August 27, 2013

Vacation (Johor Bahru - Singapore) : Day 4

dah tengah hari masa hari Khamis baru bergegas siap nak balik. arah tuju ke Johor Premium Outlet! (JPO). excited muka. sebab tak pernah pergi sana. jarang dapat berjalan ke Johor Bahru. jadi haruslah excited sedikit.






with my sister, Bazlaa'.





tiba di destinasi!








benda yang selalu buat. tangkap gambar.




 
tak beli apa apa pun dekat sana sebenarnya. hanya nak excited tengok semua branded product sebab sedar diri sendiri tak mampu nak beli T_T especially handbag Fossil yang lawa!!!





at Nike.






Masa ni dekat Cotton On terjumpa Eiffel Tower. masa tu teruja nak beli. lepastu baru teringat ada terjumpa replika yang sama juga dekat Kipmart Seremban. terus batalkan niat nak beli.





enam puloh hinggiittt...








konon nak tunjuk tengah siar siar dekat JPO. haha. 





habis ke JPO kami gerak Ayer Hitam pula melawat keluarga kakak ipar di 
Parit Surau, Batu Pahat.

terima kasih kepada keluarga Kak Zuly yang hidangkan bermacam hidangan soto semua. kenyang habislah tengah hari tu. hehe.


kemudian baru kami gerak ke Ayer Hitam yang jual patung buy one free one. 
ada yang murah ada yang mahal. nasib baik saya bukan jenis suka bebear dah.





the minions!




bakul hantaran pun murah muraah!


 
konon masa ni excited tengok banyak bunga :)







semasa dalam perjalanan gerak balik ke Seremban, singah R&R dulu dan makan waffles and Mee Rebus (RM4.50) yang marvellous! superb sedap. hehe. berbaloi.


habis dah entry untuk percutian selama 4 hari ni.

kalau ada rezeki lagi buat mini trip holiday ke Icity pula :)

August 25, 2013

Vacation (Johor Bahru - Singapore) : Day 3

Selepas hari kedua berjalan, malam kedua kami sekeluarga tidur di rumah Makteh di Skudai :) 



 

rumah dia memang sangat cantik! wuu. geram tengok perhiasan.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

selepas mandi dan bersarapan, barulah anak Makteh merangkap cousin saya hantar kami semua ke Imegresen di Johor Bahru. terima kasih kepada Makteh sekeluarga ^^



breakfast lagi sekali dengan Roti Boy. 




checking with Imegresen. 

kemudian pergi ke Platform A untuk cari bas. masa tu alternatif yang terbaik ada bas CW2 yang tambangnya $2.50 yang akan terus bawa straight ke Bugis Street :) 

Al kisah sebab semasa naik bas dari Johor Bahru nak ke Imigresen Singapore, bas padat. jadi ada lah a few people yang terpaksa berdiri. jadi sebaik sahaja nak buat pemeriksaan di Imigresen Singapore, saya tergesa gesa berlari ke platform nak cari bas CW2 untuk book tempat parents saya duduk. sekali saya naik bas tu terus bergerak. i was there without my parents and my sister. punyalah risau sampai call kakak saya banyak kali. call ayah saya.

sekali ayah call balik cakap turun di stesyen terakhir bas hentikan. fuhh. memang seram masa tu. dahlah seorang diri ke Singapore. negara orang. tak tahu sangat. buatnya sesat kan dah naya. mujur saya tanya driver bas mana bugis street. haha. sudahnya saya tunggu di Bugis street selama satu jam untuk tunggu parents and kakak saya sampai.

kiranya nilah pengalaman travel negara orang seorang diri :P






nampak tak keringat/peluh semua keluar. cemas masa ni. haha



di stesyen terakhir bas hentikan. Bugis Street.







masa ni tengah cari Arab Street untuk makan tengah hari.




sebab dah zohor, kami singgah dulu solat di Masjid di jalan Arab Street :)









alas kaki tidak dibenarkan di tangga?





okay nama masjid tadi Sultan Mosque :D 






standing there.





at the Arab Street.





