August 16, 2017

Checklist : Newborn baby Clothing | Barang Berpantang | Baby stuff πŸ‘ΆπŸ»

Assalammualaikum semua :)

Ever head of Chilindo? Kita boleh bid dengan harga bermula dari RM1 untuk apa apa barang pun. Kalau kita bid paling tinggi kitalah pemenangnya. hehe. harga barang yang kita bid tu depends lah dengan our willingness nak bayar berapa. Barang baby pertama saya beli ialah daripada Chilindo. Part paling best Chilindo boleh bagi Cash on Delivery option dimana kita boleh bayar bila abam posmen dah sampai. Tapi Cash on Delivery akan ada extra charge RM4 kemudian akan add on postage RM8. Kalau bayar online hanya perlu bayar RM8 sahaja.

Tapi saya prefer Cash on Delivery sebab at least yakin barang akan sampai baru bayar.

untuk post kali ini saya cerita barang saya beli untuk welcoming our 1st baby into the world this upcoming November.




Tadaaaaaa. Sampai kotak besar terus.









Bila buka parcel excited tengok barang baby. lol!












Tadaaa. 3 items je. 2 kelambu baby dan tuala baby warna pink.








Tuala ni serious lembut sangat sangat.











Selepas unboxed. 2 kelambu baby yang comel. Gender baby masih rahsia masa ni. hehe










NEXT...




Saya beli bengkung moden berzip dari SeriMama. Hanya RM65 tidak termasuk postage.
EVEN SAYA TAK TAHU CMNE NAK LILIT TALI.
Harap husband tengok tutorial SeriMama macam mana nak berbengkung masa pantang nanti.

Contoh bengkung berzip dibuka zipnya. Untuk kemudahan nak ke tandas.









Ukuran saiz Bengkung tali berzip. Saya ambil size L-XL-XXL sebab better pilih size badan sebelum preggie. Saya sebelum preggie memang size L. hehe




NEXT........


SAYA JOIN FREE SAMPLES dari banyak company brand pampers.
Seronok tengok peti surat penuh dengan sampul surat yang berisi pampers.
Tapi ada syaratnya. hanya boleh apply free samples 6 bulan sekali sahaja.

Antara produk saya dapat ialah Mamy Poko, Fitti dan Huggies.

Korang yang nak apply pelbagai macam samples boleh KLIK SINI. Admin page ni biasa akan update dari masa ke semasa tentang new free sample atau any contest. biasa postage akan ambil masa 3-4 minggu. Dorang guna pos biasa je masuk dalam peti surat.








NEXT...


Saya terima 2 Muslin Swaddle as a gift from Kak Shira (Owner of TheLilycious).
MASA NI EXCITED SANGAT. Sebab nak beli Swaddle sendiri macam tak mampu sebab sehelai je dah RM20>.





ALHAMDULILLAH.







2 Swaddle!. Material seperti kain napkin. Sangat lembut. 
Again, Gender masih rahsia jadi saya okay je dapat warna girlish atau tak. hehe







Baru baru ini saya ke SOGO. Sehari sebelum baby expo disana bermula. Sempat lah beli instant bedung harga RM23.90. Konon kira murah dah tu. Padahal dekat Lazada boleh dapat RM19 sahaja.

Tadaaaaa. Bedung siap bertopi. Harap baby muatlah.









NEXT, 

KAIN BATIK

Terima kasih kepada kakak saya, Asya yang sudi beri kain batik untuk persediaan berpantang nanti. Terfikir nak beli sendiri tapi rasa macam mahalnya kain batik. Pemberian ni memang dapat jimatkan duit untuk kos kos lain. hehe

Terima kasih :)












Kemudian saya beli NURSING PILLOW untuk penyusuan baby nanti. 
Orang orang dulu pakai bantal je. Saya saje nak cuba.
Agak agak tak terpakai nanti insyaAllah saya jual balik dengan harga lebih murah dari pembelian.


From Taobao Lazada. Siap ada free gift bibs, waterproof mat dan waterproof pillow case dan nursing pillow with panties untuk baby duduk. hehe.

