September 01, 2016

Gunung Berembun & Telapak Buruk @ Pantai, Negeri Sembilan

Salam semua. Selamat Hari Merdeka!

Ahad lepas, 28 Ogos 2016, Kami seramai lebih kurang 20 orang approximately pergi mendaki Gunung Berembun dan Telapak Buruk. Sejujurnya I never heard of this Mountain before di Negeri Sembilan. Kalau sebut Gunung Datuk atau Angsi tahulah sebab memang agak famous dikalangan hikers hikers tegar. 

Banyak buat kawan baru ni sebab mostly yang join saya tak berapa kenal sebab terdiri daripada adik kawan, dan kawan kepada adik kawan tersebut dan ada kawan yang bawa housemates masing masing.


Tentatif program berkumpul di Masjid Pantai seawal 6.45 pagi atau 7.00 pagi. Tapi macam biasalah, janji melayu, mesti ada yang lambat.

Sebelum mula mendaki, kami buat regangan badan terlebih dahulu. Agar tak adalah terpeleut ke sakit ke masa sesi mendaki.




Keseluruhan team yang naik ke Gunung Berembun.



Semua yang join ekspedisi mendaki ni sebenarnya semua tak pernah ada pengalaman daki Gunung Berembun ni. Kiranya semua clueless hala tuju dan berapa lama masa perjalanan nak sampai.

Saya ada research a week before, bahawa perjalanan pendakian ni ambil masa approximately 3 jam. Tapi untuk beginners macam saya ni mungkin akan masa 5,6 jam. Masa research tu pelik juga kenapa tak banyak hasil carian. Seolah-olah Gunung ni tak famous pun dalam kalangan pendaki pendaki.

Sini banyak melintasi aliran Sungai/air terjun. Jadi jalan agak licin sedikit dan perlu berhati hati. lagi lagi banyak kena pijak batang pokok yang jatuh.










Salah satu batang pokok yang tumbang. jadi tempat sesi fotografi.













Selepas 1 jam 30 minit (anggaran sahaja) pendakian, kami tiba di jambatan batang pokok. Di sini batang  pokok ni diletakkan merentasi arus air terjun. Jadi boleh guna batang pokok ni untuk melintas ke seberang. Semasa sampai sini kami sempat berjumpa pandaki yang bermalam di situ. kiranya ni kawasan camping jugaklah.



Masa ni campers dah bagi warning kalau pukul 2 petang tak sampai di Puncak, perlu patah balik ke bawah sebab perjalanan memang mengambil masa lama.






Kemudian kami teruskan perjalanan ke Gua Kambing.


 
Berehat sebentar. Perjalanan dari tapak camping ke Gua Kambing mengambil masa 1 jam lebih juga.








Tiba di Gua Kambing, akan jumpa tempat untuk minum air. Air fresh dari Gunung. 
Disini ada kemudahan untuk memasak dan juga solat. ada tempat solat dan sign "WIFI". tapi mana ada wifi pun. hehe. ini tempat ranger bertugas jaga check point.




















Kemudian kami teruskan perjalanan ke Puncak.


















Akhirnya sampai ke Puncak Gunung Berembun.

**Part sedih tuala purple yang dipegang tu hilang masa on the way turun**
Banyak merengek and menangis masa nak turun. Rasa nak panggil bomba tolong angkut bawa balik sebab tak larat dah nak jalan.















Masa ini terjumpa pendaki lain yang dah sampai dulu sebelum kami. Mereka dah sempat naik panjat tempat tapak kapal terbang terhempas dah.
















With le Fiance~










Masa sampai tapak puncak ni kami semua sudah terpecah dari kumpulan. 
Dari 20 orang, tinggal kami ber-10.

Kami berhenti rehat untuk makan. Saya siap masak seawal pukul 4.30pagi. Masak Nasi Goreng. tak sedap pun tapi nasib baik ada sudi makan. hahaha. Dah kenyang, kami teruskan perjalanan.




















Kami teruskan ke Gunung Telapak Buruk dimana kapal terbang terhempas pada tahun 1945 ketika perang dunia ke-2. Nak tahu kisah sejarahnya kena google. Tak silap saya kawasan terhempas ni dijumpai pada tahun 1996. dan sebahagian bangkai pesawat telahpun dialihkan ke museum Port Dickson pada tahun 2012. Rangka rangka mangsa yang terhempas juga turut dijumpai ketika itu.














Perjalanan dari puncak Gunung Berembun ke Gunung Telapak Buruk mengambil masa 1 jam. 1 jam pun kami rasa terseksa juga. sebab Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk ni tak seperti Gunung Datuk dimana kita akan mendaki. Disini kejap naik kejap turun dan kejap mendatar. Memang penat!










Tiba di lokasi kapal terbang terhempas. Terkejut tengok sebab ini sahaha bangkai pesawat yang tinggal. rasa macam tak berbaloi penat mendaki.











Di sini banyak lebah ya. kena hati hati :'D
















Berehat sebentar sambil menjamu selera.











Sebahagian lagi bangkai pesawat yang ditemui. Yang ni sayap pesawat. 





Cerita seramnya, Dari Gunung Telapak Buruk nak ke Gua Kambing ambil masa hampir 2 jam perjalanan. Kami tiba di Gua Kambing pukul 5.20 petang. Masa tu terpaksa solat jamak sebab tak sempat nak Zohor kerana kehabisan air di Puncak Gunung Berembun. Kami bertolak dari Gua Kambing ke kaki gunung pukul 5.40 petang.

Kami selamat sampai ke tempat parking kereta pukul 8.00 malam!

Bayangkan kami dah daki selama 12 jam 4 minit 11 saat!

Punya lama pendakian kali ni. Nak menangis rasa masa on the way balik sebab hutan dan mula gelap semasa pukul 5 petang. Dan hari mula nak menunjukkan nak hujan. Macam macam makhluk halus la kami jumpa.

Mujur tak terjumpa harimau kumbang sahaja. Disitu ada harimau ya! be careful. haha. Ada gajah juga sebab kami terjumpa banyak taik gajah.


Pengalaman pahit saya mendaki Gunung. Sekian. haha














Enjoy the video yang sempat saya rakamkan.


Okay itu sahaja cerita untuk minggu ini. 

Saya nasihatkan kepada sesiapa nak daki Gunung Berembun ni sila lupakan. nak view cantik sila pergi Gunung Datuk. itu penat yang berbaloi,

Saya terpaksa ambil MC sehari dari bekerja sebab seluruh badan sakit. kaki pun sakit sebab melecet. Pengalaman yang tak baik. Selama ni panjat gunung Datuk atau Broga tak pernah rasa seteruk ni.

Kuku kaki pun dah officially rosak. menanti tertanggal sebab dah mati (darah beku).

okay salam satu Malaysia uolss :)

0 comments :