Nasi Briani yang terbaik! banyak pun banyak. boleh kongsi makan 3 orang :)




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
kemudian di Bugis Street kami naik MRT ke China Town.




saje beli Tourist card. senang untuk naik bas dan KTM. lupa how much.
tak silap $20 untuk satu kad.





to Outram Park we go :)



dekat Singapore MRT memang sentiasa ramai orang.


paling kagum dengan budaya orang Singapore ni ialah mereka sangat hormat orang tua. setiap kali ibu saya masuk MRT, pasti ada yang sudi offer seat mereka. tak ada yang biarkan parents saya berdiri. berbudi bahasa pun ya :)




for safety purposes kami jadi macam ibu mengandung.




my parents. i love them :D




muka tak ready campur kepenatan. beg berat sebab isi camera dan botol air. haha



China Town :D




looking at the maps.





ramai cakap barangan souvenier dekat China Town ni much cheaper. 
so here we are :D







many types of chinese food. tak sempat merayau dalam mall sebab kami menuju ke tempat lain.




lupa nama tempat ni tapi berdekatan dengan China Town. semua jual souvenier. Tshirt, Keychain, you named it. semua ada. tapi kena pandai the best product. most jual 4 for $10 or 3 for $10.






sampai pun tempat dimana souvenier semua jual murah murah belaka :D
with my sister, Bazlaa'.




sangat banyak cincin :D!




love each design. sanggup beli 3. hehe.








banyak juga duit saya habis dekat China Town. around $40.

 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

bergerak ke Ion Orchard pula. city of shopping! semua branded stuff ada dekat sana. rasa macam kekok. bangunan semua besar besar khas untuk jenama branded tu. Louis voiltton(lupa ejaan. haha) pun ada.





lagi satu di Singapore ini baik MRT mahupun bas semua punctual! haha. kagum betul nak dibandingkan system bas dan KTM di Malaysia. kata sampai lagi 5 minit tapi alih alih lagi setengah jam baru muncul.

bila naik Escalator pun semua disarankan berdiri di sebelah kiri sebaris. tak boleh buat dua baris macam di Malaysia. sebab di sebelah kanan adalah laluan fast lane untuk orang yang nak cepat. 




escalator dekat sana juga laju laju semua dan tinggi! rasa gayat pun ada.

dekat Singapore juga adalah dimana anda akan nampak semua yang kerja di office berpakaian segak. baik perempuan mahupun lelaki. semua cantik cantik belaka. dan semua sibuk kejar masa. kita jalan terhegeh hegeh tapi dorang jalan pantas sangat sangat. 



di hadapan Ion Orchard.




tempat harus tangkap gambar. haha.




Prada! :) my sister there.




on our way to Lucky Plaza to find the cheapest perfume :)





dekat sinilah kami beli perfume. murah! banyak dapat cut off discount :)




hasil tangkapan saya pada hari itu. kononnya nak beli Wonderstruck je sebab saya dah lama cari perfume Taylor Swift. sekali terjumpa perfume Katy Perry. seller tu berjaya memujuk saya shopping dua perfume. fuhh. memanglah dia bagi price $104. cuba convert duit Malaysia. perghh!



lepas shopping perfume terus bergegas ke Ion Orchard to meet our parents. dan minum Ice Milo Godzila! the best milo i've ever taste!

siapa sangka ice cream vanilla sedap letak atas milo ais tabur ni.

kata ibu saya milo dekat Singapore ni the best quality sebab tu rasa lain.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
selepas ke Ion Orchard kami naik MRT untuk ke Marina Bay pula.




 
Marina Bay dan Singa.



A mini version of lion.



muka dah penat berjalan plus terlepas show lightning from Marina Bay.






i am here. hehe.




ingat comel buat macam tu nad?




dorang panggil tu bangunan durian(yang lampu kelip2)




the view.




tangkap gambar sentiasa sampai habis memory phone.





yang belakang tu Marina Bay :) 
a place must visit kalau bercuti ke Singapore.





Marina Bay. I am here. ceceh.













the view during night.





time to go home :D




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
di Ion Orchard, tiba tiba ternampak kedai ini.....

rasa macam nak menjerit ada Victoria Secret. hehe. saje nak pergi sana tengok perfume. sekali parents offer nak belanja 3 for $49(RM124).




MY FIRST PURCHASED FROM VICTORIA SECRET.
excited kau tahu? hehe




total spend on perfume $104 + $49 = $153 (RM388.62).



TOTAL SPENDING ON SOUVENIER $40 = RM101.60.
Each for $10. beli sebab kualiti printed dia timbul. motif la beli. padahal ada lagi murah. 4 for $10. haha. tapi jangan tanyalah kenapa saya tegar juga nak beli. satu RM25 duit Malaysia. 







yang ni saya beli atas dasar sebab dia comel. haha. leopard tu nak bagi kawan tapi lupa.
3 for $10.




cincin 3 for $10.




asal boleh nak beli semua crown ring.







masa beli perfume Katy Perry dan Taylor Swift dapat gift mask satu helai. 
semua total yang berjaya di spend ialah $193. 

I love all my perfume! 
kalau jarang pakai boleh tampar muka sendiri sebab beli mahal tak tahu pakai.


hari keempat di Johor Bahru saya pergi Johor Premium outlet (JPO).
akan diceritakan di next entry. bye! :)