February 28, 2014

Muara Ikan Bakar, Umbai, Melaka (28 February 2014)

27 Februari 2014, Khamis.

 

Alhamdulillah. sampai juga barang pos laju. penantian yang dinantikan. hehe. Monopod sampai tepat on time. Bank in hari Rabu, hari ni dah dapat. cuma masa tu saya dalam toilet, terlepas abang poslaju. jadi jawabnya selepas waktu kerja kena pergi claim dekat pejabat poslaju. leceh. memang ya. tapi siapa suruh saya tak bertapak di muka depan pintu sampai abang poslaju sampai. haha. dapatlah 2 parcel. parcel besar tu adalah cap superman. yang tu hadiah untuk seseorang. lama bebenor mencari cap superman yang "Full cap". full cap ni yang memang cap/topi itu dibuat ikut saiz kepala. macam kasut ada saiz 7,8,9. macam tu juga dengan cap.

kemudian saya beli monopod RM49. tapi seller tu lupa pulangkan baki RM1. tak mengapa, saya halalkan. sebab servis dia yang cari saya tanya nak beli monopod tak sebab ada lebihan stock. lebihan tu warna pink pula. terus saya buat payment. sehari dah dapat. tak masa seller yang lain. memanjang preorder, kata post Khamis, tapi 3 hari lepas tu pun tak post post lagi. dengan alasan supplier buat hal. tak suka seller macamni. menyusahkan orang. minta refund, seminggu pun tak pulang pulang. geram geram.




28 Februari 2014, Jumaat.
hari ni hari seafood. sebab mak saya masak ikan bakar siap ada kuah asam lagi. sedapnya yang teramat. malam pula pergi muara ikan bakar :3 seafood lagi. sedap!


terliur tak? hehe.









gerak lewat sebab busy settlekan apa yang patut. 
pukul 6 petang baru gerak ke Melaka dari Seremban.

with my elder sister, Bazlaa'(saya panggil Alak je).












my baby nephew, Firash.



sampai dekat ikan bakar parameswara tu around 8.30 PM. tak sangka sangat ramai orang. dulu pernah pergi tak ramai macam hari kami pergi ni. huhu.





 
masa ni pencubaan nak guna monopod. almaklum baru dapat tapi tak pernah guna. 











 
saya agak kekok masa ni nak pegang monopod. obviously. HAHA.











sanggup pergi dekat jambatan/titi area kedai ikan bakar semata mata nak testing monopod.


 
banyak gambar kami je.









Firash dengan ayahnya. 









testing guna monopod lagi sekali. kali ni nak ajak satu family bergambar. tapi mak saya tak kelihatan sebab saya kedepan sangat -.-''







muka ayah saya sangat chicky. hehe. comel gitu. haha.






Peace.




gambar makanan tak sempat tangkap. terlampau excited makan sampai lupa nak tangkap gambar. ada ketam, ikan, udang bakar, sotong goreng, lala-lala, tiram dan macam macam lagi.

sampai penuh perut. haha. Alhamdulillah.

 a nice family dinner before going back to Segamat.



0 comments :