January 19, 2017

Honeymoon Day 1 : Danau Daun Chalets, Janda Baik, Pahang (13 December 2016)

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog (Tak tahulah ada sudi baca ke tak lagi blog kita ni. hehe).

Dah habis dah entry untuk majlis perkahwinan saya dan husband bulan December 2016. Untuk majlis sambut menantu belah suami saya tak sempat update sebab kekurangan gambar. Masa majlis belah lelaki kami cut down cost untuk tidak ambil official photographer.

Perancangan honeymoon trip ni saya dan husband puas fikir lokasi yang menarik untuk bercuti bersama berdua for the first time. Cadangan asal nak ke Krabi, Thailand atau Lombok, Indonesia sebab saya suka snorkelling dan teringin bawa husband yang tak pernah snorkelling. Hehe. Tapi majlis kahwin je dah habis beribu.. sob sob. 😏😏

Maka husband cadangkan untuk pergi dalam Malaysia sahaja memandangkan beliau dapat cuti seminggu sahaja. hehe. Cukuplah tu untuk kami jalan jalan makan angin. Husband pilih Janda Baik, Pahang. Pernah dengar tak nama tempat ni? Saya pun baru tahu. hehe. Sebab 2 tahun lepas banyak tempat penginapan menarik di Janda Baik yang viral di facebook. 

Husband suggestkan Danau Daun Chalet di Janda Baik. Korang boleh KLIK SINI untuk visit official website Danau Daun Chalet ni. Yang menariknya nak booking senang sahaja. Siap boleh request nak bunga Rose. Few weeks before my wedding, I personally used my husband email account to email them. Tak sangka dorang reply cepat. I requested the bed dihiaskan dengan kelopak bunga rose bentuk love with the towel well design. Tak sangka they do it for FREE! as complimentary gift. hehe. Alhamdulillah!



Fast reply gitu. saje je nak share screenshot email.
Menyamar jadi suami masa booking ni. hehe




Kami bertolak tengah hari :)
Nasib baik jalan tak sesak sangat even tengah cuti sekolah.








30 minit kemudian..........




...
..











.


Terlena sudah. HAHA.
Tak sangka husband snap gambar tengah tidur.









Akhirnya selepas 2 jam setengah perjalanan dari Seremban,kami sampai juga.
Berpandukan waze je tempat ni.


Korang jangan terkejut pula bila sampai sampai je sekeliling hutan. Sini memang kena nikmati kehijauan pokok. hehe. Nak dapatkan line handphone kadang kadang susah sikit.
Pergi sana nak bercuti ye tak? Maka matikan telefon bimbit kejap 💗😅


Pintu masuk chalet akan tertera papan tanda Danau Daun Chalets.



Disini saya sertakan google maps untuk ke Danau Daun Chalets.





Pose sikit depan tempat parking kereta. Unik sebab semua decor menggunakan kayu.
Feeling feeling duduk kampung kejap.








with le husband.











Sebenarnya masa ni mata saya dah kena infection teruk.
Mungkin sebab contact lens yang saya pakai masa wedding 3 hari berturut turut. 
Nak contact lens baru nampaknya. hehe










Untuk check in korang masuk je pintu masuk dia dan akan nampak ada pondok kecil dan meja yang tertera "Reception Danau Daun Chalets". Simple kan tempat nak check in? Nak check out lagi hebat, kadang kadang tak ada orang di meja reception, makanya perlu letak sahaja kunci di meja reception tanda dah checkout.

Tapi make sure make full payment masa check in.







Saya pilih Danau Daun Chalet 1.

Pilih ni sebab dia atas air. Tapi sayang sangat sebab ada kerja pembalakan/construction area Janda Baik, maka air jadi keruh sebab berlumpur.

Ikutkan sepatutnya air dari bukit ni jernih dan sejuk taw. Siap boleh tengan ikan. hehe








Selfie sikit depan bilik.











Our room.