NURSING PILLOW ni ada 4 functions. bawah ni saya akan tunjuk gambar.









Bedung sangat penting okay. Boleh jadi selimut baby juga.


6 bedung, 2 Muslin Swaddle dan 1 Instant swaddle

Bedung biru ni hadiah daripada kakak saya juga, ada 6 pieces. Lebih jimat buat sendiri katanya dari beli di kedai sebab bedung ni besar. Jadi in case baby besar, Insyallah boleh bedung. hehe










5 pasang baju baby 2 piece

Yang ni penting. Saya beli 5 pasang sebab fikir baby cepat membesar. jadi mostly baju di atas ni saya beli size 14 (3-6 months baby). Sebab kadang kadang ada baby yang tak muat baju newborn selepas lahir. Baju lengan panjang lubang lubang boleh guna masa di hospital nanti.




9 barut tali dan 1 barut straps

Sebenarnya saya lebih suka barut tali sebab boleh ikat dan lebih kemas. Barut handmade lagi besar dan selesa kualiti kainnya. barut chocolate dan biru stripes saya beli di QQ Baby shop for RM5/each. Yang lain ada saya di beli Sogo harga bawah RM5 juga. paling mahal barut di Giant RM6.90. HAHA. so korang, survey k barut berkualiti dan murah. Dekat instagram ada je jual barut handmade bercorak comel comel dengan harga RM5 sahaja.






1 bibs, 5 pasang mittens, 4 pasang botties dan 2 snowcaps

Bibs tu saya dapat percuma masa beli nurisng pillow. Topi putih dan biru from Pureen saya beli di SOGO. Mittens and booties Cuddles me dan biru saya beli di Sogo juga dengan harga RM5/each. Yang mittens booties warna putih plain dan putih berlubang saya beli di Longwan dengan harga RM2.90 each. hehe. murah kan. Set mittens tanpa booties tu saya di QQ Baby Shop juga dengan harga RM2.

Korang yang rajin boleh dapatkan barang baby di Longwan. Sangat sangat murah. Cuma masa saya pergi tu banyak baju newborn dah habis. Mitten and botties pun banyak untuk gegirl. Kalau nak mittens bercorak harga dalam RM5 mahal sikit dari yang plain.

EVEN TEMPAT MANDI BABY pun murah di Longwan. 
Kalau di kedai baby besen mandi baby dalam RM30. disana boleh dapat bawah RM20 SAHAJA. 
JIMAT DUIT.


Sayangnya masa tu banyak baju newborn habis. Jadi agak kecewa masa datang tu. huhu






3 short sleeve rompers

Yang ni saya beli di Giant RM8/each masa tengah promosi dulu.
Rompers kereta saya beli untuk size 3-6 bulan. Belang dan biru size 0-3 months. Harap baby muatlah ya. hehe. Risau bila beli size newborn takut baby pakai kejap sangat.









2 sleepsuits 
Sleepsuits RM10/each saya beli di Baby Expo di Midvalley. okaylah kalau nak pakai malam if sejuk sejuk tu kan. Siap berstokin. Rasa comel kalau baby pakai ni. hehe











Seluar dan Tuala

Seluar RM5 sahaja. in case nak pakai sekali dengan rompers.
Tuala baby jangan lupa juga ya. Insyallah saya beli tuala lagi sebab rasa Gegirl sangat pakai pink.








Nursing pillow

Nursing pillow ni seperti saya cakap di atas saya beli di Lazada dengan harga murah. RM48. harga pasaran boleh cecah RM60-RM130. Mahal kan?? Berbaloi lagi beli di lazada.









Inilah 4 kegunaanya. Untuk penyusuan baby, untuk baby duduk (Sebab tu ada seperti spender/seluar dalam di bantal. yang ni boleh cabut if tak nak guna), Untuk bantal belakang dan untuk bantal alas kaki untuk keselesaan semasa tidur. ceceh.  Saya beli ni sebab corak comel je. Sebenarnya Nursing pillow paling murah boleh dapat dengan harga RM20> sahaja.















