June 02, 2016

Royal Floria Putrajaya 2016 @ Magical Garden

Tahun lepas pergi Putrajaya ke untuk tengok bunga. Disebabkan kegemaran terhadap bunga, tahun ni pergi lagi sekali ke Putrajaya. 29 Mei 2016 (Ahad). Alhamdulillah parking senang dapat even sampai terlewat sikit. Pukul 10 pagi dah ramai beratur. Cuma kali ni sistem lebih sistematik sebab ada 2 booth yang ada 5 kaunter untuk pembelian ticket masuk.

Ticket masuk ada 2 jenis. Untuk masuk ke Magical Garden perlu tambah another RM10.50. PLEASE BRING YOUR MYKAD. baru dapat harga murah. kalau tak akan dicaj double macam kita ni visitors dari negara lain pula. hehe.

Floria kali ni bermula awal sikit. sebelum Ramadhan. kalau tahun lepas Floria berakhir 6 June 2015. cewahh. ingat tarikh, Sebab tu masa kali pertama keluar sama sama dengan Encik Tunang.

Boleh search location Floria Precint 4 di Waze mahupun google map. berdekatan sahaja dengan Masjid Putrajaya :)

Parking senang dapat cuma kena gigih sikitlah kalau datang lewat tu. hehe. 
Macam saya awal pagi dah gerak sebab takut susah dapat parking and lama beratur nak beli ticket masuk. 







Ini adalah antara aktiviti yang dijalankan.

Sayangnya saya tak dapat merasa la tengok festival ni waktu malam. dengar kata sangat MAGICAL sebab ada banyak lampu warna warni LED. 

Tunggu dah kahwin nanti baru saya nak merasa pergi sana waktu malam. hehe




6 tickets for 3 people. satu ticket masuk RM7.50. dan tambah RM10.50 untuk ticket ke Magical Garden. Masa beli ni fikir rugi tak masuk semua. tapi bila fikir balik, membazir je beli ticket Magical World. Tahun lepas berbaloi sebab ada 4 musim tayangan. Kali ni more to mermaid. Rasa tak berbaloi masuk langsung. 









Part menarik, banyak bunga. hehe. Pergi awal awal ni bunga masih segar tak layu kerana kurang air.
Kebanyakannya booth setiap section ini dihias oleh Sekolah/Universiti .








With Mr/Mrs Rabbit.









Cantik kan bunga rose :D






Terdapat pameran kucing dan haiwan lain seperti burung merak dan arnab.
boleh belai arnab, hehe. tapi kena pandailah takut kena cakar pula :p






Tiba tiba terjumpa salah seorang kenalan baru dari Johor Bharu. NAD!! 
hehe. sesiapa nak beli Insurans Takaful boleh berhubung dengan beliau.
Nanti saya tinggalkan info beliau :)










Encik tunang :)










Cuaca memang agak panas, oleh itu saya nasihatkan bawalah cermin mata hitam atau payung. Pakai sunblock banyak banyak ya sebab muka saya dah sunburn :P

Dan jangan lupa bawa tissue nak lap peluh.









kalau bernasib baik sign guestbook akan dapat gift seperti pen atau madu.











Menikmati permandangan :)








Di Floria Putrajaya, tak perlu risau bab makan dan minuman. Ada pelbagai jenis minuman dan makanan yang harga mampu milik dan tidak cekik darah seperti tahun sebelumnya. 

makanan tekak melayu sampailah makanan western boleh dapat. Pizza ada, nasi kerabu ada, pisang goreng bersama kicap pedas ada, mac and cheese ada, nasi kukus ada dan macam macam lagi.

Yang penting ada mesin untuk pembelian air setiap perjalanan. tak adalah perlu berjalan jauh. Air mineral boleh dapat RM1 sahaja.







Ada persembahan tarian dan pancaragam(yeke?). Boleh lah tengok orang buat persembahan sambil sambil hirup udara segar gitu..








yang ini saya paling gayat naik. sebab pakai heels. tangga jenis kecil. kaki saya size 9. jadi kena jalan dengan sopan. haha











Ada ice cream tongkat RM5. boleh pilih dari range perisa strawberry, vanilla dan chocolate. 
Mahal sikitlah tapi takpe sekali sekala merasa makan ice cream gaya baru. hehe










More roses.










 
Ada penjualan bunga rose selepas keluar dari tontonan wayang Magical Garden.
Bunga rose dia memang mahal. sekuntum RM15. tak tahulah kenapa mahal sangat,. biasa beli di Seremban RM2.50 sekuntum. kalau di Cameron RM15 boleh dapat 5/6 kuntum.












The castle. cantik kan bergambar disini. Siap ada disney princess.









Yang ini bukan princess. haha








video
cer play.









Maaf sis tidur sat. feeling princess bila dikelilingi bunga. cuma mata tak mampu buka sebab cahaya mentari :)











Menahan terik. 










Tahun lepas payung. tahun ni layang layang. hehe











Dan saya spend RM30 for this potret.

RM10/person. nak laminate tambah RM10.
bersama encik tunang.


Rasa nak abadikan potret ni dalam kad kahwin nanti. boleh tak?




Sekian sahaja dari saya tentang perjalanan saya ke Floria Putrajaya.
Jumpa lagi di next post.


Salam alaik.




0 comments :