August 24, 2013

Vacation (Johor Bahru - Singapore) : Day 2 // Universal Studio Singapore (USS)

Day 2 begin! sebab nak mulakan perjalanan dari Tune Hotel ke Singapore. boleh visit website Universal Studio Singapore untuk harga ticket dan package sedia ada. masa saya beli tu memang package for couple siap dapat botol air kungfu panda for free untuk setiap couple ticket. umur 60 tahun ke atas lebih murah harga ticket :)

untuk package pergi balik Singapore lebih baik ambil package di Tune Hotel sebab murah dan mudah. bas akan pickup di hadapan Tune Hotel tepat jam 7.30 pagi dan akan tunggu di platform di Singapore tepat 7.15pm untuk balik. package lengkap dengan breakfast coupun di Tune hotel. Staying accommodation juga terbaik untuk satu malam :)



 
masa ni seawal 6.30 pagi. prepare barang untuk checkout. tidur hanya satu malam. sebab malam seterusnya tidur rumah mak saudara. rasanya kalau nak pergi Universal Studio Singapore(USS) ni lagi baik tidur 2 malam dekat hotel ni. at least lepas balik dari USS dapat berehat before bergerak balik keesokan harinya.




 
masa ni tengah tunggu pukul 7 pagi untuk breakfast :)


muka mengantuk masing masing.




mengisi borang bas. lupa nak tunjukkan apa yang kena isi. tapi basically kena isi nama, no ic, tarikh lahir, no passport, tarikh passport expired, citizenship, berapa lama stay di Singapore dan ke mana, no plat bas and signature :) banyak jugaklah kena isi. heh. masa nak kemukankan passport dekat Imegresen Singapore kena tunjuk sekali borang tu untuk dia kerat.






breakfast at 7. with my mom and dad.




comel je tempat makan dia :) 






milo panas for me.






nampak simple tapi memang mengenyangkan. tapi kami makan memang sepantas kilat. makanan sampai at 7.10am. masa tu ada lagi 20minit bas nak sampai. memang terus sumbat dalam mulut je cecepat. tak ingat sempat kunyah ke tak. haha,





 
comel je hidang tembikai dengan banana slice in 2. juice oren dia pun diberi dalam cawan yang kecil. sekali teguk habis. haha. tapi nak cepat, jadi malas nak fikir cukup ke tak makanan tu.






 
masuk dalam bas tunjuk borang booking mengatakan ada beli tiket bas. before naik bas tu kena claim dulu borang yang kena isi. tapi lupa dekat mana kena ambil borang tu.

the best part, dekat sana memang semua punctual. even bas pun punctual sampai tepat 7.30 pagi. ingatkan akan delay lewat sikit ke apa. tapi tidak. hehe. sebaik sahaja naik bas dia akan bagi sedikit briefing seperti :-

  • jangan tangkap gambar di imegresen
  • tunggu di Platform B sebaik sahaja sudah checking di Imegresen Johor
  • jangan makan gula gula getah(chewing gum) atau bawa.
  • hanya dibenarkan membawa 18batang rokok sahaja



benda paling penting sebaik sahaja bas turunkan di Imigresen Johor, kena cepat sepantas kilat pergi checking. iaitu masukkan passport dan scan jari. then cecepat pergi platform B cari bas. kalau under package ni insyAllah dia kira semua penumpang before gerak. tapi kalau guna bas lompat lompat ni memang possible kena tinggal macam saya kena masa hari ketiga. hehe. saya terlepas ke Singapore seorang diri pada hari ketiga.

saya dan kakak saya orang paling terakhir naik bas di Imigresen Singapore sebab terlambat checking passport. nasib baik bas tak gerak lagi. wuuuu


volkswagen yang comel sebab light pink :) susah nak jumpa color comel macam ni in Malaysia.








Sentosa Island! :D





dah sampai!!!





Alhamdulillah finally here :D hehe. 




naik je escalator terus nampak globe ni. hyper hyper! haha







 
tiba tiba tak tahu macam mana nak bergambar.




overall i was happy i am finally there! 
my wishlist came true!!




tangkap gambar sendiri sebab tak ada orang nak tangkapkan.


masa ni sampai sana seawal 9.30 pagi. USS buka pada pukul 10 pagi. 




although lambat lagi buka ramai dah beratur panjang nak masuk.




the tickets :D





 
masa ni tanya mana nak claim free gift kungfu panda bottle.




masuk masuk nampak ni. hehe.

seharusnya kita memerlukan tour guide :D





sementara tunggu kakak saya claim free gift dan tunggu parents ke restroom.




:)





inilah dia free gift! 



untuk setiap 2 ticket dapat satu percuma. siap diberi air gas pilihan. kalau nak refill air kena tambah $2. murah! sebab kalau beli air je dekat sana 5$. so alang alang dah dapat bottle free air percuma baik refill $2. jimat duit. walaupun masa tu kami bawa banyak botol air mineral sebab tahu dekat sana memang air mahal dan toilet ada yang tidak ada paip. wuuu




my family.





kalau beli $15





but we got if for free. hehe.




sebenarnya masa sampai sana jumpa face tattoo. konon nak buat sesaje. sebab zaman kecil kecil tak pernah merasa muka kena conteng dengan warna. tapi sayangnya tak sempat buat. plus it's a bit expensive. haha. terkubur terus hasrat nak buat. kecewaaa








new york.





comel kan cab dia?