Baby wipes, baby detergent dan pampers

Pureen baby wipes (150+150) saya dapat harga RM18.90. ada 1 refill and 1 small packs. Yang ni beli di kedai Manjaku. SERIOUS KEDAI MANJAKU memang terbaik kalau nak shopping barang baby juga sebab besar dan ada semua jenis jenama dari murah ke mahal. Sabun basuh baju baby saya beli at RM14.90 di kedai Manjaku juga. In case kulit baby sensitif dengan sabun/detergent biasa. 

pampers di atas adalah free samples.












Bengkung, Silicone breastpump, Breast pad, Pampers dewasa, Milk storage bag

Bengkung RM65 - Kegunaan berpantang nanti / kecutkan rahim selepas bersalin
Set berpantang saya akan beli sebulan sebelum tarikh due nanti. hehe. Awal awal nanti takut expired cepat and tak fresh segala jenis herba tu.

Breast pad - RM29/2 boxes. 
Beli di Sogo. Breast pad ni perlu tampal di bra in case takut susu leaking sampai serap ke baju.

Milk storage bag - 5 boxes - RM25
Beli masa ada offer. Online. jenama Chuchu. tapi lupa beli dimana. hehe

Silicone breastpump - RM25
Yang ni manual. saya beli ni je untuk breast pump sebab rasa membazir beli breast pump auto kalau tak guna. memandangkan saya kerja di rumah, jadi mostly baby akan lebih Direct feed.

Botol susu tak beli lagi. hehe.

Pampers Dewasa - FREE SAMPLE
kegunaan kalau lepas bersalin nanti. agak agak malas pakai maternity pads dan seluar dalam besar, sarung pampers je. hehe.







Stokin Berpantang - Stokin Sukan - 5 Pasang

5 pasang stokin ni recommendation suami sebab lebih tebal. 
5 pasang RM15 sahaja. Jenama Puma. beli di kedai sukan masa tengah offer.








Baby bath tub, Kelambu, Tilam baby

Bath tub saya beli di Longwan. Harga bawah RM20 Sahaja. 
lupa harga sebenar. SORRY GUYS.


Bantal dan tilam beli di Longwan juga dengan harga RM35.90.
Kelambu beli di Chilindo. Mungkin akan let go 1 as a present untuk kawan kawan yang bakal jadi parents juga sebab terlebih beli pula. hehe








Persediaan newborn baby di atas saya tak ikut list mana mana pun.
Semua saya survey dan bertanya orang keperluan baby yang baru lahir.
Mostly saya beli peringkat by peringkat supaya tak kelam kabut akhir akhir nanti.
Rasa macam banyak lagi tak beli. Pampers, minyak, sabun dan segala small details tak beli lagi. MUNGKIN nak tambah lagi baju baby sebab baby selalu tukar baju. hehe

Nasihat orang tua tua jangan beli baju baby banyak sangat sebab baby cepat membesar. 
Nak selamat, beli size 3 bulan ke atas. 

another 12 weeks before my due date. 



Doakan urusan saya bersalin dipermudahkan dan baby yang dikandungkan ini sihat dan sempurna fizikalnya.... AMINNN



InsyaAllah next post akan cerita apa saya consume sepanjang pregnancy ni.

Till we meet again.

Bye guys!





August 07, 2017

Nadaus 1st baby journey | Buku Pink | Detailed Scan



10 March 2017 (Jumaat).

Baru terajin update blog pregnancy journey di blog ni. hehe. 10 March hari yang saya dapat tahu saya pregnant! Tergerak di hati cuba pregnancy test sebab dah 5/6 days lewat period. Confident level tinggi ni dengan harapan positive pregnant. Sebab sebelum ni pernah dikecewakan banyak kali sebab result negative. Masa cuba pregnancy test kit ni selewat banyak kali harap ada berita gembira.

ALHAMDULILLAH.


