 

sebenarnya bila tangkap gambar makanan menunjukkan kita kuat makan. bukannya kurang kewarasan mental. ish ish. pengaruh media semua ni.

salam. :)