Singapore memang bersih dari sampah sarap. 
memang bersih habis :D

jangan berani sangat buang sampah merata. kena saman memang habislah.



toilet dia pun serba bersih. bagi yang nak toilet ada paip sila guna toilet orang kurang upaya. wuu. sangat tak biasa guna restroom yang tak ada paip.



Lights, Camera, Action!™ Hosted by Steven Spielberg (NEW YORK)



part best bila pergi live action. tengok macam mana dia hasilkan movie hollywood. sekali betul betul in real tengok tingkap pecah. api marak. air mercik. sampai tempat platform kami berdiri boleh jatuh. haha. memang the best show ever!

Sci-Fi City
paling terbaik adalah transformer ride. 

ride yang paling panjang barisan nak beratur. dekat sana memang menguji kesabaran sedikit bila nak beratur. although pergi hari biasa, still ramai. jadi kenalah buat benda lain melekakan sambil tunggu turn. ride ini terbaik sebab 3D. rasa macam betul betul naik roller coaster mini. hehe


game accelerator ni best juga. although biasa biasa pening sikit :)

sadly the most terrific roller coaster ni still under maintenance. tak merasa naik. ramai cakap seram. 



 
masa ni sampai di Ancient Egypt :D dapat juga bergambar dengan firaun.

masa sampai mula mula nak tangkap gambar dengan Frankeinstain sekali kena marah sebab tak beratur. haha. nampak tak sebab tak tahu kena beratur kalau nak bergambar? -.-'' lepastu bila dah beratur bila tiba turn bergambar dia cakap dah habis sesi bergambar. rasa macam nak tumbuk tumbuk Frankeinstein sebab geram :( memalukan sungguh. apa apapun nasib baik dapat tangkap gambar dengan character lain macam Marilyn Monroe




character dari cerita "Journey to the center of the Earth".

both of us. ceceh. he's really tall in person O_O





masa ni nak masuk game mummy revenge! the best!


Revenge of the Mummy

roller coaster yang mengundur ke belakang. haha. terbaikk! i was screaming all the time. malu pun ada dengan orang sebelah sebab asyik menjerit. haha


ride paling tak berbaloi adalah Treasure Hunters. tak berbaloi beratur panjang. trust me. 

 


the view on treasure hunter.







me.







Ancient Egypt.

 



during Treasure Hunters.





on our way to The Lost World.




Battleship Roller Coaster yang tak dapat naik.




arriving at Far Far Away!






menunggu Prince Charming. hehe




my kingdom!




sadly there's no Shrek or Fiona.


di Far Far away kami sempat saksikan Donkey Live and Shrek 4D ! :)

 

 




selepas berpenat penat mencari kedai makan yang halal di Far Far Away. finally terjumpa Goldilocks. kedai makan yang halal. ada satu lagi kedai makan yang halal di bahagian Ancient Egypt. sedap juga :) find logo Halal then you good to go. kalau tak yakin janganlah makan. nanti jatuh Haram. kami tak bawa bekal.


dekat sana a burgers dengan mashed potato je $10! tu tanpa air tahu? terkejut kan mahalnya. tapi sebab lapar memang beli jugaklah.

 

the best part also, dia tak kedekut cili sos dan tak kedekut tissue. ambillah banyak mana kita nak ;)



total expenses for lunch.

Singapore :D




cari tanda logo Halal di bangunan kedai makan.



sedang berjalan jalan sekali terjumpa Marilyn Monroe! sanggup beratur panjang untuk bergambar. pandai character dia berlakon. memang flirting habis. hehe


she's a real beauty :)





with Kungfu Panda.


sedang berehat di Lost World sekali terjumpa my twinnayh( in the middle). terus tangkap gambar sama. saya pergi dengan family. dia pergi dengan kawan. but its okay. berjumpa jugak kite. hehe



Jurassic Park Rapids Adventure

ingatkan ride biasa. macam tak seram mana tapi memang kena pakai baju hujan. sebab possibility basah tu memang tinggi. depends dengan seat mana jugak :)



 
soaking wet tapi kami pakai baju hujan yang berharga $3 each.


Canopy Flyer

the best! memang agak seram sebab duduk belakang. so rasa momentum jatuh tu. lagi less seram kalau duduk depan kot. dapat rasa macam terbang sikit. hehe










bincang nak balik pukul berapa.


dah penat bermain di Lost World terus bergerak ke Madagascar sebab lapar. pendek kata di Ancient Egypt, Far Far Away dan di Madagascar memang ada kedai makanan halal. goodluck finding it! mesti ada tanda logo halal di pintu :)



$15. mahal kan? tanpa air je $15.


sebab lapar main baham je semua.






comel je award dia.






bergambar di setiap sudut sebelum balik.




apabila tangan mula bersalin kulit. pelik juga.



 
di Madagascar kami tak banyak main game pun. lebih kepada gambar dan makan makan :D




Betty.




sebelum balik tangkap gambar sekali dekat Globe.



at waterfront near USS before going back to the Tune hotel :)

entah kenapa tiba tiba muka saya masam. hehe.







next entry day 3 vacation :)

0 comments :