Menangis masa dapat tahu positive mengandung. 😜


Kesilapan pertama masa ni ter-update status dengan ayat alhamdulillah syukur. Terus most of my friends including my husband dah dapat detect apa berita gembira yang saya syukur sangat tu. HAHA. salah sendiri. patut keep it to myself sampai husband balik. Konon nak sangat suprisekan dia saya siap letak pregnancy test kit dalam kotak cantik cantik. Tapi of courselah dah bersihkan dulu pregnancy test tu k. πŸ˜‰πŸ˜‰




Forgive for my poor handwriting.


Buruk juga rupanya lukisan saya sebab dah lama tak conteng conteng. Puting baby jadi macam bibir seorang perempuan pula. hehe. Penat ni shred shred keras tu pieces konon nak suprise husband masa dia balik kerja nanti.













Jeng jeng jeng.

Masa ni gigih pergi Giant sorang sorang taw nak beli pregnancy kit. Masa tu tak pasti 99 Speedmart ada jual ke pregnancy kit.


Masa husband balik kerja, puas lah cover keterujaan tu. tersenyum senyum. Tapi sebenarnya husband dah tahu dah suprisenya. kecewa! 😭 Husband kata dapat detect berdasarkan status di Facebook dengan saya yang tiba tiba nak keluar Giant sorang sorang. 






 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

11 March 2017 (Sabtu)

Keesokan harinya, saya ada appointment untuk program Jom Mama. untuk yang bertanya Program Jom Mama ni, program ni diperkenalkan untuk pasangan yang baru nak berkahwin yang membuat HIV Test di Klinik Kesihatan di Negeri Sembilan. Program ni bantu pasangan muda untuk makan makanan seimbang dan jalani gaya hidup sihat dengan bersenam. Selain itu mengelakkan penyakit diabetes bagi bakal ibu muda. Specialnya program ni, sebaik sahaja selesai program akan terima kad Jom Mama dan boleh guna kad Jom Mama untuk fast lane ketika montly antenatal checkup di Klinik Kesihatan. Kiranya, tak perlulah beratur tunggu nama giliran yang lama untuk checkup, InsyAllah cepat prosesnya. 

Tapi kena faham, Klinik Kerajaan ramai orangnya. Biasanya saya kalau datang checkup, pukul 7.30 dah datang even klinik buka pukul 8 pagi. Semata mata nak booking no giliran awal. hehe.

Okay, berbalik kepada program jom mama. Saya under Missy Kak Ain dari Klinik Kesihatan Senawang.












our 2nd last appointment before habis Program Jom Mama.





 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
8 April 2017 (Sabtu)

Masa ni saya at 9 weeks pregnant! Confident level tinggi nak scan perut. hehe. Biasalah anak pertama memang excited sikit. Saya scan di Klinik Madiha, Senawang. Normal scan 2D at RM60. Sebabkan baby kecil lagi memang tak dapat tengok apa sangat. cukup sekadar dapat dengar degupan jantung baby.



my baby at 9 weeks!







8 May 2017 (Rabu) - Buka buku Pink di Klinik Kesihatan Senawang


My last appointment from Program Jom Mama. Masa ni saya kena puasa dari malam sebelumnya sebab paginya tu saya kena ambil ujian darah untuk akhiri program Jom Mama ni. Alhamdulillah. Lepas je habis program terus directly Nurse bawa buka buku pink. Masa ni saya tak tahu procedure atau steps pembukaan buku pink. Sebab saya tak diberi ambil nombor giliran. Terus masuk bilik untuk check nadi dan berat. 

Dengar cerita untuk buka buku pink sepatutnya kena daftar dahulu and tunjuk kad nikah. Tapi in my case tak perlu sebab nurse dah kenal dari sebelum kahwin. hehe





Masa isi borang ni kena letak butiran diri dan suami. Nama, IC, alamat, pekerjaan dan jawatan. Nurse akan isi 2 buku pink. Satu untuk simpanan klinik dan satu lagi untuk simpanan kita. Masa saya dapat buku pink ni, RISAU buku pink kotor. Sebab saya tengok most pregnant woman di Klinik masa tu bawa buku pink yang dah penuh dengan kertas and rabak sedikit. hehe. Maka buku pink saya, saya dah siap siap balut dengan plastik lepas dapat. Bukan plastik yang tak boleh buku tu. Instant cover plastic yang boleh buka senang senang tu.


