August 15, 2016

Jemputan jadi pengapit / Invitation to be my bridesmaid


Salam semua :D 


Rasa lama pula terbiar blog ni sampai bersawang-sawang dah. Selalu ada sahaja kesempatan nak taip blog macam zaman dulu dulu tetapi malas sebab banyak sangat halangan seperti nak buat persiapan berkahwin. Blog ni banyak nostalgia dia sebab tu selalu bertukar URL. 

dulu nama blog nadnodazizan.blogspot.my

Kali ini tukar kepada nama business dengan harapan tak adalah cerita benda personal. Tapi akhirnya rasa terniat nak cerita tentang preparation kahwin sikit.

Saya pada mulanya nak perkahwinan budget. siap google cara nak kahwin budget.

I've found my man but I still need my girls gitu. hehe






So saya survey pelbagai kedai kain. Siap pergi Kenanga Mall, GM Klang, Jalan Tar, Jakel dan Nagoya. Akhir sekali decide pergi Tewah. cewahh. haha

Tewah ni ada pelbagai jenis baju untuk wanita. Yang seronoknya baju nikah ke baju songket moden ke atau baju untuk majlis bertandang memang sesuai sangatlah. Harga pun mampu milik. Bayangkan baju nikah kurung moden warna putih siap berlace dan manik boleh dapat dalam RM200++. Ada banyak size. jadi tak perlu risau muat ke tidak. 

Bagi saya kalau yang malas nak pergi Kenanga Mall atau Jalan Tar, Tewah ni okay jugalah untuk pilihan baju yang diingini.


Di tewah juga ada jual kain macam di Jakel. Harga mampu milik juga. Masa saya kesana konon nak cari baju untuk majlis bertandang tapi tak jadi. akhirnya beli kain untuk Bridesmaid. haaaa.


Konon nak kahwin bajet tak nak pengapit. Tapi akhirnya rasa nak juga beli something untuk Bridesmaid saya. hehe.


di sana 1 meter kain paling murah jenis kain Koshibo ialah RM6/meter.
Ada kain yang heavy Koshibo RM7.50/meter.

Kain satin boleh dapat RM15/meter. Ada jenis satin dull atau satin shining tu. Kain lining pun boleh dapat murah murah. 










Saya beli box ni di kedai Rainbow dengan harga RM10.90/kotak.
Cantik kan design? Siap ada ribbon. Kotak berbeza design sebab stock kotak lawa banyak dah habis di Rainbow. Tapi kedai Rainbow kalau nak cari hadiah memang seronok. hehe














Tadaaaaa. inilah dia kain untuk Bridesmaid. Maaflah saya tak pandai lipat kain. 




Saya beli kain tu RM6/meter x 4 meter x 4 orang = RM96


Ikutkan boleh je kalau saya nak beli baju dress siap di Kenanga Mall yang boleh dapar RM36 sehelai. Tapi perlu beli minimum at least 6 helai. Tapi persoalannya warna dan design. limited sikit choice. Masalah size pun jadi keutamaan.

Sebab kawan saya bukan semua sama tinggi, 
takut terlabuh atau tersingkat kalau beli siap ni.

Jadi nak selamat beli kain, tapi kena tempah sendiri ikut size memasing.








Wax paper/kertas minyak ni saya beli di MR DIY.
di DIY awak boleh cari pelbagai jenis bahan untuk diy gift. ada macam macam design kertas minyak, comel pula bunga floral macam ni. hehe

kertas wax ni size A4. ada 5 helai. Total RM2.90 untuk 5 helai.





















Kad kahwin siap siap letak dalam box. 
Awal tak kami siapkan kad kahwin.

Banyak dugaan nak siapkan kad kahwin ni. nanti saya share kenapa. haha
harga kad kahwin saya 40 sen sahaja. 
Tak nak kad megah megah sebab nanti duit setem mahal.


nak selamat buat kad kahwin sila pilih sampul plain kosong tanpa ada tulisan atau corak undangan perkahwinan, nanti posmen tak nak hantar. haha.

Kad kahwin saya sampul kosong. macam hantar surat bill saman camtu.
setem 60 sen.

Sebab kalau kad kahwin size besar tu dengan sampul bercorak ni biasanya kena letak setem 80sen. arahan dari Pos Malaysia. Boleh cuba google untuk sahihkan :P 
















Saya edit guna photoshop sahaja untuk edit nama setiap pengapit. 
keempat empat nu kawan baik saya masa saya jagung mentah sampai dah besar sekarang. hehe


















 
Yang invitation to be bridesmaid dengan pengapit tu saya Photoshop je edit nama dan tarikh.
Siap ada To Do List. Tapi sebenarnya tu aturcara majlis dari mula sampai akhir. 




Harap urusan dipermudahkan. 



Ada lagi few things tak settle seperti barang hantaran. 



Sekarang emas tengah mahal. Nak beli fikir 100 kali. haha.

RM215/100gram emas. mahal mahal.






Sekian entry pagi ini. InsyaAllah more to come :)


0 comments :