Masuk masuk je bilik ni akan nampak ruang tamu dan mini kitchen di sebelah kanan.
Maaf tak sempat snap gambar details sebab excited sikit masa ni.

Ada tv with astro tapi kami tak tengok pun. hehe











Mini dapur. Ada oven untuk panaskan makanan. Ada basic utensil seperti pisau, sudu dan garpu. 
Kuali dan blender takdelah ya. Jangan melampau sangat. haha. Pinggan dan sudu turut tersedia termasuklah heater nak jerang air. 

Kalau nak buat air panas seperti nescafe bolehlah sebab ada 3 in 1.








Ada jam di tengah tengah tiang rumah. Kalau perasan ada divider hijau tu, sebenarnya sebelah tu katil bujang. Sebenarnya Chalet ni konsep rumah apartment sikit. Boleh muat untuk 3 orang dewasa. 


Toilet dia pun cantik especially bahagian shower. Ada batu batu seperti di spa.





Moving on to our room.


Tadaaaaaa. Cantik kan hiasan katil dengan bunga rose.
Yang saya excited bunga rose ni bukan jenis bunga ros biasa saya dapat di Seremban.
Maybe sebab berdekatan dengan Cameron atau tempat sejuk kot,makanya bunga rose dia jenis import. hehe.










Siap buat tuala bentuk swan okay!
I'm so excited seeing this decor sebab memang since dulu nak macam ni.
HAHA. over dari suami.














Cermin bilik tidur.












Pepatah orang tua kata seperti melepaskan batuk di tangga. Salah sebenarnya dimaksudkan benda di atas. Saya sendiri tak tahu apa nama dia until husband yang cakap. Biasa orang dulu dulu akan basuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk rumah. air dalam ni air semula jadi barangkali sebab sejukkk je bila kena kaki. haha


di atas ialah batok atau pencedok daripada tempurung kelapa.
Biasa dekat spa ada benda macamni untuk mandi susu.










Towel rack from Ikea. 
Macam mana saya tahu ni from Ikea? Sebab saya perasan mostly the furnitures are from Ikea.
Hehe. tak tahulah betul ke tak sebab lepas i've found the same towel rack at Ikea.



Tuala His and Hers tu hadiah hantaran saya kepada suami.







setup camera untuk bergambar.










lakonan minum petang pun bermuka. hehe
After minum ni kami pergi jalan area Janda Baik cari bahan untuk barbeque pada malam hari dan minum petang. Dapatlah beli apam balik Janda Baik.






Susun bunga atas katil ke dalam pasu. Sayang nak buang.










Kelopak bunga saya simpan letak dalam mangkuk. punyalah sayangkan. haha

Chalet ni ada kipas dan air cond. Tapi kami tak guna air cond sangat pun sebab sejuk.
















Ini part tragis masa malam hari. Arang yang kami beli susah nak jadi bara. nak hidupkan api pun susah. Makanya caretaker chalet bawa ni untuk hidupkan api dan jadikan bara.
Again saya tak tahu apa nama blower daun ni. hehe











after few minutes.
















Alhamdulillah. bermulalah sesi memanggang ayam.









Banyak kali sosej terjatuh ke bara api. haha.
Alhamdulillah Barbeque ni sedap.
Beli ayam siap peram di Giant sahaja sebab tak sempat peram sendiri.




Dibawah video Day 1 honeymoon kami.
Saya edit untuk cukupkan 1 minute. Konon nak masuk instagram la katanya.
Maka saya abadikan disini sebagai kenangan bersama encik suami.

Doakan kami cepat dapat zuriat. Eh.
HAHA







video
Thanks for reading guys!


See you in next post.



Alhamdulillah. Blessed with wonderful Husband.

2 comments :

mohd naqi said...

Askum nk tnya lh sane semua room tak de aircond kn... so tak panas ke?

Nadnod Azizan said...

@mohd naqi ada kipas. tak panas pun sebab chalet area dalam hutan. pagi and malam memang sejuk je. maaf lewat reply ya.