Selepas buka buku pink, saya kena beratur untuk ambil darah dan kemudian buat ujian air kencing. Alhamdulillah bebas dari diabetes dan nasib baik bacaan HGB saya cantik 12.6. Mungkin sebab sehari sebelum buka buku pink saya makan banyak kerang. hehe.




 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

15 May 2017 (Isnin)


Hari saya kena puasa malam sebelumnya juga untuk MGTT (minum air gula). Banyak dengar pengalaman orang air gula tak sedap. akan termuntah akan rasa pening. Masa ni mak mertua saya dah remind minum sekali teguk. Jangan fikir sangat masa minum.

Appointment saya pukul 8 pagi, macam biasa. saya datang awal untuk minum air gula.

mula mula sekali nurse akan ambil darah sebelum minum air gula.

Sedulang air gula untuk para ibu mengandung. each a cup.

Saya antara yang pertama kena minum air gula. Hehe. masa tu istighfar banyak banyak. Selepas minum air gula kena tunggu 2 jam sebelum darah diambil lagi sekali. Tujuan minum air gula ni untuk ketahui atau detect jika kita ada diabetes/kencing manis. Ibu mengandung memang terdedah dengan kencing manis jika ada family history yang ada penyakit kencing manis. 

ALHAMDULILLAH saya clear dari kencing manis. Bacaan darah okay tak ada masalah. Lepas je ambil darah, terus saya melantak nasi lemak 2 bungkus sebab lapar sangat. hehe







 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
10/6/2017 (Sabtu)

Masa 17 weeks and 6 days saya cuba scan pregnancy baby di Poliklinik Raudhah Raisha di Kemuning, Senawang. Kakak saya recommend disini sebab facilities klinik baru dan cantik. Plus tak ramai lagi orang tahu tentang klinik ni. TAPI MEMANG BETUL KLINIK DIA CANTIK. 

Masa consult dengan doctor, di tempat duduk husband ada TV LCD besar untuk husband turut sama tengok doctor scan perut 2D. sangat selesa dan doctor perempuan juga sangat mesra. Masa nilah saya tahu jantina baby secara tak sengaja sebab doctor dah terbagitahu dulu tanpa dipinta.

Husband sebenarnya sebolehnya nak suprise kononnya. hehe. Tak berjaya.

here's my baby!


Masa scan ni baby dah sempurna sedikit maka boleh tengok baby tendang tendang dan boleh tengok baby mengunyah nguyah siap genggam tangan semua.😊😊😊😊


Charge untuk scan 2D ni poliklinik ini ialah RM55. Charge meningkat sedikit dari tahun sebelumnya. Tak silap saya masa promo harga scan 2D dalam lingkungan RM45-50.



me and hubs. walaupun husband tak gemuk and buncit pun sebenarnya.









Pengalaman masa saya pregnant ni, orang sekeliling selalu tanya mana perut? Sebab perut saya memang tak visible until now when I'm 6months++ pregnant. hehe. Mungkin salah satu sebabnya saya suka pakai baju besar besar and tudung labuh sampai orang tak perasan saya pregnant. 😞

10/7/2017 (Isnin), macam biasa saya akan ikut suami ke tempat kerja jika weekend balik hometown di Seremban. Bila husband masuk office, saya pergi jalan di Ikea Cheras atau My Town mall di sebelahnya. hehe





Sempat survey nama baby tapi tak decide lagi.



 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif

15/7/2017 (Sabtu)

After 2 kali reschedule appointment antenatal checkup akhirnya dapat juga follow up antenatal checkup di Hospital Tunku Azizah. Sebenarnya saya buka buku pink di Klinik Kesihatan Senawang, Seremban. Tapi disebabkan saya dan suami menetap di Puchong ada kesukaran untuk antenatal checkup. Lagi lagi bila husband kerja dan saya pula ada masalah transportation. Maka terus decide tukar tempat checkup.

Alhamdulillah company husband ada sediakan benefit untuk saya. hehe. Saya juga dapat didaftarkan bawah PM Care. maka kos antenatal checkup di hospital swasta akan ditanggung oleh company husband.

My 1st checkup there bersama dengan Doctor Kamaliah. Suka sebab sangat soft spoken dan banyak bagi nasihat :)

Heard some very good positive review about the hospital. paling banyak recommendation adalah Doctor Zanariah though saya tak sempat jumpa beliau sebab saya reschedule appointment. 





Vitamin with folid acids from the hospitals.

Selama ni saya beli folid acids sendiri je di Farmasi sebab selalu lupa minta folid acids semasa checkup di Klinik Kesihatan.

Remember preggie mom, dont ever forget to take your pills!








 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
2/8/2017 (Rabu)

Hadiah from Kak Shira from Thelilycious. 2 swaddles for my babies! Alhamdulillah. Thank you kak, semoga dimurahkan rezeki.

Excited masa dapat parcel. ALHAMDULILLAH.






 photo 319a5b1a.gif photo 319a5b1a.gif
6/8/2017 (Ahad)

My 2nd appointment for detailed scan at Tunku Azizah Women and Children Hospital, Wangsa Maju at 25 weeks and 6 days pregnant. 

Detailed scan ni recommended untuk detect ketidaknormalan baby seawal mungkin. Doctor boleh recommend best solution jika dapat detect masalah pada baby awal awal.It is recommended to do the detail scan masa baby masih kecil lagi at 18-20 weeks atau before 28 weeks. 


Chubby cheeks.



Detailed scan ni yang bagusnya memang spend 30 minutes or more untuk check jantung baby, injap darah, jari kaki tangan, bibir dan basically kenormalan baby (tulang belakang/buah pinggang/perut).

Masa ni juga boleh double confirm the gender. Saya dah diconfirmkan gender sebanyak 3 kali oleh 3 different doctor walaupun saya dan husband mula mula nak suprise. Hehe

Yang bestnya, doctor akan kira sekali air ketuban kita. Basically mine is low. 12.5 yang sebaiknya kena 14 supaya baby lebih selesa. Punca doctor kata mungkin sebab saya stress dan tak taat pada suami (amboi suami ambil kredit kata saya suka layan cerita rumah tangga dekat KRT sampai emosi). Kiranya emosi ibu juga main peranan. Ibu sedih, baby sedih juga okay! Haha

Sayangnya semalam baby tak nak kerjasama untuk bergambar. Puas doctor nak tengok muka, baby tetap berpaling and cium rahim (sayang ibu lebih ke ni? Hee). Akhir sekali doctor cuba lagi, baby terus tutup sebelah muka dengan tapak tangan. HahahahaπŸ˜‚

Memang ikut perangai suami! Tak suka bergambar πŸ˜‚ alahai sayang.

Dapat tengok baby menguap and genggam tangan siap silang kaki masa detailed scan ni.

Alhamdulillah baby tembam macam ibu dia. 😌 mungkin sebab ibu dia kuat makan.





Currently, saya terpaksa pakai kasut size 43 (kasut lelaki). Sebab kasut perempuan dah tak muat untuk saya. Sebelum pregnant kasut saya size 9/10. after pregnant terus tak muat dah. HAHA

Husband puas bagi nasihat jangan pakai kasut ketat dah. korbankan cantik untuk keselesaan.
Maka here we go. Kasut beli di Longwan semalam at RM13.90. 






Kalau tanya berkenaan baby kicks and movement saya tak rasa until dah at my 20 weeks++. Rasa macam ombak gitu dekat perut. Serious saya macam sangat tak faham bila orang cakap baby kicks masa saya awal pregnant sebab tak pernah rasa. hehe. Baby saya aktif bila bunyi bising di persekitaran. Mungkin kacau dia tidur kot.




I am now in my 2nd trimester of pregnancy.
3 months to go to meet our baby.


Doakan saya agar perjalanan pregnancy saya okay dan semoga saya dapat bersalin normal dengan mudah tanpa sebarang komplikasi. Amin :)